KEDAI BUNGA THE PURPLE LAVENDER KAJANG PERDANA | MURAH DAN CANTIK !

09:09

 KEDAI BUNGA THE PURPLE LAVENDER KAJANG PERDANA | MURAH DAN CANTIK !

 

Lawa tak bunga ros hidup / fresh roses ini? Bunga inilah yang mummy pilih untuk di hadiahkan sempena hari jadi daddy (suami). Jenuh fikir, hadiah apa yang belum pernah belikan untuk daddy, yang cepat dan mudah di beli. Sebab hari jadi daddy kali ini, mummy tak sempat shopping awal.  Nasib baik ada kedai bunga di kawasan rumah kami. Balik sahaja dari kerja, terus mummy belikan kek dan ke kedai bunga.

   
Kedai bunga milik bumiputra rupanya. Bukan sahaja ada jual bunga hidup / fresh flowers tapi macam0macam bunga ada. Pada harga yang murah. Mummy dapat harga bunga ros hidup / fresh roses RM4.00 sekuntum ! Murah,kan? Tapi, mummy beli 3 kuntum je. Jadik lah !! Buat saje-saje orang kata.




 

Party pack, belon, baju kanak-kanak dan costume pun ada di jual disini. Apa lagi !! Zasss amek 1 set birthday party pack SUPERMAN theme, anak-anak dan anak buah mesti suka dapat celebrate daddy cenggini nanti !  Harga pun murah untuk 1 set party pack ini. Dari RM5.90/pek.


Sementara tunggu owner kedai bunga ini balut bunga Ros. Sempat mummy buat tour dalam kedai bunga THE PURPLE LAVENDER ini. Geram tengok macam-macam barang yang comel ada dalam kedai ini. Owner pulak, peramah dan sporting !
 

Tadaaaaaaa..ini hasil lah dia fresh flower - roses untuk daddy dari mummy. 3 kuntum yang bermaksud I LOVE U. Sapa kata orang dah kahwin ini tak boleh nak ROMANTIK !!  

   
Kalau sesiapa yang nak mencari fresh flower murah di Kajang dan balut FREE macam mummy beli tu. Boleh la singgah ke:-
  
THE PURPLE LAVENDER
(Kedai Bunga Milik Bumiputra - Kajang Perdana)
18, Jalan Kajang Perdana 3/1, Kajang Perdana 43000 Kajang Selangor

Facebook : The Purple Lavender

012-2024541

You Might Also Like

1 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab