KES VIRAL PENGAWAL KESELAMATAN TAK JADI KAHWIN

KES VIRAL KENE TUMBUK SEBAB HANTARAN TAK CUKUP DAN PENGAWAL KESELAMATAN TAK JADI KAHWIN.


Demam kes viral pengawal keselamatan tak jadi berkahwin gara-gara wang hantaran tak cukup. Disini, mummy bukan nak jadi pengadil kes mereka. Kita pun tak tahu punca dan perkara sebenar. Tak berani nak tuduh siapa salah dan siapa yang benar.

Mungkin dua-dua salah. Atau salah sorang yang bersalah. Atau pun, tidak ada sesiapa pun bersalah. Wallahualam. 

KES VIRAL KENE TUMBUK SEBAB HANTARAN TAK CUKUP DAN PENGAWAL KESELAMATAN TAK JADI KAHWIN.

Mungkin bukan jodoh mereka. Sedangkan yang 20 tahun berkahwin pun boleh bercerai. Apatah lagi yang sedang bercinta. 

Apa pun, aturan yang di tetapkan oleh NYA tu dah cukup indah. Ada hikmah setiap apa yang terjadi.

Dengar-dengarnya, apabila kes ini menjadi viral. Pihak bakal pengantin tersebut sudah pun buat rlaporan polis. Tindakan yang bagus juga tu. Bawa ke bahagian yang arif untuk pengadilan, biar yang arif dan pakar menyelesaikan masalah sebegini.

Mummy ikuti juga berita kes ini, bukan nak jaga tepi kain orang. Tapi, mohon semua doakan yang baik-baik untuk pasangan ini. Moga jumpa jodoh yang sesuai hendakNYA.

Petikan dari berita beberapa hari yang lalu :-

KES VIRAL KENE TUMBUK SEBAB HANTARAN TAK CUKUP DAN PENGAWAL KESELAMATAN TAK JADI KAHWIN.

Pengantin Kena Tumbuk Duit Hantaran Tak Cukup

Pengantin perempuan menarik tudung seorang wanita dipercayai ahli keluarga pengantin lelaki dalam pergaduhan di Masjid.



KUALA LUMPUR, 28 Mac – Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinannya bersama dengan seorang pasangan hancur apabila dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita tersebut dalam satu kejadian di sebuah masjid kelmarin.

Menurut laporan Kosmo!, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid berkenaan kerana tidak dibenar meneruskan majlis akad nikah kerana tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Sumber Kosmo! berkata, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu.

“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak pe­rempuan meminta sejumlah RM15,000.
“Pengantin lelaki yang bersetuju de­ngan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya.

Difahamkan, pengantin lelaki tersebut yang berusia 27 tahun hanya bekerja sebagai pegawal keselamatan dan gajinya hanya RM1,500 sebulan.

Selain itu, turut difahamkan lelaki berkenaan sudah bercinta dengan kekasihnya, seorang gadis berusia 21 tahun, sejak tiga tahun lalu.

Sumber turut berkata, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung namun pihak pengantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi lelaki berkenaan tidak membayar baki RM5,000.

“Tidak bersetuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluar­ganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” ujarnya.

Sumber juga berkata kekecohan berlaku di perkarangan masjid apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.


8 comments on "KES VIRAL PENGAWAL KESELAMATAN TAK JADI KAHWIN"
  1. Tak tahulah nak cskap apa pasal kes nie. Huhu. Memalukan yang pasti. Siapa yang viral kan nie, tanggung dosa mengaibkan orang 😔

    ReplyDelete
  2. Hmmmm....wpun diterangkan dalam FB, jelas nampak isu ungkit duit hantaran tak cukup aduyaiiiiiiiii....apa lah duniawi sgt....nikah je dulu buat wajib. Hantaran tak wajib lah

    ReplyDelete
  3. Macam2 berlaku sekarang ni. Ya Allah. Kalau tak cukup pun boleh deal baik2 tak perlu gaduh2.. Takut pula. Hopefully, dipermudahkan segala urusan perkahwinan ena nanti

    ReplyDelete
  4. Siqah: kita doakan yang baik untuk mereka ye ;) moga urusan mereka di permudahkan

    Julia: setuju, moga mereka dapat jodoh yang baik-baik.

    Ena: insyaallah.. akk doakan majlis ena berjalan dgn lancar dan d permudahkan.

    ReplyDelete
  5. memalukan dan menyedihkan.. banyak-banyak tempat, kat masjid yang dia orang nak gaduh..

    ReplyDelete
  6. ermm...macam2 sekarang ni..harap2 kite nnti pun ok laa..huhu

    ReplyDelete
  7. Kita doakan yang baik2 untuk mereka.
    Moga mereka bertemu jodoh yang lebih baik. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. xde jodoh... masing2 bukak aib sendiri.. lg2 dengan ada video yg dah jadi viral ni kan.. mudahan lepas ni ambik pengajaran dan org ramai ambik manfaat iktibar..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com