Showing posts with label kwsp. Show all posts
Showing posts with label kwsp. Show all posts

JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP

Masihku ingat zaman pandemik satu ketika dahulu. Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu membenarkan ahli KWSP untuk membuat pengeluaran KWSP yang dinamakan sebagai i-Citra pada Julai 2021.  Erm..mummy pun counting years jugak ni, hehe. Lagi 14 tahun boleh dah keluarkan duit EPF ni .

Boleh ke keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ? Ha..KWSP bukan sahaja membenarkan ahlinya mengeluarkan duit semasa pencen je, tau.

Ada banyak kriteria yang kita boleh keluarkan duit KWSP sebelum pencen.

Tentang KWSP


KWSP merupakan sebuah organisasi di Malaysia yang bertanggungjawab untuk menguruskan dana simpanan pekerja dan majikan untuk tujuan persaraan. 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga dikenali sebagai "Employees Provident Fund" (EPF) dalam bahasa Inggeris. 

JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP


Jenis-jenis Pengeluaran KWSP


Baru-baru ini, mummy ada nampak posting kwan di FB nya. Bertayakan tentang pengeluaran duit KWSP. Ya.. duit kita dalam KWSP boleh dikeluarkan. Tapi, ada jenis pengeluaran yang dibenarkan. Apakah jenis-jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan?

Antara jenis-jenis pengeluaran KWSP ialah pengeluaran sebahagian dan juga pengeluaran penuh KWSP

Pengeluaran Sebahagian KWSP


Ahli dibenarkan untuk membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan.


JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP


Siapa Yang Boleh Memohon Pengeluaran Sebahagian ataupun Kesemua Simpanan



Siapa Yang Boleh Memohon Pengeluaran Sebahagian ataupun Kesemua Simpanan? Yang boleh keluarkan duit KWSP sebahagian adalah :-

>> Warganegara dan Bukan Warganegara
>> Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun
>> Mempunyai simpanan dalam Akaun 2


Apa Yang Boleh Dikeluarkan ?
>> Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2
>> Sebahagian dari Simpanan Akaun 2

Syarat Pengeluaran Sebahagian KWSP



1. Umur 50
Apabila capai umur 50 tahun, ahli dibenarkan unttul uat pengeluaran dari Akaun 2

2. Pendidikan
Pengeluaran tujuan pendidikan boleh dikeluarkan dari Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak

3. Beli Rumah
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah

4. Bina Rumah
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membina rumah

5. Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan

6. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman perumahan

7. Perumahan Fleksibel
Menggunakan simpanan KWSP sedia ada dan masa depan untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman

8. Perumahan PR1MA
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah PR1MA

9. Haji
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengerjakan ibadah Haji

10. Kesihatan
Pengeluaran dari Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan DAN/ATAU peralatan perubatan

11. Simpanan Melebihi RM1 Juta
Pengeluaran simpanan yang berlebihan RM1 juta


JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP

Pengeluaran Penuh KWSP


Syarat untuk pengeluaran penuh KWSP pula, boleh dikeluarkan untuk :-

1. Umur 55
Pengeluaran persaraan dari Akaun 55

2. Umur 60
Pengeluaran dari persaraan pada umur 55 dan Akaun Emas

3. Pekerja Berpencen Dan Pesara Pilihan
Ahli yang berkhidmat di Sektor Awam berstatus pekerja berpencen

4. Hilang Upaya
Hilang upaya secara fizikal atau mental

5. Meninggalkan Negara
Warganegara/Penduduk Tetap (PR) atau Bukan Warganegara

6. Kematian
Apabila ahli meninggal dunia


Segala bentuk pengeluaran KWSP boleh di buat secara manual (isi borang) atau secara online.


Tentang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  


Berikut adalah beberapa aspek penting tentang KWSP:

Simpanan Persaraan: KWSP adalah program simpanan persaraan wajib di Malaysia. Setiap pekerja dan majikan diwajibkan untuk menyumbang kepada KWSP. Pekerja menyumbang sebahagian daripada gaji mereka, manakala majikan juga menyumbang sejumlah wang ke dalam akaun KWSP pekerja mereka.

Pelaburan: Wang yang dikumpulkan dalam akaun KWSP pelanggan akan dilaburkan dalam pelbagai instrumen pelaburan seperti saham, bon, hartanah, dan instrumen kewangan lain. Ini bertujuan untuk meningkatkan nilai simpanan pekerja seiring dengan masa.

Kepentingan Persaraan: Apabila pekerja mencapai usia persaraan pada umur 55 tahun, ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka dari KWSP untuk digunakan sebagai pendapatan persaraan. Ini membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa selepas bersara.

Pelbagai Program: KWSP juga menawarkan program tambahan seperti Program Simpanan Rumah (SSHC) untuk pembelian rumah pertama.

Pelbagai Khidmat: KWSP menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pengeluaran simpanan, perkhidmatan dalam talian, dan konsultasi untuk membantu pekerja memahami dan menguruskan simpanan mereka.

Pentadbiran oleh Kerajaan: KWSP dikawal selia oleh Kerajaan Malaysia untuk memastikan simpanan pekerja dan majikan diuruskan dengan cekap dan selamat.

Keselamatan dan Perlindungan: Simpanan dalam KWSP dilindungi oleh undang-undang, yang bermaksud ia adalah tempat yang selamat untuk menyimpan wang bagi tujuan persaraan.

KWSP adalah institusi penting dalam ekosistem kewangan Malaysia, dan ia memainkan peranan besar dalam membantu pekerja menyediakan kewangan untuk persaraan mereka serta menggalakkan pelaburan dalam ekonomi negara. Melalui penyumbangan berterusan pekerja dan majikan, KWSP memastikan kestabilan kewangan individu dan menyokong perkembangan ekonomi Malaysia.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari ke : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

KATEGORI 1 BOLEH MOHON I-SINAR KWSP MULAI HARI INI

21 Disember 2021, BOLEH MOHON I-SINAR KWSP - KATEGORI 1 BOLEH MOHON I-SINAR KWSP MULAI HARI INI. Yeayyy, berita baik untuk semua rakyat Malaysia. Di mana,  rakyat Malaysia yang ada akaun KWSP / EPF dah boleh mohon iSINAR KWSP. iSINAR ini bertujuan membantu rakyat Malaysia bertahan ketika krisis COVID-19. Ramai yang hilang punca pendapatan, gaji kena tolak, elaun kena tolak dan macam-macam lagi. 

KATEGORI 1 BOLEH MOHON I-SINAR KWSP MULAI HARI INI sedikit sebanyak boleh membantu ekonomi rakyat Malaysia untuk survive !

KATEGORI 1 BOLEH MOHON I-SINAR KWSP MULAI HARI INI



Tapi, macam mana nak mohon pengeluaran iSINAR KWSP? Semua orang ke layak mohon pengeluaran iSINAR KWSP ini? Ha, kalau korang KATEGORI 1 BOLEH MOHON I-SINAR KWSP MULAI HARI INI. Untuk kategori 2 pula, boleh mohon pada Januari 2021.

APA ITU KATEGORI 1 I-SINAR KWSP 


Kategori 1 i-Sinar tu merupakan ahli yang sudah lama tidak mencarum. Seperti suri rumah, bekerja sendiri, bekerja di sektor ekonomi gig, hilang pekerjaan, cuti tanpa gaji dan hilang sumber pendapatan.

Syarat untuk kategori 1 i-Sinar pula:-
1. ahli yang tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya 2 bulan semasa permohonan

atau

2. Ahli yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020

TIDAK PERLU DOKUMEN SOKONGAN UNTUK KATEGORI 1

APA ITU KATEGORI 2 I-SINAR KWSP?




Dan apa pula Kategori 2 i-SINAR KWSP ? Untuk Kategori 2 i-Sinar pula merupakan ahli yang ahli yang mengalami pengurangan gaji pokok termasuk elaun, elaun kerja lebih masa sejak 1 Mac 2020

Syarat untuk kategori 2 i-Sinar pula:-
1. Perlu ada dokumen sokongan seperti slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan

dan

2. Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa

Jika tiada dokumen seperti di atas, boleh cuba kemukakanpenyata bank atau surat pengesahan majikan

All the best semua, untuk mohon hanya klik ke website ini : https://isinar.kwsp.gov.my/



TAK ADA EPF ONLINE, MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI?

TAK ADA EPF ONLINE, MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI? - Assalamualaikum dan selaat sejahtera. Semenjak PKP - Perintah Kawalan Pergerakan yang raat-rata semua tahu telah dilanjutkan lagi 14 hari sehingga 28 April 2020 dan mungkin / tidak mungkin akan bersambung lagi PKP ni. Wallahualam. Yang mana penuh kerisauan dan tak tahu apa kan terjadi. Dan, mungkin korang ada duit KWSP / EPF (akaun 2) yang mencukupi. Korang boleh juga keluarkannya Apa? Tak ada i-Akaun, tak ada pin nombor, tak pernah buat online KWSP / EPF ini? Jangan risau...meh mummy sharekan MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI TANPA ADA PIN NOMBOR.


TAK ADA EPF ONLINE, MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI? 


TAK ADA EPF ONLINE, MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI? Ha...senag aje ! Korang boleh mohon i-Lestari Melalui E-mail atau pos

Enri blog mummy sebelum ini di : https://www.azlindaalin.com/2020/04/daftar-iakaun-epf-online-rm500-ilestari-kwsp.html mummy ada sharekan cara nak daftar i-akaun EPF / KWSP. Mummy baru dapat tahu, rupanya tak perlu daftar i-Akaun, boleh apply terus pengeluaran i-Lestari melalui email atau pos

Caranya sangatlah mudah dari kita daftar i-akaun EPF / KWSP dari email tu tau !

CARA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI?


CARA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI? Korang ikut aje langkah-langkah ini ye !



1. Download borang

Korang WAJIB download borang Permohonan Pengeluaran i-Lestari di sini: https://www.kwsp.gov.my/…/…/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf


2. Siapkan dokumen yang diperlukan:

i.  Borang Pengeluaran KWSP 9iL, boleh download dekat link di atas.
ii. Salinan MyKad
iii. Buku bank/ penyata akuan simpanan/ atau penyata akan semasa, atau pengesahan bank mengenai butiran pemegang akaun
iv. Lain-lain dokumen jika KWSP minta selepas tu.
v. Jikalau lupa nombor keahlian EPF / KWSP . Korang jangan risau ye. Tinggalkan kosong je bahagian tu, asalkan no IC / Nombor Kad Pengenalan diisi dengan betul.

3. Print borang, isi borang

Untuk permohonan terus ini, korang kena print borang sesiap tau ! Dah ada borang, langkah seterusnya. Korang kena siapkan isi borang tersebut. Isi semua butiran dengan pen hitam, tau !

4. Scan borang

Borang dah siap di tulis. Korang kena scan borang. Cari lah rumah jiran tetanggan yang ada printer boleh scan jika korang tak ada scanner.


5. Email atau pos borang


Selepas siap semua langkah 1-4 , emailkan kesemuanya kepada ilestarimohon@epf.gov.my



Alamat POS:

KWSP, Beg Berkunci No. 220, Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya ATAU melalui serahan di kaunter setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dan kaunter KWSP telah dibuka semula

Siap ! Tunggu sahaja reply dari pihak KWSP / EPF sahaja .....

All the best !

CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500 I-LESTARI SECARA ONLINE

CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500  I-LESTARI SECARA ONLINEBagi yang sudah ada i-akaun KWSP, korang boleh terus ikuti langkah yang mummy akan share kan di bawah. Manakala, yang belum ada i-akaun KWSP, korang kena buat dulu. Boleh refer ke : CARA DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE   untuk cara mohon i-akaun username / id dan password secara online. Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, telah membenarkan pencarum EPF mengeluarkan maksimum RM500 dari akaun 2 EPF memasing. 

So, di sini, mummy sharekan macam mana nak buat pengeluaran i-akaun KWSP secara online tanpa ke pejabat KWSP 


CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500  I-LESTARI SECARA ONLINE

CARA KELUARKAN DUIT KWSP RM500  I-LESTARI SECARA ONLINE sangatlah mudah hanya 14 langkah je !

Langkah 1 :


1. Layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my



Langkah 2


2. Pilih i-Akaun Ahli dan masukkan ID dan Password anda.

Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik “Forgot User ID / Password” untuk mendapatkan kata laluan baru.


Langkah 3

3. Kemudian pilih “Withdrawal” pada bahagian atas sebelah kanan.


Langkah 4


4. Tekan “New Application” untuk membuat pengeluaran.




Langkah 5

5. Pilih “Withdrawal Type”.




Langkah 6


6. Pilih i-Lestari untuk pengeluaran RM500 sebulan.

Selain i-Lestari, anda juga boleh memohon pelbagai jenis pengeluaran bergantung kepada syarat kelayakan.




Langkah 7 & 8

7. Akaun keluar satu popup notis. Sila klik pangkah atau “X”

8. Kemudian klik “Next”.



Langkah 9 & 10


9. Kemudian masukkan amaun pengeluaran yang anda inginkan. Minima RM50 manakala maksima RM500 sebulan.

10. Pilih jenis bank dan masukkan nombor akaun anda.

Pastikan akaun anda aktif. KWSP akan terus masukkan duit mengikut butiran maklumat yang anda isi.



Langkah 11


11. Jika perlu, sila kemaskini maklumat terkini anda.



Langkah 12 & 13


12. Kemudian klik  pada ruang checkbok.

13. Klik “Request TAC”


Langkah 14


14. Masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan dan klik “Submit”




15. Siap!

Jimat cermatlah duit yang ada ye, sebab kita tak tahu effect ekonomi wabak Covid-19 sehingga bila. Pakai untuk keperluan paling penting. Jangan ikut kehendak, malah fikirkan keperluan !



Kredit tutorial ini kepada saudara Luqman Hariz 

CARA DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP

CARA DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP - 1 April 2020 bermulalah gelombang baru iaitu gelombang pengeluaran KWSP akaun 2. Beberapa hari lepas PM kita ada mewar-warkan semua orang boleh mengeluarkan duit dari KWSP (akaun 2) yang di beri nama i-LESTARI KWSP.

Malangnya, bagi yang tidak pernah ada kod online EPF tu macam mana ye? Memasing mengeluh, pejabat KWSP tutup dan talian telefon juga tidak berjawab. Siap ramai pulak tu yang beratur di hadapan pejabat KWSP hari ini ! Aduh PKP uolss ! Please lah ! Putuskan rangkaian Covid -19. Stay at home ! Duduk Rumah !

Jangan panik ! Jangan risau kengkawan ! Semuanya boleh di selesaikan secara online sahaja ! Macam mana DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP


MACAM MANA NAK DAFTAR I-AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP


Perkongsian dari Facebook Farah Nisa. Yes alhamdulillah dah boleh daftar i-account KWSP secara online. Tak perlu pergi ke kiosk untuk register TAC no pun pada musim RMO ni.


CARA-CARA NAK DAFTAR I-AKAUN EPF ONILNE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP


Cara-cara DAFTAR I-AKAUN EPF ONILNE UNTUK DAPATKAN RM500 i-LESTARI KWSP:


1️⃣ Pertama anda perlu #install 3 apps yang tertanda hijau tu:


- Adobe Acrobat (untuk isi form dengan tulisan bertaip, ni memang pihak EPF yang request, boleh tengok borang yang di attach)

- Documents (untuk rename setiap file sebab EPF suruh save setiap file ikut format yang ditetapkan) 

- Mail / Email


2️⃣ Pergi link ni untuk download borang dan buka guna Adobe Acrobat:


https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147596/Borang+Pendaftaran+i-Akaun+%28Ahli%29+melalui+e-mel.pdf/a357f55e-d4bd-e403-1e97-5fc01fae1af5?t=1585660004622


3️⃣ Isi borang and prepare document, ada 5 items kena prepare







๐Ÿ“ Anda perlu attach sekali

1. IC DEPAN BELAKANG
2. GAMBAR SELFIE ANDA BERSAMA IC
3. BUKTI NO HANDPHONE ANDA.
• JIKA ANDA PAKAI POSTPAID LAMPIRKAN BIL ANDA
• JIKA ANDA PAKAI PREPAID SILA SCREENSHOT STATEMENT YANG ADA NAMA DAN NO HANDPHONE ANDA.
4. BUKU BANK/BANK STATEMENT YANG ADA NAMA DAN NO ACCOUNT BANK ANDA.

4️⃣ Save doc yg korang dah prepare ke apps Documents and rename setiap file ikut format.

5️⃣ EMAIL KAN SEMUA 1-4 ke iakaundaftar@epf.gov.my.

Pihak KWSP akan sahkan permohonan anda.

Jika permohonan anda berjaya, anda akan dapat SMS ID dan Password sementara daripada pihak KWSP.

Aktifkan i-Akaun dan anda perlu tukar password sementara kepada password baru.

i-Lestari boleh dikeluarkan daripada 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.

AMBIL PELUANG INI JIKA ANDA TIADA EMERGENCY SAVING WALAUPUN BELANJA ANDA CUKUP.

๐Ÿ”ด Anda boleh kumpul emergency fund
๐Ÿ”ด Boleh langsaikan hutang jahat guna teknik snowball atau avalanche
๐Ÿ”ดBoleh masukkan duit tersebut di tempat pelaburan yang boleh bagi pulangan lebih tinggi sebagai contoh Unit Trust

Anda dibenarkan membuat pengeluaran minimum RM50 dan maksimum RM500 dalam tempoh sebulan tetapi hanya 1 pengeluaran sahaja dibenarkan dalam tempoh sebulan.

Kredit kepada Puan Azila Akmar untuk gambar.

Lagi sekali saya ingatkan, entri ini adalah untuk korang yang tak boleh accses i-akaun EPF . Tunggu sehingga dapatkan id dan password untuk memohon pengeluaran duti i-lestari KWSP.

Selanjutnya, boleh baca di www.kwsp.gov.my