5 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1

Zaman sekarang ini, doorgift telah menjadi satu trend untuk di berikan kepada tetamu, kawan sekolah, guru atau pelbagai jenis majlis.

Bagi mummy, untuk doorgift ..paling penting adalah bajet doorgift secara keseluruhan. Bila kita tahu berapa bajet, mudahlah kita tentukan apakah doorgift yang sesuai untuk tetamu, kawan sekolah, guru atau pelbagai jenis majlis.

Maksud Doorgift


"Doorgift" dalam Bahasa Melayu bermaksud hadiah kecil atau cenderahati yang biasanya diberikan kepada tetamu. Doorgift ini adalah satu tradisi yang popular dalam kebanyakan majlis di Malaysia dan sering digunakan untuk menghargai kedatangan tetamu. 


5 Idea Doorgift Murah Bajet Bawah RM1


Untuk doorgift ini, kebiasaannya..memang mummy suka buat sendiri. Lelagi doorgift untuk kawan-kawan anak. Selalunya, doorgift birthday mummy akan berikan untuk kawan-kawan sekelas anak termasuk juga guru-guru yang mengajar.

Antara 6 Idea Doorgift Murah Bajet Bawah RM1 yang pernah mummy buat adalah :-

6 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1


Doorgift Sepit Rambut 


Doorgift sepit rambut ini, mummy buat masa Dhia berumur 6 tahun. Sebagai hadiah perpisahan untuk kawan-kawan perempuan mereka yang sama-sama belajar di zaman tadika.

Sebab tak semua kawan-kawan Dhia 6 tahun akan memasuki tahun 1 di sekolah yang sama. Jadi doorgift sepit rambut ini sebagai kenang-kenangan

Harga Doorgift Sepit Rambut


Harga doorgift sepit rambut ini, antara kos paling jimat. Harga 1 set sepit rambut dalam 20 sen dan kos cetak ucapan berwarna (print) dalam 10 sen.

Total Harga Doorgift Sepit Rambut dalam lingkungan 30 sen sahaja !



5 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1

5 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1

Doorgift Makanan Ringan Dalam Beg Ziplock


Doorgift makanan ringan ni pula, kebiasaannya mummy buat untuk majlis kecil-kecilan seperti pot luck atau hari jadi.

Isi dalam ziplock tu, akan di pilih mengikut kesesuaian dan bajet. Nak letak biskut ke chocolate chips ke..semua boleh custom

Harga Doorgift Makanan Ringan Dalam Beg Ziplock


Harga doorgift makanan ringan dalam beg ziplock ni boleh diubahsuai mengikut bajet. Untuk harga ziplock sahaja dalam 12 sen (saiz kecil). Ziplock ini, nampak lebih kemas dan kertasnya sedikit keras. Jadi makanan tidak mudah pecah.

Jadi, kalau kata nak buat bajet 50 sen pun boleh, 80 sen pun boleh untuk isi dalamnya.



5 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1

Doorgift Surah Yasin

Doorgift Surah Yasin antara salah satu doorgift famous dan ramai jadikan doorgift Surah Yasin sebagai cenderahati untuk majlis tahlil, doa selamat, kenduri kahwin dan banyak lagi acara.

Harga Doorgift Surah Yasin


Harga doorgift Surah Yasin kebiasaannya tidak lebih RM1, dalam RM0.60 dah boleh dapat untuk sebuah Surah Yasin



5 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1

Doorgift Set Air Minuman


Doorgift set air minuman juga boleh di jadikan cenderahati, ramai juga yang menjadikan doorgift set air minuman ketika majlis kenduri doa selamat, kenduri kahwin, majlis hari jadi atau birthday dan pelbagai majlis keramaian.

Harga Doorgift Set Air Minuman


Harga doorgift Set Air Minuman boleh custom mengikut bajet dan juga pemilihan kedai yang mempunyai harga berpatutan.

Untuk air minuman sahaja, paling murah boleh didapati dalam lingkungan harga RM0.35. J


5 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1

Doorgift Air Milo

Doorgift air milo juga sangat sesuai untuk majlis yang melibatkan kanak-kanak. mummy pernah buat doorgift air milo ni untuk kawan-kawan tadika anak kami.

Harga Doorgift Air Milo


Harga doorgift air milo ini agak mahal sedikit. Jika air kotak milo kecil seperti mummy beli tu, harga sekotak dalam lingkungan harga RM0.70 je.

Boleh suaikan juga mengikut bajet masing-masing . Samada nak add on atau berikan air milo sahaja sebagai doorgift.


5 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1

Doorgift Sabun Serbuk

Doorgift sabun serbuk, baru-baru ini mummy buat sebagai doorgift hari guru untuk guru kepada anak-anak kami. Nak bagi pen, marker, coklat, gula-gula tu...rasanya ramai yang dah bagi pada guru.

Jadi, mummy ciptakan kelaianan kali ini dengan memberikan sabung serbuk sebagai doorgift.

Harga Doorgift Sabun Serbuk


Harga doorgift sabun serbuk yang mummy beli ini dalam lingkungan RM0.40 sahaja. Harga sabun serbuk kebiasaanya bergantung berat dan juga jenama.

Sabun yang jenama yang terkenal lebih mahal dari yang kurang dikenali jenamanya.

Di atas tadi, semua itu adalah doorgift murah bajet bawah RM1 yang mummy pernah buat. Ada banyak lagi idea barangan yang sesuai untuk di buat doorgift.


11 Idea Lain Untuk Doorgift


Berikut adalah 11 Idea Lain Untuk Doorgift yang sesuai dengan korang :-

Bekas Minuman: Contohnya, cawan atau gelas dengan logo atau gambar majlis, atau tumbler yang boleh digunakan semula.

Produk Kecantikan: Produk kecantikan seperti lip balm, losyen tangan, atau sabun wajah.

Cenderahati Kustom: Produk dengan logo majlis atau nama pasangan pengantin seperti payung, pakaian, atau barang-barang lain yang diubahsuai khusus untuk majlis tersebut.

Pembungkusan Makanan: Makanan atau snek seperti biskut, coklat, atau kekacang dalam pembungkusan cantik.

Barangan Kraf Tempatan: Produk kraf tempatan seperti keychain, sulam tangan, atau cenderahati yang diperbuat oleh peniaga tempatan.

Tanaman Kecil: Pokok mini atau bunga kecil yang boleh ditanam oleh tetamu sebagai tanda penghargaan.

Produk Elektronik Kecil: Contohnya, pendrive, pen stylus, atau jam tangan digital mini.

Peralatan Tulis: Pensel, pen, atau blok nota dengan logo majlis.

Batu-Batu Hiasan: Batu-batu hiasan yang boleh diletakkan sebagai hiasan rumah.

Produk Kecil yang Berkaitan dengan Tema: Barang-barang kecil yang berkaitan dengan tema majlis seperti perkahwinan, ulang tahun, atau sambutan lain.

Peralatan Dapur: Alat dapur kecil seperti pemotong kertas atau magnet peti sejuk.

Senarai ini hanyalah contoh sahja. Jenis-jenis doorgift berbeza mengikut tema, anggaran bajet dan kehendak seseorang atau penganjur majlis. 

Macam mummy, idea utama doorgift adalah memberikan sesuatu yang berguna atau bermakna kepada tetamu sebagai tanda terima kasih.
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com