15 IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU

Setiap kali Hari Guru, mummy sering kali pening fikirkan idea Hari Guru untuk guru kepada anak-anak kami. Kalau boleh, nak bagi hadiah Hari Guru yang praktikal dan berguna.

Ada masa yang sama, macam nak berikan hadiah Hari Guru tu, lain dari orang yang lain. Oklah..Kalau korang jenis sama perangai mummy. Tak ada idea untuk bajet serta hadiah sempena hari guru.

Jom tengok senarai 15 IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU 

IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU
Hadiah hari guru 2023 kami !

Tentang Hari Guru


Hari Guru di Malaysia biasanya akan diraikan pada tarikh 16 Mei setiap tahun. Hari Guru  adalah hari untuk menghormati dan menghargai peranan guru dalam pendidikan. 

Tarikh Hari Guru telah dipilih pada 16 Mei kerana untuk memperingati kelahiran Sultan Idris Shah I, beliau merupakan peranan penting dalam pembangunan sistem pendidikan di negeri Perak dan juga merupakan seorang guru.

Hari Guru di Sekolah


Semasa Hari Guru, sekolah-sekolah di seluruh Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti dan persembahan untuk memperingati para guru. Kebiasannya, pelajar akan memberikan penghargaan, hadiah, dan ucapan terima kasih kepada guru-guru mereka sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka dalam mendidik generasi muda.

Hari Guru adalah masa yang penting untuk mengiktiraf peranan guru dalam membentuk masa depan negara dan menghormati mereka atas dedikasi mereka dalam memberikan pendidikan yang berkualiti.

15 Idea Bajet Untuk Hadiah Hari Guru


IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


1. Sabun Serbuk

Sabun serbuk kebiasaannya ada di setiap rumah, tidak kira bujang atau yang sudah berkeluarga. Sabun serbuk bersaiz kecil juga memudahkan guru-guru untuk bawa travel atau letakkan di sekolah.

Sabun serbuk sesuai dijadikan sebagai idea hadiah Hari Guru sebab ianya boleh digunakan untuk membasuh pakaian, tuala kecil, dan pelbagai aktiviti mencuci.


IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


2. Beras

Jangan tak tahu ye, hadiah Hari Guru 2023 untuk guru-guru kelas sekolah anak kami. Mummy jadikan beras wangi ini sebagai idea hadiah Hari Guru. 

Beras wangi ini, mummy beli di kedai Eco-Shop je.


IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


3. Hand Sanitizer & Mosquitoes Repellent

Untuk Hand Sanitizer & Mosquitoes Repellent ini mummy buatkan sebagai hadiah untuk semua guru-guru kelas sekolah agama Dhia dan Dzal

Hand Sanitizer & Mosquitoes Repellent ini sangat sesuai untuk bawa travel atau diletakkan di daaam beg untuk kegunaan pada bila-bila masa.

Hand Sanitizer & Mosquitoes Repellent mummy beli di Shopee

IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


4. Pewangi Kereta / Rumah

Untuk hadiah Hari Guru pada tahun 2021 pula, kami berikan guru-guru anak kami pewangi kereta atau pewangi rumah.

Pewangi kereta atau pewangi rumah ini, sangat sesuai dijadikan dea hadiah Hari Guru . Kerana harga tidak terlalu mahal dan guru boleh gunakan pewangi ini di mana-mana sahaja.


IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


5. Kalendar

Kalendar juga sesuai untuk dijadikan sebagai idea hadiah Hari Guru. Sebab mummy selalu juga selitkan kalendar ini sebagai hadiah tambahan .

Anak ada beritahu, kalendar yang kami berikan memang sentiasa ada di atas meja cikgu. Alhamdulillah.

IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


6. Mug

Mug atau cawan juga antara idea hadiah Hari Guru yang sesuai buat guru, untuk guru minum kopi atau teh dalam bilik guru 

Harga mug di Ninso sangat berpatutan tak sampai RM3 !

IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU

IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


7. Bunga

Bunga juga sesuai untuk hadiah Hari Guru , tak kiralah bunga tiruan ataupun bunga hidup. Bergantung pada bajet masing-masing juga .



IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


8. Pewangi Bajet

Kalau anda kurang bajet untuk berikan hadiah pada guru di Hari Guru. Haa...ini adalah pewangi paling bajet harga dalam 50-60 sen sahaja di Shopee.

Rata-rata review mengatakan, pewangi ini sangat wangi. Cubalah !

IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU
9. Pen

Pen pula adalah hadiah Hari Guru yang sangat famous. Dan antara hadiah paling praktikal untuk guru.

Tapi, kalau korang ada bajet lagi, belilah reben ke sebelum beri kepada cikgu. 



IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


10. Pokok Kaktus

Pokok kaktus yang senang jaga tak perlu maintenance yang tinggi juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah Hari Guru.

Harga pokok kaktus juga sangat reasonable. Boleh dapat bawah RM3 sahaja !


IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


11. Sapu Tangan

Sapu tangan antara hadiah Hari Guru yang tidak terlalu mahal dan membebankan pelajar. Sapu tangan siap kotak ni boleh dapat bawah RM1 je tau !

IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


12. Tisu Basah

Tisu basah antara barangan wajib ada dalam setiap beg cikgu. Banyak sangat kegunaan tisu basah ni, harga pun tidaklah terlalu mahal. Dalam 30 sen sahaja.


13. Tudung

Jika korang ada bajet sedikit besar, bolehlah hadiahkan tudung kepada guru perempuan. Orang perempuan memang sangat sukakan tudung.


14. Tali Leher

Tali leher sangat sesuai untuk dijadikan hadiah Hari Guru untuk cikgu lelaki. Tali leher antara pakaian yang cikgu wajib ada.

15. Voucher Buku

Guru dan buku...memang tak dapat dipisahkan. Kalau korang betul-betul tidak berminat dengan idea di aats. Korang bolehlah berikan voucher atau e-voucher buku kepada guru-guru anda sebagai hadiah sempena Hari Guru.


Idea bajet untuk hadiah Hari Guru ini bergantung kepada kesesuaian dan bajet anda. Boleh di tambahkan dengan reben berwarna atau kad ucapan untuk nampak lebih menarik.

Semoga perkongsian 15 IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU ini dapat beri manfaat dan susun atur bajet anda.

Selamat mencuba !
1 comment on "15 IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU "
  1. wah.. macam-macam boleh bagikan.. liez tak terfikir pun.. selalu bg benda yg sama macam pen, marker.. next boleh ambik idea linda ni

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com