RM25juta Tajaan Perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin

Pelakon Shaheizy Sam,34 dan Syatilla Melvin (pelakon drama bersiri Sha&Shah di Astro Ria) akan melangsungkan perkahwinannya bulan depan. Mummy terkejut juga ! Sebab tak pernah dengar gossip mereka berdua dan tak pernah tahu mereka bercinta. Tup..tup..semalam dapat berita di Harian Metro dan hint dari instagram Syatila bahawa mereka akan melansungkan perkahwinan. Pandai simpan rahsia ye ! Eh..simpan rahsia ke? Atau mummy yang tertinggal berita sebab jarang baca gosiip artis ini ! hehehe kekangan masa kadang-kadang tu tak sempat nak hadam semua cerita. Apapun, mummy ucapkan TAHNIAH kepada bakal pengantin baru ini. Moga ikatan yang terjalin ini kekal bahagia selamanya. Ameen.

WEDDING OF THE YEAR RM25 JUTA Tajaan Keseluruhan Untuk Majlis Perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin!

WEDDING OF THE YEAR RM25 JUTA Tajaan Keseluruhan Untuk Majlis Perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin!


WEDDING OF THE YEAR RM25 JUTA Tajaan Keseluruhan Untuk Majlis Perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin!

Kuala Lumpur: Pelakon, Shaheizy Sam,34 dan Syatilla Melvin, 25 umum akan berkahwin pada 8 Februari ini dan menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta sekali gus menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai 'wedding of the year'.

"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu siapa penaja majlis kahwin kami. Bukan apa, saya menyerahkan segala urusan perkahwinan kepada ibu. 

"Apa pun terima kasih kepada semua pihak penaja. Apabila dimaklumkan jumlah keseluruhan, saya memang terkejut," kata Sam kepada Harian Metro.

Menurut Sam, jumlah berkenaan membabitkan barang kemas bernilai RM20 juta dan RM5 juta lagi membabitkan persiapan majlis termasuklah pakaian, dekorasi, pelamin dan cenderahati.

Terdahulu, pelakon berkenaan membuat pengumuman majlis perkahwinan mereka menerusi sidang media khas yang diadakan di hotel di ibu negara sebentar tadi.

Majlis nikah pasangan itu akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari. - kenyataan dari akhbar Metro
4 comments on "RM25juta Tajaan Perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin"
  1. salam...akak..yaya done follow sini...baru perasan tak follow..rasa macam dah follow...

    ReplyDelete
  2. Wahhh, wedding of the year gitu.. Arap2 terus berkekalan sampai ke jannah utk both ni, Amin~~

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...rezeki SS kan...
    semoga semuanya berjalan ngan lancarnya...:)

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com