PENGAMBILAN DOS UBAT YANG BETUL UNTUK KANAK-KANAK

Apabila raya sudah hampir, kita akan sibuk dengan persiapan raya serta persiapan balik ke kampung. Persiapan untuk ubat anak-anak juga adalah penting. Kami pernah berpengalaman anak dan dadyy budak-budak ini demam pada hari raya. Kebanyakkan klinik tutup dan ada yang beroperasi beberapa jam. Maka, memang kelam kabut google sana sini mencari klinik terdekat. Setiap kali bercuti atau balik kampong. Persiapan ubat standby amat perlu bagi kami terutama di hari lebaran.

Bila kita tak jumpa klinik. Alternatif lain, hanyalah dengan membeli ubat di kedai atau farmasi berdekatan.

PENGAMBILAN DOS UBAT YANG BETUL UNTUK KANAK-KANAK

Untuk dos yang sesuai bagi kanak-kanak, hanya disyorkan untuk merawat demam dan dos ubat yang lebih kecil diberikan berbanding dos dewasa. Pilihan dos ubat mestilah disesuai kan dengan umur pesakit dan kebiasaannya pesakit kanak-kanak diberikan ubat cecair bagi memudahkan pengambilan ubat.

PENGAMBILAN DOS UBAT YANG BETUL UNTUK KANAK-KANAK, parenting



Dos paracetamol seharusnya bergantung pada berat kanak-kanak. Dos biasa ialah 10-15mg setiap kg.

Contohnya, jika kanak-kanak itu beratnya 10kg dos sepatutnya ialah 100-150mg. Boleh diambil setiap 4 jam dengan maksimum empat kali sehari sahaja kecuali atas nasihat doktor. Maksimum dalam sehari ialah 100mg setiap kg berat badan.

Jika kekuatan paracetamol ialah 160mg/5ml, bermakna kanak-kanak 10kg memerlukan 100mg bersamaan 3-4.6ml.

Jika kekuatan paracetamol adalah 100mg/ml pula, ia memerlukan 1-1.5ml. Berbeza bukan?

CONTOH PENGIRAAN

Berat 10kg : dos diperlukan ialah 10kg x 10mg = 100mg
• Sirap paracetamol 250mg/5ml : setiap ml terdapat 50mg paracetamol
Dos yang diperlukan dalam ml = 100mg/50mg = 2 ml

Begitulah seterusnya untuk sirap paracetamol kekuatan yang lain seperti 160mg/5ml, 100mg/ml, dan 120mg/ml. Boleh gantikan pada pengiraan di atas untuk mengetahui dos yang paling sesuai untuk anak.

Tambahan: Selang waktu pemberian ubat kepada anak ialah empat atau enam jam sekali bergantung kepada suhu semasa. Pastikan badan anak sentiasa dibasahkan dan kerapkan mandi.

Cara Pemberian Ubat Kepada Kanak-Kanak

Apakah jenis peralatan yang diperlukan?
Terdapat berbagai jenis peralatan yang sesuai dan berkesan untuk memberikan ubat kepada kanak-kanak 

Parenting, PENGAMBILAN DOS UBAT YANG BETUL UNTUK KANAK-KANAK

Bagaimana memilih jenis persediaan?
Pemilihan teknik pemberian ubat bergantung kepada umur kanak-kanak dan keupayaannya untuk menelan ubat.

Persediaan cecair.

Kanak-kanak yang baru lahir hingga usia berusia 1 tahun
Cara pemberian
  • Mengenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.
  • Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada 45°
  • Balut bayi anda dengan kain / selimut bayi.
  • Pakai peralatan yang sesuai untuk pemberian ubatan bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah.
  • Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus.
  • Persediaan cecair, ubat kunyah atau ubat yang telah dipecah atau hancurkan


Kanak-kanak yang berumur di antara 1 tahun hingga pra-sekolah.
Panduan pemberian
  • Campurkan ubat dengan puding.
  • Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.
  • Jangan marah atau denda anak anda sekiranya dia mengeluarkan semula ubat tersebut.
  • Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat.
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun dan keatas selalunya boleh menelan ubat.


Kanak-kanak sekolah
Panduan pemberian.
Dalam kes tertentu anda mungkin perlu menghancurkan dan mencampurkan ubat biji dengan ais krim atau puding. Jangan benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibubapa

Apakah yang perlu anda lakukan jika anak anda muntah?
Jika anak anda memuntahkan ubat. Dalam tempoh 20 minit dari dos pertama, ulang pemberian ubat dengan dos yang sama. Berulang kali, berhenti dan hubungi doktor.

Bagaimanakah cara menghancurkan ubat biji?
Bila anak anda perlu makan ubat dalam jangkamasa yang panjang, anda boleh membeli alat pemecah ubat. Bila ubat diperlukan untuk jangkamasa yang pendek, hancurkan ubat dengan menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas

Bagaimanakah cara melarutkan ubat?
Ikut seperti arahan yang tertera di bungkusan ubat.

Jika anda kurang pasti tentang arahan ini, sila rujuk kepada ahli farmasi dan minta arahan bertulis.

Sumber : SINI

5 comments on "PENGAMBILAN DOS UBAT YANG BETUL UNTUK KANAK-KANAK"
  1. untuk masalah obat ni .. haruslah betul - betul diperhatikan

    ReplyDelete
  2. kalau penyakit berpjgan
    kena jumpa DR jg

    ReplyDelete
  3. bahaya kalau main taram jew bagi anak makan ubat. Lagi-lagi dapat anak yang suka makan ubat memang kena sorok

    ReplyDelete
  4. Bukan suka-suka je nak bagi ubat ke anak kan?

    ReplyDelete
  5. Senang plak nampak Daim makan ubat..kalau si Aidan ngan Opick memang seksa nak bagi..kena bedung dulu...pas tu baru suap guna syringe..itupun banyakj keluar dari masuk

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com