Kempen Derma Buku Anjuran PROGRESS SMART Selangor

Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor

CSR PROGRESS SMART Selangor

 
 
Assalamualaikum dan selamat Pagi semua!


Pernah dengar pasal orang Asli di Pulau Carey? Agak-agak macamana tempat nya ya! Haaa, kalau anda pernah membuat program di sana, kali ini kami pula yang akan merasainya sendiri. 

Untuk pengetahuan semua, seramai 100 orang peserta dari Programme on Graduate Employability Enhancement (PROGRESS) for SMART Selangor akan pergi ke sana untuk membuat khidmat komuniti servis. Community service yang dijalankan oleh kami ini lebih dikenali sebagai Smart Bakti.

Program ini ditaja khas oleh kerajaan Selangor dengan kolaborasi bersama Irshad HR Consulting untuk memberi kursus selama sebulan kepada anak-anak Selangor yang baru sahaja beberapa bulan tamat pengajian tetapi masih belum mendapat sebarang pekerjaan. 

Di samping belajar mengenai Project & Event Management, Effective Business Writing dan lain-lain, kami juga perlu mengadakan satu program untuk semua peserta PROGRESS demi menjayakan kursus PROGRESS SMART Selangor.  

Kita semua dapat banyak kelebihan fasiliti di sini kan? Mudah mendapat bahan bacaan. Ada perpustakaan, perpustakaan bergerak..Semua percuma. Apa kata..kali ini kita menderma buku/majalah kepada kaum orang Asli. Supaya mereka juga dapat mencari ilmu seperti kita semua. 

Tujuan kami ke sana adalah untuk membina satu mini perpustakaan supaya mereka dapat bersantai sambil membaca buku-buku ilmiah yang akan di dermakan. 

Jadi, tunggu apa lagi. :) Andai kata, ada banyak buku tapi dah tak tahu nak buat apa.dengan buku-buku yang ada. 

SUMBANGAN BUKU TERPAKAI DIPERLUKAN!! . . Anda mempunyai banyak buku yang sudah dibaca? Tiada ruang lagi untuk disimpan? JANGAN BUANG!!!!!! . . Kami dalam usaha mengumpul buku-buku terpakai untuk disalurkan kepada Perpustakaan Mini di Perkampungan Orang Asli Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey bagi Program CSR yang akan diadakan pada 6 Mac 2016. . . Buku-buku diperlukan : - Buku teks / rujukan akademik - Buku bacaan umum - Majalah - Buku ilmiah . . Sumbangan buku - buku boleh dibuat dengan cara : 1. Serahkan buku-buku tersebut pada kami di alamat yang tertera (Hotel Carlton). . . Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi : - Atiqah Jafri (013-2254675) - Elmi Farhana (011-18623632) E-mail : smartbakti2016@gmail.com . . Kami memohon jasa baik anda semua untuk membantu kami menghebahkan kepada orang ramai tentang usaha ini. Mari menderma, selain dapat berkongsi anda juga mendapat pahala. . . #ThePaybackTime #bookdonation #dermabuku #SMARTBAKTI2016
A photo posted by Smart Bakti (@smartbakti) on


Jom datang ke Carlton Hotel Holiday and Suites untuk sumbangkan buku-buku yang ada. Kami akan bantu anda penghantaran ke Perkampungan Orang Ali Kg. Sg. Bumbun Pulau Carey.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera di atas. 


 
 
2 comments on "Kempen Derma Buku Anjuran PROGRESS SMART Selangor"
  1. Alhamdulillah...
    semoga usaha seperti ini berterusan sampai bila²...

    ReplyDelete
  2. semoga program ini berjaya dengan jayanya dan dapat memberi bantuan kepada yang memerlukan..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com