Jenis Pil Perancang, Cara Pengambilan, Faedah Penggunaan Dan Kesan Sampingan Pil Perancang

Jenis Pil Perancang, Cara Pengambilan, Faedah Penggunaan Dan Kesan Sampingan Pil Perancang


Dari sehari ke sehari mummy dapati, keywords mummy yang lepas mengenai entri perancang keluarga dalam blog mummy agak tinggi. Ramai yang mencari ilmu perancang keluarga rupanya. Mummy memandang positif perkara ini, walaupun ada setengah orang menganggapnya negatif. Mummy harap entri yang mummy kongsikan ini, berguna kepada pasangan yang sudah berkahwin. Yang belum berkahwin tu, kalau niat untuk tambah ilmu. Tak mengapa. Jangan main cuba-cuba ye. Kang Allah terus tak bagi langsung zuriat tu, lagi susah nanti ! Zuriat amat penting pada pasangan berkahwin. Tetapi, ada sesetengah pasangan yang mempunyai anak di minta untuk menjarakkan zuriat. Mungkin sebab faktor kesihatan dan juga faktor lain. Maka, kita kene study dulu, perancangan apa yang sesuai untuk diri kita dan apakah pula kesan sampingan pil perancang ini.

Mengoptimumkan Penggunaan Pil Perancang

Jenis Pil Perancang, Cara Pengambilan, Faedah Penggunaan Dan Kesan Sampingan Pil Perancang


Ramai wanita mengamalkan kaedah merancang keluarga menggunakan pil perancang atau juga dikenali sebagai pil kontraseptif oral. Merancang keluarga bertujuan memastikan tahap kesihatan ibu pada tahap optimum semasa kehamilan seterusnya. Ia sangat penting untuk mengelakkan kemudaratan pada ibu dan anak dalam kandungan.  

Ada pelbagai jenis pil perancang dalam pasaran. Ia boleh diperoleh di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), sesetengah klinik kesihatan, klinik swasta atau di premis farmasi komuniti. Pil perancang adalah cara yang paling mudah dan popular untuk merancang keluarga. Penyelidikan selama lebih separuh abad membuktikan kejayaan dan keselamatan penggunaannya bagi jangka masa panjang. 

Jenis Pil Perancang
Pil perancang mengandungi hormon sintetik yang menyerupai hormon-hormon yang dikeluarkan oleh tubuh badan. Pil perancang dikategorikan kepada 2 jenis iaitu; Pil yang mengandungi hanya satu jenis hormon sahaja iaitu hormon progestin yang mana pil jenis ini lebih sesuai diambil oleh golongan ibu yang sedang menyusu badan dan jenis kedua adalah pil yang mengandungi kombinasi hormon iaitu hormon estrogen dan progestin.

Cara Pengambilan Pil Perancang
Pengambilan pil perancang pada waktu yang sama setiap hari boleh mengoptimumkan keberkesanannya dalam mencegah kehamilan sehingga 99%. Cara pengambilannya bergantung kepada jenis pil perancang yang diambil. 

Satu pek pil perancang mengandungi 21 atau 28 biji pil hormon. Wanita yang mengambil pil perancang yang mengandungi 28 pil hormon akan mengambil pil tersebut pada masa yang sama setiap hari tanpa henti samada haid atau tidak dan meneruskan pek-pek seterusnya. Bagi golongan wanita yang mengambil pek yang mengandungi 21 biji pil hormon akan mengambil pil tersebut selama 21 hari secara berterusan dan berehat selama 7 hari sebelum kitaran pek yang berikutnya dimulakan.
Wanita berisiko untuk hamil sekiranya aturan pil tidak diambil seperti yang diarahkan. Sekiranya seseorang wanita itu terlupa untuk mengambil sebiji pil, harus mengambil pil tersebut secepat yang mungkin dan meneruskannya seperti biasa. Jika terlupa untuk mengambil dua atau lebih dos secara berturut-turut, wanita tersebut harus menggunakan kaedah alternatif lain mencegah kehamilan. 

Sekiranya kerap terlupa mengambil pil perancang mengikut aturan atau pemberhentian pengambilan pil perancang, wanita tersebut mempunyai kebarangkalian untuk hamil semula kerana kitaran haid dan ovulasi akan kembali normal. Justeru adalah lebih baik dalam situasi seperti ini, wanita tersebut menggunakan kaedah perancang keluarga lain seperti menggunakan kondom bagi mencegah kehamilan.

Faedah Penggunaan Pil Perancang
Selain berfungsi mencegah kehamilan, pil perancang juga berfungsi bagi mengatur semula dan melancarkan kitaran haid. Pil ini mengurangkan jumlah darah semasa haid dan secara tidak langsung mengurangkan risiko kurang darah merah atau dikenali juga sebagai anemia. Selain daripada itu, pil perancang juga dapat mengurangkan risiko senggugut semasa haid dan membantu menangani masalah jerawat. 

Cara Tindakan Pil Perancang
Pil perancang bertindak melalui pelbagai cara. Fungsi utama pil perancang adalah untuk menghalang proses ovulasi. Selain daripada itu, ia juga akan mengubah penghasilan dan kepekatan mukus di kawasan serviks bagi menyukarkan penembusan sperma dan menipiskan lapisan rahim bagi menyukarkan penempelan telur yang telah disenyawakan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa situasi yang boleh mengganggu keberkesanan pil perancang. Antaranya adalah interaksi ubat. Pil perancang mempunyai interaksi dengan kebanyakan ubat seperti ubat antibiotik, ubat dalam rawatan tuberkulosis, ubat anti-epilepsi dan ubat-ubatan lain. Interaksi ubat seperti ini boleh mengurangkan keberkesanan pil perancang dalam mencegah kehamilan. 
 
Oleh itu, adalah penting untuk memaklumkan kepada doktor yang merawat jika anda mengambil pil perancang agar jenis ubat yang sesuai boleh diberikan dan interaksi ubat dapat dielakkan. Selain daripada itu keadaan seperti muntah-muntah dan cirit-birit juga boleh mengurangkan penyerapan pil perancang dan seterusnya memberi kesan terhadap keberkesanan mencegah kehamilan.

Kesan Sampingan
Wanita berkemungkinan mengalami perubahan hormon semasa mula mengambil pil perancang. Keadaan ini mungkin mendatangkan kesan seperti pening kepala, loya, muntah, pendarahan tidak teratur, peningkatan tekanan darah, peningkatan berat badan dan wujud ketulan pada payudara. Walau bagaimanapun, kini dalam pasaran terdapat pil perancang yang direka dalam dos yang lebih rendah bagi mengurangkan kesan sampingan.
Tabiat merokok semasa mengambil pil perancang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung. Justeru individu wanita tidak seharusnya menggunakan pil perancang jika merokok, mempunyai sejarah serangan angin ahmar atau strok dan sakit jantung.

Kesimpulan
Kesesuaian penggunaan pil perancang adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain. Tidak semestinya pil yang lebih terkini atau mahal adalah terbaik untuk semua wanita. 

Sekiranya berlaku kekeliruan semasa pengambilan pil perancang, adalah amat penting wanita tersebut untuk terus mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi bagi mengelakkan kehamilan secara tidak sengaja berlaku. Wanita juga dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu bagi memastikan cara merancang keluarga adalah sesuai dan dapat memilih jenis pil perancang yang tepat. 

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkenaan ubat-ubatan, anda boleh bertanya kepada mana-mana ahli farmasi atau menguhubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722.

Disediakan Oleh:
Nurul Nasrah Bt Mohd Ariffin
Pegawai Farmasi, Klinik Kesihatan Luyang, Sabah

20 comments on "Jenis Pil Perancang, Cara Pengambilan, Faedah Penggunaan Dan Kesan Sampingan Pil Perancang"
  1. Tak pernah guna la pil perancang..x sempat nak guna pun..dah 11 tahun dah x beranak..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari lah bidan kg untuk berurut

      Delete
  2. nice share..ida pun tak amik ubt perancang,suami tak bagi..rancang sndri je

    ReplyDelete
  3. Ada ofismate saya cadangkan kat saya untuk ambil pil perancang untuk bagi kitaran haid teratur memandangkan saya sedang cuba untuk pregnant..kawan ni inform mak dia, jururawat yang cakap..bukan makan pil tu berterusan..ambil dalam 2-3 bulan, lepas period teratur boleh stop..tapi saya tak try le sbb x berani..

    ReplyDelete
  4. Xpernah ambik apa2 perancang kwluarga.. tp adik yoorin dah ambik since umur 12 tahun.. sebb ada masalah hormon period non stop berbulan2..doc yg sarankan.. kesanya, baru form.1 body dah mcm 18 tahun.. tp akan ada kesan jangka masa panjang.. doc dah pesan awal2..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih...
    Saya pun x amik pil perancang.. Cik Suami x benarkn... Kami rancang secara sendiri sejak Anak pertama n kedua...

    ReplyDelete
  6. hemm.. nak tanya.. kalau isteri tu dah tak larat nak mengandung lagi.. boleh ke dia ikat? mean tak nak beranak dah.. sebab ada yang kata berdosa.. elok merancang dengan makan ubat je..

    ReplyDelete
  7. Kak SA: akk xperlu kot..

    Aqidah, Kak Fiza: yup betu tu..kene ikut cakap suami gak.

    Fiza: yup kak...sbb ni pil hormon.

    yoorin: tak ada masalah, xperlu kot amek perancang keluarga

    Tengku Butang: Kalau ikut agama..ada masalah kesihatan. Kita di haruskan berbuat demikian. Waallahualam. Saya pun di nasihatkan begitu juga. Sebab ada masalah juga ;)

    ReplyDelete
  8. x suka makan ubat.. Huhuhu..
    Sha amik perancang jenis injection..
    3 bulan sekali...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. terima kasih kak untuk ilmu baru.. hee~ atie pun tak ambil pape perancang.. sebab tak boleh control hormon.. takut mengembang dengan jayanya nanti..

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. isu menarik..

    sukar juga merancang menggunakan pil perancang..

    apa-apapun saya dah tak de idea juga nie nak komen apa.

    ReplyDelete
  13. Betul ke masalah jerawat berpunca dari hormon?
    sya period 2 hari saja setiap bulan boleh ke mkn pil perancang utk hilang jerawat?

    ReplyDelete
  14. Tak amik pil perancang sebab tegok orang sekeliling yang amik pil perancang jadi gem..

    ReplyDelete
  15. Bonde sekarang makan Pil Perancang, atas nasihat doktor sebab masalah hormon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sma..ambik pil perancang sbb hormon x teratur..haid kdg ada kdg xda..x regular mcm muda2 dulu..semakin umur masuk 40 tahun..haid.makin tak menentu..tak dpt d jangka bila haid

      Delete
  16. banyak jugak tempat yang provide pil perancang ni rupanya

    ReplyDelete
  17. Lepas bersalin anak pertama ja guna pil perancang, tu pun asyik terlupa ja

    ReplyDelete
  18. Saya nak tanya,saya ad kurang darah merah ..and doktor pakar puan ada bgi saya pil perancang and ubat stop darah dari keluar.. Saya nak buat apa..samaada makan ubat tu atau tidak ..?

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com