Pengalaman Pertama Dzal di Sushi King Metropoint Kajang

09:50

Sushi King Metropoint Kajang


Mengidam nak Sushi King..Tak nak sushi lain. Nak layan wasabi Sushi King je. Wasabi Sushi King memang layan ! Bukan mulut terkumat-kumat. Mata pun terkumat kamit sama ! Perghhhh ! Pedas berasap ke hidung memang ubat resdung katanya. hahaha. Eh, ngidam tu.. bukan sebarang ngidam, tau ! Ngidam sebab lama tak makan, bukan sebab ada isi tau. Dah setahun tak makan di Sushi King. Masuk Sushi King pun, dah jadi macam orang bodoh, blurrr tak tahu order apa. Banyak menu dah di mansuhkan rupanya. Nangis kejap mak di tepi bucu meja ;) 
 

Pengalaman Pertama Dzal di Sushi King Metropoint Kajang 

Pengalaman Dzal Aidi Fiqry pertama kali jejakkan kaki ke Sushi King. Umur Setahun Sebilan Bulan, baru mummy nak bawa makan Sushi King ye ! Dhia Batrisya pula, dah dua kali merasa Sushi King.

 Pengalaman Pertama Dzal di Sushi King Metropoint Kajang 

Mee Udon Sup, nampaknya Dzal suka juga. Dah memang penggemar mee sup kan.. Tak kisah mee apa pun, bihun ke, yee mee ke asalkan mee. Sup pun gemar!  

 Pengalaman Pertama Dzal di Sushi King Metropoint Kajang 



Order semangkuk je. Kongsi berempat, makan kat Sushi King ni tak sah..kongsi berkongsi. mummy tak suka sangat makan mee kat Sushi King ni. Sebab tak boleh nak layan wasabi. Mummy makan buat rasa-rasa je. Dhia yang suka sangat, bertambah-tambah makan udon tu. Len kali, mummy boleh bawa lagi ye !

Pengalaman Pertama Dzal di Sushi King Metropoint Kajang 

Menu wajib bila sampai Sushi King...takoyaki ! Makan fresh panas-panas cicah kicap dengan wasabi. Terangkat, beb! 

Menu lain, semua pinggan biru (RM2) mummy order. Lepas tu, amek pulak telur rebus goreng yang ada crab stick atas tu yang ada mayonis, dan udang.

Dhia makan udang goreng tepung (lupa nama dalam Jepun) mummy beritahu dalam bahasa Melayu je lah ye !
 

Pengalaman Pertama Dzal di Sushi King Metropoint Kajang 
 Takoyaki

Pengalaman Pertama Dzal di Sushi King Metropoint Kajang 

Lupa nama apa, sushi ini ada crab stick goreng dan mayonis. Harga sepinggan ni yang berwarna coklat RM3. 

Air pulak, amek ocha  je ! Green tea panas dan green tea sejuk. Anak suka, daddy suka dan mummy pun suka. 5 bintang untuk Sushi King, lain kali boleh datang lagi. Dengan syarat, daddy belanja chia..chia..chia..chia (gelak style baru..trend gituuuu)



You Might Also Like

3 comments

  1. Lapar pulak tengok sis sekeluarga makan..hehhe
    Sis, sayatag sis yee.. jangan marah :)

    http://hiphiphorray15.blogspot.my/2016/03/segmen-nuffnang-by-ciknurul.html

    ReplyDelete
  2. selamat menjamu selera sis... suka semuanya dpt sushi king...

    ReplyDelete
  3. Dhia boleh gang ngan mamalong la...suka mee udon tuh..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab