Resipi Mudah Buat Sendiri Epal Hijau Asam Boi Cili Api

Resepi mudah 30 Hari Ramadhan Kembali Lagi, dessert pulak kali ini ye ! :) Selalunya orang buat m...

Resepi mudah 30 Hari Ramadhan Kembali Lagi, dessert pulak kali ini ye ! :) Selalunya orang buat mangga muda untuk resipi asam boi bercili,kan ! Kali ini, mummy tukarkan ke epal hijau asam boi bercili. Erm...not bad ! Sodap! Epal hijau tu kan dah masam-masam, gaulkan dengan asam boi putih masin dan cili api potong. Sebab rumah mummy ini, buah epal meang ready stok. Dhia suka buah epal. Kat pasar malam 10 biji RM5, jadi..mummy campur-campur beli epal hijau dan merah. Maka, terjadilah resepi epal hijau asam boi bercili. Aummmms

Tekak, dah lama kepingin nak makan macam ini. Nampak kat stall gerai jeruk tu.. Mak aiiiii. 100gm dah RM3 tak campur sos ke asam ! Penah beli sekali dalam beberapa hirisan jambu batu asam boi cili dalam RM5 lebih !

Resipi Mudah Buat Sendiri Epal Hijau Asam Boi Cili Api


Resipi Mudah Buat Sendiri Epal Hijau Asam Boi Cili Api


3 BAHAN BUAT SENDIRI EPAL HIJAU ASAM BOI MASIN CILI API. RESIPINYA :-

  • 2 biji epal hijau 
  • 6 biji Asam Boi Masam Masin
  • 4 batang cili api


Kalau ada yang nak tambah belacan, gula, garam atau serbuk asam boi pun boleh. 

KOS MUMMY BUAT EPAL HIJAU ASAM BOI MASIN CILI API

  • Sebungkus epal hijau (12 biji) RM8.00, 1 biji RM0.66
  • Sebungkus Asam Boi (30 biji) RM2.00, 1 biji RM0.06
  • Cili api 100gm RM1.00, 4 batang RM0.10


Kos sekali makan dalam RM1.80 (lebih kurang), murahkan ! Lagipun, tak susah pun buat nya.

Oh, ya..mummy sejukkan dulu dalm peti ais. Makan sejuk-sejuk, sedap !

Selamat mencuba


You Might Also Like

5 comments

  1. Ya Allah!!! Droolinggg!! Ena suka epal hijau dan suka kalau masam masin.. Sedapnyaaa, boleh buat nanti kat rumah

    ReplyDelete
  2. Buat sendiri lagi puas hati. Cuma kena ada sikap rajin lah. Hihi.

    ReplyDelete
  3. ermmm x pedas k ? ada cili api dalam tu ?

    ReplyDelete
  4. Huwaaa...merecikkkk Sedapnya Linda oiiii

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda