JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP

Masihku ingat zaman pandemik satu ketika dahulu. Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu membenarkan ahli KWSP untuk membuat pengeluaran KWSP yang dinamakan sebagai i-Citra pada Julai 2021.  Erm..mummy pun counting years jugak ni, hehe. Lagi 14 tahun boleh dah keluarkan duit EPF ni .

Boleh ke keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ? Ha..KWSP bukan sahaja membenarkan ahlinya mengeluarkan duit semasa pencen je, tau.

Ada banyak kriteria yang kita boleh keluarkan duit KWSP sebelum pencen.

Tentang KWSP


KWSP merupakan sebuah organisasi di Malaysia yang bertanggungjawab untuk menguruskan dana simpanan pekerja dan majikan untuk tujuan persaraan. 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga dikenali sebagai "Employees Provident Fund" (EPF) dalam bahasa Inggeris. 

JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP


Jenis-jenis Pengeluaran KWSP


Baru-baru ini, mummy ada nampak posting kwan di FB nya. Bertayakan tentang pengeluaran duit KWSP. Ya.. duit kita dalam KWSP boleh dikeluarkan. Tapi, ada jenis pengeluaran yang dibenarkan. Apakah jenis-jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan?

Antara jenis-jenis pengeluaran KWSP ialah pengeluaran sebahagian dan juga pengeluaran penuh KWSP

Pengeluaran Sebahagian KWSP


Ahli dibenarkan untuk membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan.


JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP


Siapa Yang Boleh Memohon Pengeluaran Sebahagian ataupun Kesemua Simpanan



Siapa Yang Boleh Memohon Pengeluaran Sebahagian ataupun Kesemua Simpanan? Yang boleh keluarkan duit KWSP sebahagian adalah :-

>> Warganegara dan Bukan Warganegara
>> Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun
>> Mempunyai simpanan dalam Akaun 2


Apa Yang Boleh Dikeluarkan ?
>> Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2
>> Sebahagian dari Simpanan Akaun 2

Syarat Pengeluaran Sebahagian KWSP



1. Umur 50
Apabila capai umur 50 tahun, ahli dibenarkan unttul uat pengeluaran dari Akaun 2

2. Pendidikan
Pengeluaran tujuan pendidikan boleh dikeluarkan dari Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak

3. Beli Rumah
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah

4. Bina Rumah
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membina rumah

5. Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan

6. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman perumahan

7. Perumahan Fleksibel
Menggunakan simpanan KWSP sedia ada dan masa depan untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman

8. Perumahan PR1MA
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah PR1MA

9. Haji
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengerjakan ibadah Haji

10. Kesihatan
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan DAN/ATAU peralatan perubatan

11. Simpanan Melebihi RM1 Juta
Pengeluaran simpanan yang berlebihan RM1 juta


JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP

Pengeluaran Penuh KWSP


Syarat untuk pengeluaran penuh KWSP pula, boleh dikeluarkan untuk :-

1. Umur 55
Pengeluaran persaraan dari Akaun 55

2. Umur 60
Pengeluaran dari persaraan pada umur 55 dan Akaun Emas

3. Pekerja Berpencen Dan Pesara Pilihan
Ahli yang berkhidmat di Sektor Awam berstatus pekerja berpencen

4. Hilang Upaya
Hilang upaya secara fizikal atau mental

5. Meninggalkan Negara
Warganegara/Penduduk Tetap (PR) atau Bukan Warganegara

6. Kematian
Apabila ahli meninggal dunia


Segala bentuk pengeluaran KWSP boleh di buat secara manual (isi borang) atau secara online.


Tentang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  


Berikut adalah beberapa aspek penting tentang KWSP:

Simpanan Persaraan: KWSP adalah program simpanan persaraan wajib di Malaysia. Setiap pekerja dan majikan diwajibkan untuk menyumbang kepada KWSP. Pekerja menyumbang sebahagian daripada gaji mereka, manakala majikan juga menyumbang sejumlah wang ke dalam akaun KWSP pekerja mereka.

Pelaburan: Wang yang dikumpulkan dalam akaun KWSP pelanggan akan dilaburkan dalam pelbagai instrumen pelaburan seperti saham, bon, hartanah, dan instrumen kewangan lain. Ini bertujuan untuk meningkatkan nilai simpanan pekerja seiring dengan masa.

Kepentingan Persaraan: Apabila pekerja mencapai usia persaraan pada umur 55 tahun, ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka dari KWSP untuk digunakan sebagai pendapatan persaraan. Ini membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa selepas bersara.

Pelbagai Program: KWSP juga menawarkan program tambahan seperti Program Simpanan Rumah (SSHC) untuk pembelian rumah pertama.

Pelbagai Khidmat: KWSP menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pengeluaran simpanan, perkhidmatan dalam talian, dan konsultasi untuk membantu pekerja memahami dan menguruskan simpanan mereka.

Pentadbiran oleh Kerajaan: KWSP dikawal selia oleh Kerajaan Malaysia untuk memastikan simpanan pekerja dan majikan diuruskan dengan cekap dan selamat.

Keselamatan dan Perlindungan: Simpanan dalam KWSP dilindungi oleh undang-undang, yang bermaksud ia adalah tempat yang selamat untuk menyimpan wang bagi tujuan persaraan.

KWSP adalah institusi penting dalam ekosistem kewangan Malaysia, dan ia memainkan peranan besar dalam membantu pekerja menyediakan kewangan untuk persaraan mereka serta menggalakkan pelaburan dalam ekonomi negara. Melalui penyumbangan berterusan pekerja dan majikan, KWSP memastikan kestabilan kewangan individu dan menyokong perkembangan ekonomi Malaysia.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari ke : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals
2 comments on "JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP "
  1. Tak lama lagi akak akan berurusan dengan KWSP jugak puntuk pembiayaan pendidikan Dania ke peringkat degree...harap2 dipermudahkan...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com