Resepi Mudah Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)

Resipi Mudah 30 Hari Ramadhan untuk menu Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) - Siapa tak kenal den...

Resipi Mudah 30 Hari Ramadhan untuk menu Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) - Siapa tak kenal dengan mummy ni ha..agak suka dengan menu Mee Bandung Muar. Suka sangat beli Mee Bandung DMuar kat belakang Tesco Kajang. Dan..hari ini, seperti biasa mummy kongsikan Resepi Mudah 30 Hari Ramadhan. 

Resipi Mudah 30 Hari Ramadhan untuk menu Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)

Resipi Mudah 30 Hari Ramadhan untuk menu Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) 


Bahan-bahan Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)  : 

  • 1 kg mee kuning 
  • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) 
  • 1 labu bawang putih (diketuk) 
  • 5 biji bawang merah 
  • ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (boleh guna sotong rendam, rebus juga) 
  • ½ cawan udang hidup 
  • 1 cawan daging rebus (dipotong nipis) 
  • Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) 
  • Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) 
  • ¾ - 1 cawan gula pasir 
  • 3 - 4 cawan air rebusan daging 
  • 1 sudu makan sos tiram 
  • Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak untuk menumis  
  • Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris) 


NOTE: 
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. 

Cara memasak Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) :

1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali 
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing 
4. Masukkan sos tiram 
5. Masukkan udang, daging rebus 
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Hidangan satu pinggan.

1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) 
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. 
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. 
5. Hidangkan.

You Might Also Like

3 comments

  1. fav acik nie !! thanks kak share resepi

    ReplyDelete
  2. Baru sekali masak mee bulan posa kali ni...
    Nice sharing...

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda