RESEPI MUDAH KUIH RAYA 2016 CRUNCHY ALMOND NUTS

RESEPI MUDAH KUIH RAYA 2016 CRUNCHY ALMOND NUTSSalam dan selamat pagi ! Salam 15 Ramadhan..uish...cepatnya masa berlalu. Dalam 2 minggu lagi je kita nak sambut Raya Aidilfitri 2016 kan? Persiapan raya dah ready ke? Mummy dan keluarga alhamdulillah semua dah siap. Tinggal daddy je nak tambah t-shirt. Kuih raya buat masa ini dah 2 jenis siap (buat sendiri) . Semua resipi kuih raya yang senang-senang je ! Kali ini mummy akan kongsikan RESEPI MUDAH KUIH RAYA 2016 CRUNCHY ALMOND NUTS

Sebelum ini, mummy ada kongsikan resipi kuih raya mudah juga - Popia Nestum. Tak perlu pakai oven atau pun mixer (mesin pengadun).

Entri kali ini pun mudah juga, tak perlu pakai mixer. Bagi yang tak ada mixer di rumah. Jom cuba RESEPI MUDAH KUIH RAYA 2016 CRUNCHY ALMOND NUTS.


RESEPI MUDAH KUIH RAYA 2016 CRUNCHY ALMOND NUTS



BAHAN-BAHAN RESEPI MUDAH KUIH RAYA 2016 CRUNCHY ALMOND NUTS

  • 500gm Golden Florentina ( Harga RM15)
  • Parchment Paper (3 keping RM2.00)
  • Kepingan badam 200gm (RM11.90)
  • Isi Kuaci Bunga Matahari 200 gm (RM4.77)
  • Bijan Putih 100gm (RM3.80)
  • Kuaci Labu 200gm (RM8.90)




Sebenaranya, bahan-bahan tu boleh di kurangkan. Ikut kita nak letak apa sebenarnya. Yang penting ialah tepung Florentina tu :) Mummy suka letak banyak isi kekacang sebab memang suka kekacang banyak-banyak. Orang jual selalunya sedikit je kekacang tu kan. Sebab kacang-kacang tu dah mahal dah. Kalau nak sedap lagi boleh tambah isi pistachio ke. erm...sedapnya :)




CARA BUAT KUIH RAYA CRUNCY ALMOND NUTS


Mudah sahaja nak buatnya, campur dan gaulkan semua bahan tadi. Pastikan jangan terkena air, nanti ianya akan jadi berketul.


Mummy gaulkan dengan senduk macam ni sahaja. Gaul rata.


Letakkan kertas Parchment Paper di atas loyang pembakar sebagai alas. Kertas ini sangat bagus sebab boleh pakai berkali-kali sepanjang proses membuat crunchy almond nuts ini. Parchment Paper ini memang tak melekat, best sangat !

Letkkan bahan-bahan tadi nipis secara rata.


Sementara trip pertama sedang di bakar, loyang seterusnya kita get ready !



Mummy bakar dengan suhu 200 darjah, menggunakan api atas, kipas on selama 15 minit. Nak ikutkan arahan di berikan dalam 8 minit.

Cuma oven mummy, bila 8 minit Crunchy Almond Nuts nampak macam kuning keputihan. Mummy suka kuning keemasan. Jadi tambah waktu menjadi 15 minit.


Ni keadaan Cruncy Almond Nuts dalam oven, huhu tak sabar rasanya nak makan !


Siap dah Crunchy Almond Nuts ! Kene cepat-cepat potong masa ini. Nanti dah keras susuah nak potong.


Selesai potong Crunchy Almond Nuts. Mummy sejukkan sebentar dan terus simpan dalam bekas tupperware. Mudah je, kan !

Nampak tak, meriah je kacang-kacang tu...hehehe kalau ada yang tak suka kacang banyak-banyak boleh kurangkan ye, nanti .


Tadaaaaa...siap 2 setengah balang Crunchy Almond Nuts. Kuih raya kedua buat sendiri di tahun ini. 

Rajin mummy buat kuih raya? Sebenarnya, mummy nak sahut cabaran diri sendiri 30 Hari Resipi Ramadhan 2016. Dan.. yang keduanya dah 2 tahun cuci tangan dari buat kuih raya. Kekonon dulu anak kecik, nak fokus jaga anak je. Tapi, orang pempuan ni kan. Memang tak boleh di pisahkan dengan dapur dan oven kan? Sampai bila mummy harus cuci tangan dari buat kuih raya?

Selamat mencuba RESEPI MUDAH KUIH RAYA 2016 CRUNCHY ALMOND NUTS

8 comments on "RESEPI MUDAH KUIH RAYA 2016 CRUNCHY ALMOND NUTS"
  1. Tq!oo.. tepung florentine tu nk kena cari. Tak pernah jupe name tepung mcm tu kt sini.tq tau!rasa kuih ni mcm kacang potong x?

    ReplyDelete
  2. Mudah sangat tapi bila la nak buat.. kikikiki..

    ReplyDelete
  3. Rajinnya mommy. Kita dkt rumah tak buat apa pun lagi. dari baju sampai kuih semua tak prepare pun haha

    ReplyDelete
  4. perghh sedapnya !!! mudah rupanya..

    ReplyDelete
  5. Nani panggil florentine. Sedap ni :)

    ReplyDelete
  6. senang je ye..nnt nak buatlah..

    ReplyDelete
  7. rmi tgk kwn2 blogger dok buat..adik pn buat juga tp versi bulat

    ReplyDelete
  8. malas nak buat tapi rajin nak makan :P

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com