Tauhu Sumbat Johor Air Tangan Mak !

Salam Isnin semua ! Monday blues ke hari ini? Jangan gitu ye ! Cuti lama-lama pun tak bagus. Lemau badan dan lemau otak nanti ! hehehe mummy le tu sebenarnya ! ummy suka gak cuti lama, tapi rasa macam lemau pulak nanti ! Dua hari cuti kan semalam? Apa aktiviti hujung minggu semalam? Mesti best,kan? Dapat luangkan masa dengan orang yang tersayang. Dapat rehatkan minda juga ! Mummy macam biasa, hujung minggu sibuk dengan anak, buat laundry, beli barang dapur dan bawa anak meronda ! Cuaca sekarang panas sangat ! El Nino...nak berjalan untuk aktiviti luar. Memang tak larat ! Jadi, weekend mummy banyak makan dan lepak di rumah je. Antara banyak-banyak makanan yang terhidang semalam. Tauhu sumbat paling mummy makan banyak ! Makanan yang agak lama tak makan. Dapat pulak, tok mak bebudak ni yang buat ! Memang pergggghhhhhh...tabur sayur banyak dan kuah banyak-banyak. Makan sambil tutup mata, tak pandang kiri kanan dah ! Tauhu sumbat ini, bukanlah susah mana nak buat pun. Tapi, mummy malas nak goreng tauhu yang meletup-letup tu. Pastu kuah mak tu memang sedap. Buat pun, tak berapa jadi macam kuah mak. Nak senang, makan tauhu sumbat air tangan mak je lah ! Ada peminat tauhu sumbat tak kat sini? Ada yang sama geng dengan mummy, tak?
 
Tauhu Sumbat Johor Air Tangan Mak !
2 comments on "Tauhu Sumbat Johor Air Tangan Mak !"
  1. tengok gambar pun dah sedap lum rasa lagi ni.... nak mintak la.... hehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tauhu sumbat..
    Lebih2 lagi air tangan mak..
    Memang mengulang banyak kali lah ye Linda..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com