Durian Kampung 7 Biji Sekali Beli !

09:34

Dah memang mummy ni, penggemar durian. Pantang nampak lah durian. Pulak tu, kat Kajang ni...bersepah-sepah orang jual durian. Adess....menguji keimanan mummy, tau ! Kalau dah kata nak sangat durian tu, kan..apa nak jadi pun jadi lah ! Asalkan dapat makan durian. Padahal bulan lepas, baru je makan durian. Kali ini, mummy beli durian kampung 7 biji sekali beli. Sebab apa? Sebab murah !!


Tak caya ke murah? Yup murah je durian kampung ni. Beli di kawasan Prima Saujana Kajang. Mummy pilih yang 2 biji RM10 je. Duriannya elok..cuma tak berapa besar. Ada juga RM15 untuk 2 biji. 1kg RM12 dan juga RM18/kg. Ikut pilihan masing-masing. 

Tapi kan..bila balik rumah ada yang 6 pangsa ! Selalu durian ni, 5 pangsa je. Tok mak bebudak ni pun dah pelik. Tak pe lah..rezeki kami lah tu kan. 

Daddy terkejut mummy borong banyak. Bukan apa beli banyak, ni. Senang nak ajak orang makan nanti. Kot-kot ada yang singgah rumah kami ke kan. Rumah kami ni..kadang- kadang ada je orang main terjah hehehe. Durian ni..bau nya dah lah masyaallah. Jadi, beli je lebih..siapa langkah kanan. Rezeki namanya tu. 

Pastu..tok mak pun duduk dengan kami. Dia kalau nampak makanan tu ciput-ciput..memang dia tak mau makan. Takut kami tak cukup. Padahal, kami ni bukan makan banyak mana. 

Dan..ketiga nya..teringin nak makan bubur kacang hijau durian..ehem.. keinginan di bulan puasa je ni, tau ! Tak da berita baik selain itu.

Jeng !

Mesti ada yang pelik,kan? Mummy beli durian yang berharga RM10 untuk 2 biji. Tapi..kenapa dapat harga RM30 untuk 7 biji? 

Sebab..penjual tu bagi free sebiji lagi. Syukur alhamdulillah. Moga perniagaan mereka maju jaya ! Dan di murahkan rezeki selalu. Ameen.

You Might Also Like

2 comments

  1. Alaaa..dh lama x Makan durian...terus teringin...

    ReplyDelete
  2. huwaa...durian lagiii..nakkk makan lagiii..huwaaa

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab