Nasi Beriyani Gam Johor di Bangi

09:33

RESTORAN ANJE  BANGI - RESTORAN NASI BERIYANI GAM JOHOR


Kalau dah nama keturunan orang JOHOR ni kan...Mana boleh kata tak suka NASI BERIYANI. Walaupun mummy lahir di Selangor tapi asal usul tok nenek semua dari JOHOR. JOHOR area mana? Oh macam-macam area ada, dari Kota Tinggi hinggalah ke Batu Pahat. Dan, pendekkan cerita lagi,,,,kampung di Batu Pahat je la ye..

Baru-baru ini, kami ke sini lagi...Restoran Anje di Bandar Baru Bangi. Bukan kali pertama ke Restoran Anje Beriyani Gam Johor. Ini adalah kali kedua kami makan bersama keluarga mertua di sini. Pilihan mummy, tentunya Nasi Beriyani Ayam Masak Merah yang di sajukan dengan kuah dalca, sayur penchuk (nenas timun) dan keropok.



Selain nasi beriyani gam Johor ayam, kambing dan daging. Ada juga makanan lain seperti laksa, bihun sup dan mee rebus. 


Budak ni dah kepenatan, tak sempat nak makan nasi beriyani langsung. Nak kejutkan rasa serba salah. Kalau dah kejutkan nanti susah nak tidurkan balik.




Alhamdulillah kenyang. Terima kasih atok belanja cucu-cucu..eh.eh..belanja anak dan menantu sekali !! 


Dah siap makan nak balik, bangun pulak si Dzal ni. Muka masam tak dapat nasi beriyani ke,tu? Mummy muka bahagia senyum simpul sebab dah keeknyangan. hehehe

Ok, secara keseluruhan bagi mummy sedap juga. Cuma rasa rempah beriyani tu agak kurang sedikit. Kalau mak yang masak, kawkaw meletops rempah nasi beriyani nya. 

Harga pula, memang sangat ok ! Ada yang nak rasa nasi beriyani ini, boleh datang terus ke alamat ini :-


No. 15, Jalan SS 15/1C, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
Telefon : +603 8926 8061
Operation Hour : 10.30 pagi hingga 10.30 malam 

You Might Also Like

6 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab