Yusmizee Naturopathic Centre Pusat Perubatan Alternatif Naturopati Lebih Islamik



TIDAK SIHAT? PILIH KAEDAH PERUBATAN KONVENSIONAL ATAU PERUBATAN ALTERNATIF SEMULAJADI ?


Salam Isnin semua. Sihat ke hari ini? Ramai yang tidak sihat pada musim panas ini dan cuaca sedikit jerebu ini kan? Kalau tak sihat, apa patut di lakukan ye? Pilihan macam mana yang di pilih? Mummy akui, mummy seorang pengamal suplemen. Suplemen ini sebagai protection. Bukan makan pada musim tak sihat. Di kala sihat pun, mummy akan makan. Jika tidak sihat pula. Perkara utama, wajib berjumpa dengan doktor dan makan ubat yang doktor berikan. Tetapi, apabila penyakit itu berlarutan dan tidak dapat di sembuhkan. Insyaallah mummy akan cuba untuk berubat kaedah lain. Antara kaedah yang mummy percayai ialah Perubatan Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy).

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, Pusat Rawatan Perubatan Alternatif dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.



Apakah itu Perubatan Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy)?
Perubatan Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy) berdasarkan kepercayaan, bahawa badan boleh sembuh dengan sendirinya. Pengamal Naturopati percaya badan manusia mempunyai keupayaan untuk membaiki diri sendiri dan pulih daripada penyakit jika ia disokong oleh persekitaran yang sihat. Bantuan dari Pengamal Naturopati dalam proses penyembuhan menggabungkan pelbagai kaedah kesihatan alternatif yang berasaskan kepada keperluan individual, bukannya dari perubatan konvensional.

Berapa ramai Naturopath di Malaysia?
Di Malaysia terdapat 300 naturopath berdaftar bawah Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia. Mereka menyediakan kursus dan pendidikan di pusat naturopati seperti pemakanan, hidroterapi, herba, tumbuh-tumbuhan / bunga, homeopati dan urutan (sekadar menamakan beberapa jenis). Pengamal perubatan semulajadi seperti ini mempunyai banyak ubatan dan cadangan untuk menyokong persekitaran yang sihat supaya tubuh boleh memulihkan diri sendiri. Mereka melihat setiap orang adalah unik melalui gaya hidupnya, diet, program senaman, keadaan mental dan emosi dan juga sejarah peribadi apabila membuat cadangan rawatan tertentu. Ianya menampakkan perbezaan kelainan yang besar di antara perubatan konvensional dan naturopati.

Apa yang Naturopati boleh bantu?
Naturopati boleh membantu seseorang dalam usaha mereka untuk menjaga kesihatan yang lebih baik, dari peringkat pencegahan untuk keadaan yang serius atau kronik. Oleh itu, orang ramai boleh mendapatkan pengamal naturopati (Doktor Naturopati yang bertauliah)  untuk memeriksa tahap kesihatan mereka, mendapatkan bantuan daripada sekecil-kecil penyakit seperti selesema atau alahan atau untuk merawat keadaan yang lebih serius seperti penyakit jantung atau kencing manis (diabetes).

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, Pusat Rawatan Perubatan Alternatif dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, Pusat Rawatan Perubatan Alternatif dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Tertubuhnya Yusmizee Naturopathic Centre adalah untuk memberikan perkhidmatan tersebut. Yusmizee Naturopathic Centre menyediakan kaedah rawatan naturopati seperti Rawatan Bekam, Akupuntur, Urutan Tradisional Melayu, Teknik Pembetulan Tulang pinggul dan tulang belakang, Terapi Hipnosis dan Penawar herba homeopati.

Yusmizee Naturopathic Centre juga menawarkan 3 harga yang berpatutan ;
1) Harga untuk rawatan pesakit biasa.
2) Harga untuk rawatan VVIP.
3) Harga Ekslusif untuk penyakit kronik yang mengikut Protokol rawatan Naturopati.

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, Pusat Rawatan Perubatan Alternatif dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Kursus Naturopati
Selain menyediakan khidmat rawatan, Yusmizee Naturopathic Centre juga menjalankan kursus-kursus dan ceramah berkaitan perubatan Naturopati.


Rawatan Di Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka
Rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre lebih Islamik dan juga menyediakan perawat khas wanita untuk merawat pesakit-pesakit wanita.

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, Pusat Rawatan Perubatan Alternatif dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Yusmizee Nuropathic Centre terdapat pelbagai rawatan semulajadi di sediakan seperti rawatan resdung, rawatan bekam,rawatan sakit pinggang,terapi pembetulan sakit tulang belakang,akupuntur sinergi , urutan tradisional dan juga penawar herba hemopati.

Selanjutnya, boleh hubungi :-

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, Pusat Rawatan Perubatan Alternatif dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).
Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah. Melaka
Telefon : 012-3556736
Facebook : Yusmizee Naturopathic Centre

5 comments on "Yusmizee Naturopathic Centre Pusat Perubatan Alternatif Naturopati Lebih Islamik"
  1. memang teringin nak cuba rawatan Naturopathy macam ni.. ye lah kalau boleh tak nak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.. kan..! lagi pulak ubat2 ni selalunya ada ada kesan sampingan di masa hadapan kan..

    ReplyDelete
  2. Dah cuba buat rawatan resdung kat Yusmizee..ok dah nampak hasilnya,. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. ade rawatan utk penyakit resdung..leh cuba ni..

    ReplyDelete
  4. Pernah baca tentnag ni jugak beberapa bulan lepas..femes tempat ni kat Melaka

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com