EnerZ Indoor Extreme Park @USJ

17:22

EnerZ Indoor Extreme Park @USJ

Baru-baru ini, lagi sekali kami sekeluarga mengikuti aktiviti Family Workshop EnerZ Indoor Extreme Park a.k.a blogger's outing anjuran +Bro Framestone dan EnerZ Indoor Extreme Park @USJ. Sampai sahaja, terus mendaftarkan diri untuk pengambilan wrist band dan stokin khas. 

Aktiviti ini sebenarnya tujuan untuk meraikan sambutan Hari Ibu. Yang kebiasaannya kita sambut hari ibu di restoran atau memberikan hadiah. Tetapi, hiburan sebegini juga sangat sesuai dalam meraikan hari ibu bersama keluarga tercinta. 


EnerZ Indoor Extreme Park @USJ ialah taman ekstrem tertutup yang terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai keluasan 80,000 kaki persegi.


EnerZ Indoor Extreme Park @USJ

Stokin ini, ada getah di bawahnya. Bila berlari2 tu, tak adalah licin sangat nanti.

EnerZ Indoor Extreme Park @USJ

Antara agenda Blogger's Family Workshop bersama EnerZ Indoor Extreme Park:

10 a.m - Registration
10.10 a.m. - Introduction & Safety briefing
10.20 a.m. - Intrduction to Trampolining
10.45 a.m. - Dodgeball Game
11.15 a.m. - Slam Dunk Challenge
11.30 a.m. - Dare to Jump Challenge
11.45 a.m - Air Bag Challenge
12.00 p.m. - Lunch
1.00 p.m. - Edutaiment Programs
3.30 p.m. - End

EnerZ Indoor Extreme Park @USJ

Seperti biasa, aktiviti macam ni. Tak best jika tiada task. Jadi, pada hari tersebut. Kami ada beberapa task untuk di selesaikan selain games berkumpulan.

#Task1 : Selfie bersama keluarga di EnerZ Indoor Extreme Park

EnerZ Indoor Extreme Park @USJ
EnerZ Indoor Extreme Park @USJ
Edutaiment Kids Program.

#Task2 : Mengambil Gambar / Video Edutaiment Kids Program di EnerZ Indoor Extreme Park

EnerZ Indoor Extreme Park @USJ

Tempat berlumba lari atau apa-apa aktiviti kanak-kanak berkumpulan.


EnerZ Indoor Extreme Park @USJ
EnerZ Indoor Extreme Park @USJ
EnerZ Indoor Extreme Park @USJ

Oleh kerana, Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry belum cukup umur untuk bermain dalam kumpulan. Ada juga aktiviti lain untuk mereka bermain, tetapi hendaklah di bawah pengawasan ibu bapa ye.

EnerZ Indoor Extreme Park @USJEnerZ Indoor Extreme Park @USJ

Ha......yang ni mummy memang gayat. Gut Builder Challange ni.
Bagi peminat sukan ekstrem. Jangan risau. Ada pakaian khas untuk anak dan orang dewasa.

EnerZ Indoor Extreme Park @USJ
EnerZ Indoor Extreme Park @USJ
EnerZ Indoor Extreme Park @USJ

Anak kecil seperti Dhia dan Dzal Aidi Fiqry. Kita main gelongsor dan buaian di sini.

EnerZ Indoor Extreme Park @USJ

#Task3 : Aktiviti di Trampoline dan mengambil Gambar / di galakkan berVideo di EnerZ Indoor Extreme Park



Mummy lompat Trampoline ala2 je. Perut bersalin pembedahan 2 orang anak tu masih belum setahun lagi. Tak boleh ekstrem sangat. 



Daddy dan DHia gembira juga. Daddy pun melompat ala-ala di situ sebab ada Dhia. Kuat sangat lompat, kang bergegar otak anakku di situ.


Dalam pada itu, daddy ambil kesempatan untuk memanjat batu - Rock Climbing di EnerZ Indoor Extreme Park @USJ


Giliran +Bro Framestone untuk Rock Climbing di EnerZ Indoor Extreme Park @USJ



Video daddy yang berjaya naik ke atas Rock Climbing dan turun ke bawah. Alhamdulillah tak memalukan keluarga blogger pada hari tersebut. Proud of you!! ;)


#Task4 : Aktiviti Lunch di EnerZ Indoor Extreme Park

Disini terdapat tempat makan yang selesa berhawa dingin atau pun tidak berhawa dingin. Menu buffet / ala carte juga ada di EnerZ Indoor Extreme Park


Selesai, makan tengah hari. Kami di beri taklimat untuk games berkumpulan. Yang sepatutnya di jadualkan waktu pagi. Ditukarkan dengan acara kana-kanak dahulu. Games berkumpulan dewasa di tukarkan ke waktu petang. Antara aktiviti games dewasa ialah:

 - Dodgeball Game
- Slam Dunk Challenge
 - Dare to Jump Challenge
 - Air Bag Challenge

Dimana ianya di berikan sebagai #Task5 : Aktiviti bergambar/video, post ke fb /ig untuk games berkumpulan di EnerZ Indoor Extreme Park.

Seperti biasa pengambilan gambar dan video adalah salah satu task wajib untuk aktiviti pada hari tersebut. Bukan ambil sahaja. Kene terus update di fg dan ig bloggers juga.



Slam Dunk Attack setiap gelanggang ada markah masing-masing 1 mata, 2 mata dan 3 mata. Strategi kumpulan kami. Meletakkan lelaki dewasa pada gelanggang 3 mata.




Dodgeball pula permainan ala-ala bola beracun. Kumpulan lawan yang terkena kene balingan bola, kene keluar dari gelanggang.




Permainan terakhir, ialah Air Bag Challenge - ala-ala galah panjang. 


Memang best giler dapat beraktiviti beramai-ramai di EnerZ Indoor Extreme Park. Macam -macam permainan berkumpulan atau pun berseorangan ada disini. Tak kiralah untuk kanak-kanak atau pun orang dewasa. Lagi bertambah seronok bila keluarga boleh terlibat sama di EnerZ Indoor Extreme Park.


#Task6 : Aktiviti selfie bersama keluarga dan +Bro Framestone selaku penganjur Blogger's Family Workshop di EnerZ Indoor Extreme Park.


Kita up sket video, semasa +Bro Framestone ber Rock Climbing yehaaaaaaaaa. Good job, Bro!!


Sebelum majlis penutupan dan pengumuman pemenang dalam pertandingan Blogger's Family Workshop di EnerZ Indoor Extreme Park. Kita bergambar kenang-kenangan bersama semua blogger yang terlibat dan keluarga blogger juga.
Kumpulan yang memenangi CABARAN Blogger's Family Workshop di EnerZ Indoor Extreme Park di tempat pertama ialah SUPER POWER.



Kumpulan yang memenangi CABARAN Blogger's Family Workshop di EnerZ Indoor Extreme Park tempat KEDUA ialah kumpulan KAMI X TREMERZ:


Selesai acara pengumuman pemenanag pertandingan berkumpulan. Rupa-rupanya ada GRAND PRIZE dari pihak penganjur Blogger's Family Workshop di EnerZ Indoor Extreme Park 


Kriteria pemenang bukan bergantung pada like atau pun komen blogger di IG / FB. Tetapi pihak penganjur melihat kepada ketepatan tugasan #task yang diberikan dan kekretifan blogger update di ig/fb.

Ipad Mini hadiahnya..siapa yang bertuah ye

v

v

v

v

v

v

v

v

v

jeng

jeng

jeng

v

v

v

Saya lah pemenang bertuah itu. Terima kasih banyak-banyak kepada pihak penganjur Blogger's Family Workshop iaitu EnerZ Indoor Extreme Park dan +Bro Framestone 


Rezeki anak-anak dan juga hadiah sempena Hari Ibu. Terima kasih juga buat suami yang sporting untuk beraktiviti bersama saya dan blogger di EnerZ Indoor Extreme Park



Bermacam-macam cenderahati dari EnerZ Indoor Extreme Park yang kami dpaat pada hari tersebut. 


Geng apak-apak bergambar dengan +Bro Framestone kredit gambar buat Kak Saidila - dila79inperson.blogspot.com


Berminat dengan sukan ekstrem tertutup? Alamatnya:

EnerZ Indoor Extreme Park @USJ
Lot 791, Persiaran Subang Indah
47500 Subang Jaya
Selangor
011-1500 0066







You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab