TRAGEDI KREN RUNTUH DI MASJIDIL HARAM MEKAH 4 JEMAAH HAJI MALAYSIA DI KENAL PASTI

TRAGEDI KREN RUNTUH DI MASJIDIL HARAM MEKAH 4 JEMAAH HAJI MALAYSIA YANG DI KENAL PASTI


Tragedi kren jatuh akibat ribut kuat tempoh hari di Masjidilharam, Mekah pada Jumaat, 11 September 2015 pada jam 5 petang (waktu Arab  dan 10 malam (waktu Malaysia)  lebih kurang 107 orang jemaah terkoraban.

Manakala, 4 darinya dari jemaah haji Malaysia yang terkorban. Mereka yang  di kenal pasti :-


Allahyarhamah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak.
Siti Nuroshlizan Zulkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan.
Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan.
Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.

Innalillah dan Al-fatihah.
Salam Takziah untuk keluarga mangsa.

(Sumber : Berita Awani)





KELEBIHAN MENINGGAL DUNIA DI MEKAH.
Tetamu Allah yang meninggal dunia di tanah suci pastinya jenazahnya di abadikan di sana (Mekah atau Madinah). Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Mekah, adalah sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah umrah atau ibadah haji.

Dalam sebuah hadith Nabi SAW ada disebut:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.”
(riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)

Menurut riwayat al-Tabarani, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Sesiapa antara kamu yang mungkin mampu untuk meninggal dunia di Madinah, meninggallah di sana.  Sesungguhnya sesiapa yang meninggal dunia di sana, aku menjadi saksi atau pemberi syafaah kepadanya pada hari kiamat.”
(Sabiq, 2000: I: 522-24)

Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadith tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain bahawasanya HARUS untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik. Apatah lagi di Madinatul Munawwarah, ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi syafaat. 

Kenyataan Ustaz Nasir di https://www.facebook.com/ustaznasir


Wallahualam
4 comments on "TRAGEDI KREN RUNTUH DI MASJIDIL HARAM MEKAH 4 JEMAAH HAJI MALAYSIA DI KENAL PASTI"
  1. semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,....agak terkejut juga bila dapat tahu berita tentang ni,,mmm,,semoga mereka ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman..in shaa Allah...jemput follow & komen di ruangan entry yaya cendana ye.... www.yayacendana.com
    terima kasih...

    ReplyDelete
  3. Semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com