Hello Kitty Gourmet Cafe Sunway Pyramid


Hello Kitty Gourmet Cafe, Sunway Pyramid | Dekorasi yang comel dan klasik

Demi nak tunaikan hajat si kak long, Dhia Batrisya yang hari-hari dok menatap gambar-gambarnya tahun lepas ke Hello Kitty Johor Bahru . Kami bawakan Dhia ke Hello Kitty Gourmet Cafe, Sunway Pyramid pula kali ini. Ha...terus simyum simpul tak henti-henti dapat jumpa Hello Kitty. Hello Kitty statik pun Hello Kitty statik lah ! Asalkan Hello Kitty !
 
 

Dapat juga tempat duduk setelah 2 jam booking !! Yer 2 jam booking tempat duduk, sebab kami tak buat reservation. Konon nak walk in sahaja, sekali.... full house !! Pada yang berhajat nak ke Hello Kitty Gourmet Cafe Sunway Pyramid pastikan buat tempahan awal, ye.

Kami dapat tempat duduk di Ground Floor. Sebab masa book mereka tanya kami nak makan set atau kek dan air? Kami memilih kek dan air, jadi kami dapat tempat duduk di bahagian bawah.


 

Tingkat atas pula di tempatkan untuk pengunjung yang ingin menikmati menu Afternoon Set (jam 2.30 petang - 6.30 petang) yang berharga dari RM99 untuk dua orang.



 

Dekorasi di Hello Kitty Gourmet Cafe Sunway Pyramid memang comel. Di mana-mana sahaja ada Hello Kitty !!


 

Kami order Strawberry Milk Shake untuk Dhia !! Sebab Dhia sangat suka Hello Kitty dan Strawberry. Satu gabungan yang bagus untuk Dhia ! Harga Strawberry Milk Shake di Hello Kitty Gourmet Cafe ini ialah RM14.90.

Daddy Dhia memilih Latte panas yang berharga RM11.90 secawan.
 

Smoked Salmon in a Summer Garden pilihan adik ipar. Harga untuk menu ini ialah RM14.90.


Dhia pula memilih cookies Hello Kitty yang berharga RM9.50. Nak ikutkan Dhia nak cheese strawberry kek yang berharga RM20.90 / potong. Tapi, kami tak jadi beli bila daddy tengok potongannya kecil sangat dan agak tidak berbaloi.

Bagi peminat Hello Kitty yang nak makan dalam suasana hiasan comel bertemakan Hello Kitty boleh ke Hello Kitty Gourmet Cafe Sunway Pyramid.

Cuma mummy tak berapa nak puas hati, tak dapat order dan makan pasta. Kerana kami duduk di tingkat bawah. Hanya tempat duduk di tingkat atas sahaja boleh membuat order pasta. Untuk nak ke tingkat atas pula, kene buat tempahan lain. 

Korang yang nak pergi Hello Kitty Gourmet Cafe Sunway Pyramid kene banyak bertanya dengan pekerja-pekerja disini. Kalau tidak, boleh timbulkan kekeliruan !!

Untuk keterangan lanjut mengenai Hello Kitty Gourmet Cafe Sunway Pyramid. Sila lawati facebook mereka di Hello Kitty Gourmet Cafe
 
5 comments on "Hello Kitty Gourmet Cafe Sunway Pyramid"
  1. huhu..nak makan pun sikit punya rumit yerrr......kalau akak kompom tak sanggup nak tunggu......tapi demi anak ibubapa mana pun sanggup jerr.....

    apapun tempat dia memang comel....sebab tulah namanya hello kitty...kalo tak comel mungkin hello gembel...#ehhh

    ahahahaha

    ReplyDelete
  2. mak aii..2 jam.. gigih laa lin pusing2 ke mana aje tuu.. huhu.. demi anak, lgpon cute kot environment cafe hello kitty..ee masa kecik2 dulu pon suka je dapat pegi tempat gini.. memg impian anak2 perempuan..

    ReplyDelete
  3. Laa rumit juga yeee nk kena tempah bagai. Ada port tak boleh makan itu ini lak.. Baru rasa nak pergi minggu depann.. Huaaaaa

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com