KAMI DIJANGKITI ROTAVIRUS PENYEBAB JANGKITAN ACUTE GASTROENTERITIS (AGE)

Cuti Krismas tempoh hari. Dhia dah mula kene muntah-muntah masa kat Taiping. Tak lama pada tu, demam pula. Seminggu kemudian, cirit-birit dan demam. Panjang nak di ceritakan kronologinya. Tak tahu nak huraikan bagaimana. Klinik jangan cakap. Dari kerajaan ke swasta. 


Dari yang murah hinggalah ke mahal. Dalam masa 2 minggu tu, berbalik-balik sakit nya. 


Kemudian, berjangkit-jangkit dengan adiknya. Muntah cirit-birit dan demam. Tak nak makan. Hanya nak menyusu badan. Bawa ke Hospital Kajang dan di masukkan air. 



Memang tak tahu nak cakap penatnya penyakit yang kami hidapi. Sebab kami suami isteri pun kene. Orang sakit menjaga orang lain yang sakit. Kami suami isteri dekat seminggu juga kene cirit birit. Tok mak datang kami, dan akhirnya, tok mak pula yang kene muntah-muntah dan cirit-birit. Berjangkit !

Klinik yang keempat kami lawati, doktor telah mengesahkan kami di jangkiti Mild Rotavirus dan jangkitan Acute Gastroenteritis (AGE).

GEJALA WABAK ROTAVIRUS DAN LANGKAH PENCEGAHAN WABAK ROTAVIRUS PENYEBAB JANGKITAN ACUTE GASTROENTERITIS (AGE)

 

Apakah itu ROTAVIRUS? 
Rotavirus berpunca daripada gejala cirit-birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Rotavirus ini menular dimana sahaja tanpa mengira tempat.

Mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.

Gejala Rotavirus
  • Demam
  • Muntah
    Cirit-birit melebihi 3 hari
  • Sakit perut
  • Demam / selsema 
  • Najis berbau busuk


Komplikasi Rotavirus
Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.


Langkah Pencegahan Rotavirus Dan Cirit Birit
  • Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit.
  • Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul. Kami membasuh pakaian (sejurus selepas pakai), tuala, lantai dan kain buruk sehari dua kali dengan mengunakan dettol ke dalam basuhan.
  • Temui doktor jika tanda dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah.
Sumber: Vaksin Untuk Rotavirus

Alhamdulillah, nampaknya hari ini semua sudah pulih seperti sedia kala. Anak-anak, daddy dan mummy dah sihat. Mummy dan daddy boleh bekerja kembali seperti biasa. Tok mak pun dah nampak sihat juga tu. 

Kami bukan merintih ataupun merasa kesal ke atas penyakit yang datang. Sesungguhnya, penyakit ini penghapus dosa.  Kami redha atas ujiannya. Kami bersyukur, masih dapat bernafas dan di berikan nyawa hingga kini ;) Syukur...




4 comments on "KAMI DIJANGKITI ROTAVIRUS PENYEBAB JANGKITAN ACUTE GASTROENTERITIS (AGE)"
  1. Kasihannya, semoga Dhia cepat smbuh :')

    ReplyDelete
  2. memang tak best kalau kena penyakit ni.

    nak wat kerja pun rasa tak best.

    ReplyDelete
  3. memang teruk kan kalau kena Rotavirus ni.. kesian kat anak-anak..
    semoga lepas ni Dhia kembali sihat dan membesar bagai juara.. :)

    ReplyDelete
  4. Kesian..memang cirit birit akan berjangkit..kalau tak tahan boleh terbaring je...sabar nye Linda..dugaan 2016..semoga semuanya sihat seperti biasa...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com