Pertama Kali Guna Voucher Lazada Beli 12Slot Watch Box With Glass Top

PENGALAMAN PERTAMA MEMBELI BARANGAN LAZADA DENGAN MENGGUNAKAN VOUCHER 12-SLOT PU LEATHER WATCH BOX WITH GLASS TOP


Alhamdulillah rezeki lagi, dapat beberapa lagi voucher. Kali ini, dapat voucher LAZADA. Expired pada 31 Mac 2016, apa lagi...menggelupur weiii pilih barang!! Masa buat entri 10 Barang Impian Sempena Hari Jadi ke-4 LAZADA , kemahen mummy..macam-macam angan ada.. berangan nak beli itu la, ini lah. Bila turn nak beli betul-betul, mulalah tetiba blur...bertambah blur lagi bila voucher tu dah nak expired

Susah juga beli guna voucher ini sebenarnya. Banyak kali, mummy masukkan kod voucher tu. Pastu jadi error, katanya voucher tu tak boleh pakai.

Voucher LAZADA Tak Boleh Pakai ?


Rupanya, jika barang kita beli tu dah tertulis FREE DELIVERY. Voucher jadi invalid. Nak kene bayar sendiri SHIPPING FEE. Kiranya, mummy kene keluarkan duit juga lah :( 

Yang keduanya, jika beli 3 barang. Semua barangan itu ada diskaun pun, tak boleh guna voucher tu. Tapi, kalau salah 1 dari barangan tu ada diskaun tak mengapa.

 12 SLOT PU LEATHER WATCH BOX WITH GLASS TOP

Bila pilih barangan berlainan dan seller berlainan. Banyak pula kene cas SHIPPING FEE.

Sudahnya, voucher RM50 kita beli je la barang yang harganya ngam-ngam. Tak pun, beli harga yang kurang dari nilai voucher. Di akhirnya, tambah bayar sedikit untuk SHIPPING FEE

Nasib baik SHIPPING FEE RM1.70 je, mummy tak ralat lah sangat kalau gitu. 

Eh..korang ada pengalaman beli barangan LAZADA guna voucher tak? Pengalaman korang, sama macam mummy atau lain, ye?

Barang apa pilihan mummy di LAZADA? 

Mummy beli tempat letak jam je 12 SLOT PU LEATHER WATCH BOX WITH GLASS TOP. Serabut sangat tengok simpan jam dengan kotak satu per satu.

 

Jadi, mummy merancang nak satukan tempat letak jam tangan. Beli kotak jam yang boleh muatkan 12 jam tangan terus untuk mummy dan daddy.  Cukup lah untuk koleksi kami.  

Mummy pun tak banyak koleksi jam tangan. Ada 4 koleksi jam tangan. Lagi 2, ntah mana simpan. Tapi, semuanya tak ada bateri. hahahaha. Lama tak pakai jam. Bateri pun merajuk !

 

Daddy pun ada 4 jam tangan juga. Lagi satu tu, tak jumpa dia simpan mana. Kemudian nanti baru susun.

Voucher LAZADA seterusnya yang hampir expired...mummy plan nak pilih barangan untuk anak dan diri sendiri juga. Barang apa??? Tunggu ye.......
 

   


3 comments on "Pertama Kali Guna Voucher Lazada Beli 12Slot Watch Box With Glass Top"
  1. Menarik ni..sesuai untuk watch collector...

    ReplyDelete
  2. bolehlah penuhkan lepas ni hi hi hi

    ReplyDelete
  3. aida ada satu pengalaman soping lazada.
    lom sempat buat entry.
    aida lupa btul nak cari tempat letak jam gini.
    jam berlambak tapi merata bilik.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com