Saturday, 23 April 2016

Jalan-Jalan Air Keroh dan Bukit Katil Melaka

Jalan-Jalan Air Keroh dan Bukit Katil Melaka


Hujung minggu memang aktiviti wajib bersama anak-anak. Minggu lepas, kami ke Bukit Katil dan Air Keroh, Melaka. Anak-anak perempuan tok mak dan cucu-cunya sahaja yang ikut. Daddy bebudak ini, kene kerja Sabtu dan Ahad.  Tak ada aktiviti apa pun, hanya jalan-jalan ke Bukit Katil dan Air Keroh sahaja. 


Tujuan asas tu adu sebenarnya. Untuk settle kan tukar nama rumah tok mak dan tok abah. Alhamdulillah, selamat di jual rumah tok mak tok abah yang di Bukit Katil, Melaka tu. Investment property ini memang menguntungkan. Lebih 3x ganda untungnya. Syukur rezeki tok mak tok abah.


Dulu, masa kami kecil-kecil..kami bukannya senang mana. Abah kerja sebagai polis biasa sahaja. mak pula, tak kerja...

Tapi, mampu beli 2 buah rumah. Cuma waktu itu..tok mak dan tok abah pakai kereta biasa je... Orang lain semua kereta ber air cond. Kereta kami? Masih guna yang tak ada air cond. 

Tok Mak dan tok abah seorang yang jimat. Jarang beli barang berjenama. Atau barangan yang mahal. Sebelum keluar shopping. Mak dan abah akan buat bajet terlebih dahulu.
Mummy dan daddy huhu..baru satu rumah. Dah terasa semput-semput gitu ! Kene belajar dari tok mak dan tok abah ni nampaknya !














Di Melaka sempat lunch di KFC je..nak hiburkan hati anak-anak.




Eh..kenapa harga KFC berlainan ye ?
Di Kajang set lunch dinner treat RM8.90 untuk 1 ayam goreng, kentang goreng dan air. Tapi, di Melaka RM6.90 sahaja?





Pelik !

Di Melaka ini, penuh dengan maianan KFC nya. Puas anak main.
Ramai kawan-kawan yang baik hati. Tetiba sayang pula dengan negeri Melaka.

Apa boleh buat, rumah sudah di jual huhuhu.
Tak merasa nak duduk Melaka pun !




Melepak di ofis peguam, sementara tok abah dan tok mak tandatangan perjanjian yang hado.



Ini lah pejabat peguam yang di amanahkan untuk penukaran nama rumah tok mak dan tok abah - HASLINDA MOKHTAR

4 comments:

  1. Investment property memang menguntungkan kak. Tengoklah harga rumah pasaran sekarang. Makin lama harga rumah makin naik, bukan macam kereta kan. Alhamdullilah, ada rezekinya :)

    ReplyDelete
  2. biasanya kalau jalan= jalan jauh ni kan..anak- anak yang happy sekali

    ReplyDelete
  3. oic. kat mana umah nyer tu linda?
    linda dulu anak melaka ke?
    :)
    dekat ke tak dgn umah aida hi hi...
    property bkt katil ni memang naik melambung 3-4 thn lepas.
    umah aida ni pun, nilai nyer rasa kalu 3-4 thn lagi kalu jual memang double nilai beli dulu.

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Thanks Yang Rajin :)

Google+ Followers

Followers