Boat Noodle Empire Damansara dari RM1.90 semangkuk

BOAT NOODLE EMPIRE DAMANSARA MURAH!! DARI RM1.90 SEMANGKUK Baru-baru ini, kami sekeluarga ...

BOAT NOODLE EMPIRE DAMANSARA MURAH!! DARI RM1.90 SEMANGKUK



Baru-baru ini, kami sekeluarga tempat makan famous BOAT NOODLE bertempat di Empire Damansara. Ini pertama kali kami makan di BOAT NOODLE makanan yang berasal dari Thailand. Dan, harganya juga murah. Hanya RM1.90 semangkuk!! Ya RM1.90 semangkuk sahaja!!




Seperti biasa, dapat sahaja tempat duduk. Terus kita isi borang untuk order makanan. Menu pilihan kami semestinya NOODLE. Sebab di BOAT NOODLE terkenal dengan mee beras buatan sendiri (HOMEMADE)


Menu pilihan kami di BOAT NOODLEialah Pathumthani Beef Thai, Rice Noodle, Ayutthaya Beef Thai Rice Noodle, Pathumthani Chicken Thai Rice Noodle, Ayutthaya Chicken Thai Rice Noodle. Air pula - Cha Yen (Thai Ice Tea)






Kuahnya sedap! Pekat Masam, Manis Pedas di hiasi dengan daun ketumbar. Cukup rasa!! Dicadangkan 1 orang makan 4 mangkuk. Sebab portionnya dalam tu tak banyak mana. Adalah dalam 3-4 kali suapan. Kami laki bini makan seorang 5 mangkuk. 










Anak-anak memang suka sangat dapat makan mee. Ini lah salah satu sebab kenapa kami suami isteri nak juga ke Boat Noodle. Seharian berjalan di IOI Mall Putrajaya. Kita upah anak-anak makan mee di BOAT NOODLE. Tengok lah atas tu, macam-macam gaya dorang makan.



Wajah-wajah ipar duaiku yang turut memeriahkan suasana. Terima kasih makcik Iti, tumpangkan kami naik kereta, daddy DHia malas nak drive ke Damansara. Nak duduk rehat seat belakang pula jadi penumpang. Kekonon nak rehat. Sekali, tak dapat nak rehat. Sebab kene jaga anak. hehehe. Baru tahu ha...cemana rasa duduk belakang sambil jaga anak meriah gituuuuuu..






Meja kami No.15 dan mangkuk yang bertingkat-tingkat. Siap main lawan, dengan meja belakang. Mangkuk siapa paling banyak makan. hehehe. Tak senonoh,kan! 

Sangat rekemen makan disini. Makanan dan minuman di BOAT NOODLE memang 4*. Cuma mangkuk tu, ada yang dah sumbing-sumbing. Kalau boleh, jangan hidangkan mangkuk sumbing. Agak bahaya kalau serpihan tu masih keluar.

Selanjutnya tentang BOAT NOODLE boleh layari :-





Antara cawangan BOAT NOODLE yang ada di Malaysia:-
1. Jaya One

2. Empire Damansara


3. Ikon Cheras


4. Klang Parade


5. Sutera Mall


6. Gamuda Walk


7. Publika

8. Berjaya Times Square


9. D'Pulze Cyberjaya





You Might Also Like

12 comments

  1. dah try..tp tak kena dgn selera kot.. makan 2 mangkuk je..padahal exsyen order banyak2.. nasib gjul suka dia kata sedap... suka air mata kucing nya..sedap sangat

    ReplyDelete
  2. Cam best jer baca review boat noodle ni. inshaAllah next month jenjalan KL boleh la singgah sini.
    Nak tergelak baca pasal suami linda konon nak rehat dok seat belakang. Dah anak dua ni,memang meriah dalam kereta kan linda?

    ReplyDelete
  3. hurmmm...nampak cam best dan menarik dan sedap jerrr......ada masa dan wang leh jer nak gi cuba.....maceh lynda .....

    entry ini sedap dibaca.....

    ReplyDelete
  4. Lynda...

    Memang syok makan dengat BN....
    kene makan banyak x cukup 1 mangkukkan sebab isinya ada sikit jer...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. sedap makan kat sini..loikee

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com

    ReplyDelete
  7. Boat noodle..tgk.cm sedap..cm mee celup pun ada..heheee..belum ada masa nk pergi....huwaaaa..

    ReplyDelete
  8. semua dah try makan boat noodle..ni yang nak try ni

    ReplyDelete
  9. nyum nyum.. sedapnyna .. teringin tapi kt sini tkdak

    ReplyDelete
  10. glamer jugak ekk ni.
    ada member opis baru cakap2 pasal ni.
    sib baik jauh, if dekat dah singgah da :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda