MAMOGRAM DAN MEDICAL CHECK UP PERCUMA | PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO

07:55

 Siapa yang berhak dapat MAMOGRAM DAN MEDICAL CHECK UP PERCUMA INI - PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO?

Sebelum mummy teruskan dalam menulis entri ini. Nak tahu juga, samaada kenal PERKESO dan SOCSO tak? Sebab ramai juga yang tanya mummy. Mereka ingat dua nama ini organisasi yang berlainan. Keliru dengan PERKESO dan SOCSO? PERKESO tu dalam Bahasa Melayunya ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial. Manakala SOCSO dalam bahasa Inggerisnya Social Security Organization. Baru-baru ini pihak PERKESO / SOCSO telah mengepos pada mummy selaku wakil syarikat dalam pemberian baucer Program Saringan Kesihatan PERKESO. Yang mudah kita kenali sebagai FULL MEDICAL CHECK UP. PERCUMA sahaja PERKESO / SOCSO bagi. Full Medical Check up PERCUMA !! Mesti semua staff suka ! 



Siapa yang berhak dapat MAMOGRAM DAN MEDICAL CHECK UP PERCUMA INI - PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO?

Tapi, ada juga HR atau wakil syarikat yang tak dapat baucer ini. Mungkin pihak syarikat tak tahu ataupun buat-buat tak tahu. Selalunya, pihak PERKESO / SOCSO akan pos setiap awal tahun. Tapi, jika ada yang tak dapat juga, kene beritahu pihak PERKESO / SOCSO . Macam mummy, mummy terus emailkan butiran pekerja ke pihak PERKESO / SOCSO. Dalam masa beberapa minggu.. terus dapat !

Siapa yang berhak dapat MAMOGRAM DAN MEDICAL CHECK UP PERCUMA INI - PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO?

Siapa yang berhak dapat MAMOGRAM DAN MEDICAL CHECK UP PERCUMA INI - PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO?


  • Mesti ada mencarum dalam SOCSO / PERKESO.
  • Berumur 40 tahun keatas.

Baucar ini boleh di gunakan di klinik terpilih www.perkeso.go.my/sehat 
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi terus : 03-42521258
 

You Might Also Like

2 comments

  1. Akak pernah dapat ni Linda..
    3 tahun sudah dan akak pun dah membuatnya..
    Boleh minta lagi ke..
    Atau ini hanya sekali sahaja utk wanita bekerja diberi oleh PERKESO ni..

    ReplyDelete
  2. Kak,
    Sekali je seumur hidup PERKESO bagi

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab