Translate

Main Ad

I-CITRA PENGELUARAN SIMPANAN KWSP SEBANYAK RM5000

I-CITRA PENGELUARAN SIMPANAN KWSP SEBANYAK RM5000 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Wah, macam-macam bantuan lagi ni kerajaan keluarkan. Salah satunya ialah I-CITRA PENGELUARAN SIMPANAN KWSP SEBANYAK RM5000

Pihak KWSP dah update berita I-CITRA PENGELUARAN SIMPANAN KWSP SEBANYAK RM5000. Di website rasmi ya, ha bila keluar bab gini. Mulalah ada yang confuse, nak amek ke tak nak amek kan. 

Tak payah confuse sangat okay! Di sini, mummy ada berikan beberapa pandangan lah. Sama ada korang nak pakai ke, nak fikir ke, terpulang duit memasing kan 

I-CITRA PENGELUARAN SIMPANAN KWSP SEBANYAK RM5000 


I-CITRA PENGELUARAN SIMPANAN KWSP SEBANYAK RM5000 -


Pendapat mummy, individu yang ada kriteria di bawah ni, boleh lah kot ambil kan. 
1. Terkesan dengan pandemik
2. Cash flow tak cantik (nak uruskan cash flow balik)
3. Yang nak berjinak-jinak kumpul emergency fund (EF). 3-6 bulan (bergaji tetap), 6-12 bulan ( yang tak bergaji tetap). Penting EF ni tau, sebab kita tak pasti pandemik ni sampai bila. Ada doktor yang menyatakan bahawa covid ni tak akan hilang 100% di dunia 
4. Protection in Takaful (boleh roger i)
5. Etc…tambahlah sendiri……. ()

TAK PERLU ambil jika boleh survive dan nak biarkan duit beranak dalam akaun EPF. Return EPF pun ok dah tu, bukannya sedikit sangat pun.

Every year tetap ada pulangan  

Nak beranakkan lagi, boleh juga invest UT unit trust guna duit dalam EPF (i bukan agent UT) 

 
Berbalik iCITRA tadi. Ni antara Q&A CNP dari www.kwsp.gov.my 
 
1. Mengapakah Pengeluaran i-Citra diperkenalkan?
*Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

2. Siapakah yang layak memohon?
, Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
*Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

3. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?
*Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

4. Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?
*Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
*Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
*Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
*Bayaran minimum adalah RM50
*Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
*Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

5. Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?
*Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

6. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?
*Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)

7. Bilakah permohonan i-Citra boleh dibuat?
*Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

8. Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran i-Citra?
*Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my.

*Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

9. Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?
*Boleh, tertakluk kepada kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Soalan 2.

10. Bilakah bayaran i-Citra mula dibuat?
*Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

11. Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra?
Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra. Rujuk kelayakan memohon di soalan 2.

12. Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?
*Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
i-Akaun (Ahli)
Aplikasi mudah alih i-Akaun
Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

13. Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:
*Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
*Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
*Media sosial rasmi KWSP
*Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848


Post a Comment

2 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com