ASAM PEDAS MELAKA MURAH DAN SEDAP DI BUKIT KATIL, AYER KEROH

ASAM PEDAS MELAKA MURAH DAN SEDAP | BERKAT SALAM, BUKIT KATIL MELAKA


ASAM PEDAS BERKAT SALAM RESTAURANT, BUKIT KATIL MELAKA | Tercari-cari tempat maskan asam pedas semasa ke Melaka? Ha..mummy dah jumpa yang sangat murah dan sedap ! Jalan punya jalan..ternampak satu restoran ni di tepi jalan " Restoran Asam Pedas Berkat Salam, Bukit Katil"


Kalau ke Melaka tak sah mencari ASAM PEDAS MELAKA. Tapi, nak cari ASAM PEDAS MELAKA ini kene hati-hati. Sebab, beberapa tahun lepas kami pernah kene ketuk hampir RM200 makan untuk 6 orang dewasa. Nasi putih, asam pedas, satu jenis sayur dan air. Tambahan makanan lain, udang goreng tepung. 

Dan, alhamdulillah...kali ini kami makan di tempat yang tak ketuk kami ! Di mana? Di ASAM PEDAS BEKAT SALAM RESTAURANT, Bukit Katil Melaka yang sangat murah dan sedap !




Setelah selesai mencuci rumah. Penyewa lama tok mak keluar di Bukit Katil Melaka. Mummy, daddy dan tok mak terus memilih untuk jalan-jalan cari makan. Kali ini kami memilih ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI. Atok pula memilih ASAM PEDAS IKAN PARI.


Untuk budak-budak,daddy pilih ayam goreng kunyit dan sup kosong. Tambahan 2 pinggan nasi putih untuk tambah dan juga untuk anak-anak.


Kami memilih set yang tertera sahaja. Set ASAM PEDAS. Senang dan mudah.  Ada ASAM PEDAS, Ulaman, Telur masin, Kangkong Goreng Belacan dan Air Jus Limau Kasturi Asam Boi. Kerang rebus dah habis. Harga kerang rebus mereka kata akan ditolak dalam bil nanti. Harga dan menu juga jelas ! Set untuk 4 orang untuk kami berempat RM50 sahaja. 


Nasi putih, sambal belacan, timun, kobis, telur masin.



Kangkong Goreng Belacan


Semasa sampai, kami bernasib baik ada tempat duduk. Ramai sangat orang datang ke sini. Mungkin selesa dan parking pun sangat luas dan banyak. 




Kami dah kenyang...puas hati kali ini makan di sini. Sedap dan memang murah ! 


Bagi yang takk minat ASAM PEDAS. Di SALAM BERKAT RESTAURANT ini ada juga menyediakan makanan WESTERN, ala carte dan juga set lain. 

Wajib cuba tau kalau datang ke MELAKA di kawasan Bukit Katil Melaka (dekat dengan Bayao Lagoon)

LOKASI ASAM PEDAS MELAKA MURAH DAN SEDAP DI BUKIT KATIL, AYER KEROH: 


Lot 2964, Jalan Tun Hamzah (Kg Tun Razak) 75050 Kampung Ayer Keroh Melaka. 


6 comments on "ASAM PEDAS MELAKA MURAH DAN SEDAP DI BUKIT KATIL, AYER KEROH"
  1. Sedapnyaaa asam pedas :)Feveret. Hehe

    ReplyDelete
  2. Hari tu, saya ke Melaka..kitaorang try Asam Pedas Claypot..sedap..makan untuk 8 orang..sorang budak, dalam RM90 lebih macam tu..kira okey la sebab ada sorang adik ipar pilih ikan jenahak..ikan tu mahal sikit kan..

    ReplyDelete
  3. Sama tempat akak singgah makan tu Linda..
    Memang murah dan sedap..
    Akak makan 6 orang baru RM50.00
    Air sirap dan air kosong percuma aje..
    Murah rezeki mereka kan linda..
    Memang ramai orang makan disitu..
    Masa tu akak ambil asam pedas ikan tenggiri, asam pedas telur ikan dan nabil makan asam pedas daging tetel..
    Berbaloi lah makan..

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya saya bukan penggemar asam pedas, ya memang tak suka sangat.. lain negeri lain pulak rasanya itu yg saya perasan bila setiap kali cuba

    ReplyDelete
  5. Suka asam pedas Melaka..kalau dpt asam pedas tetel ke...ikan kembung..ikan pari..walla!! Akak Suka mkn yg kat area perigi hang li po tu...best...

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaaa....!
    next time i nak coba makan itu makanan.. :)

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com