Showing posts with label Durian. Show all posts
Showing posts with label Durian. Show all posts

DURIAN MUSANG KING KAHANG, JOHOR

Rezeki anak-anak time cuti sekolah baru ini, DURIAN MUSANG KING KAHANG, JOHOR berbuah dengan meriah dan harganya pun murah ! Yes !! Johor dah musim durian, ye ! Bulan Jun ni, memang musim buah durian dari negeri Johor mula berbuah. Biasalah, durian ni ada musim-musimnya. Ada Musim Durian Perak , musim Durian Pahang dan banyak lagi negeri yang bermusim akan mengeluarkan buah durian. 


durian musang king kahang johor



    SEJARAH DURIAN MUSANG KING


    Durian Musang King merupakan salah satu jenis durian yang sangat popular dan terkenal di Malaysia. 

    Durian Musang King, juga dikenali sebagai Durian Mau Sang Wang atau Sultan Durian, adalah salah satu jenis durian yang paling dikehendaki dan dihargai di Malaysia. Durian ini terkenal dengan tekstur krimnya yang lembut, rasa manis yang pekat, dan aroma yang kuat.

    Sejarah Durian Musang King bermula dari perancangan penanaman durian oleh penduduk setempat di daerah Raub, Pahang, Malaysia. Walaupun ada pendapat berbeza mengenai asal-usul nama "Musang King," namun biasanya ia diasaskan pada kisah penduduk tempatan yang melihat musang atau "musang king" (raja musang) yang kerap berkeliaran di kawasan ladang durian. Musang king dipercayai gemar memakan durian jenis ini, dan inilah yang kemudiannya memberikan nama kepada durian ini.

    Sejak awal 1980-an, populariti Durian Musang King semakin meningkat dan mendapat permintaan yang tinggi dari pasaran tempatan dan antarabangsa. Kualiti dan citarasa yang luar biasa menjadikan durian ini digemari oleh peminat durian di seluruh dunia.

    Pengilang-pengilang dan petani-petani durian di Malaysia kemudiannya mula memberi tumpuan kepada penanaman dan pembiakan Durian Musang King secara komersial. Usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti dan hasil keluaran telah dilakukan untuk memastikan kepuasan peminat dan memenuhi permintaan pasaran yang tinggi.

    Durian Musang King tidak hanya popular di Malaysia tetapi juga dikenali dan dihargai di negara-negara lain seperti Singapura, China, Taiwan, Korea Selatan, dan Jepun. Ekspor Durian Musang King telah meningkat dengan pesat dan membawa manfaat ekonomi kepada Malaysia.

    Sejak itu, nama Durian Musang King semakin berkibar sebagai "raja durian" di kalangan peminat buah durian. Popularitinya terus meningkat dari tahun ke tahun, menjadikan Durian Musang King sebagai salah satu produk pertanian terpenting dan membanggakan bagi Malaysia.


    DURIAN MUSANG KING KAHANG, JOHOR



    10 ciri-ciri Durian Musang King 


    Antara 10 ciri Durian Musang King adalah :-

    Bentuk Buah: Durian Musang King mempunyai bentuk buah yang besar dan berat, dengan kulit berduri yang tebal dan tajam. Biasanya berbentuk bulat atau sedikit lonjong.

    Kulit Berwarna Hijau Kuning: Kulit luar Durian Musang King berwarna hijau kuning yang mencolok dan jelas membezakan dengan durian jenis lain.


    Daging Buah Tebal dan Kuning: Isi buah Durian Musang King adalah krim kuning dan sangat tebal. Tekstur isinya lembut, lembap, dan berair.


    Rasa Manis dan Pekat: Durian Musang King mempunyai rasa manis yang pekat dan lemak yang melekat pada lidah, memberikan kepuasan yang memuaskan.


    Bau aroma yang kuat:
    Durian Musang King terkenal dengan aroma yang sangat kuat, yang kadang-kadang dianggap "berbau busuk" oleh sesetengah orang, tetapi disukai oleh peminat durian sejati.


    Biji Kecil: Durian Musang King mempunyai biji yang kecil berbanding durian jenis lain, mempunyai lebih banyak ruang untuk isi buah yang enak.


    Rasa Rendah Berserat: Isi buah Durian Musang King lebih rendah berserat, menjadikannya lebih lembut dan mudah dikunyah.


    Tekstur Berminyak: Durian Musang King bertekstur sedikit minyak, memberikan cita rasa yang lembut dan melekit.


    Mempunyai Kelebihan Nutrisi: Selain rasa yang sedap, Durian Musang King juga kaya dengan nutrisi seperti vitamin C, zat besi, dan serat.


    Kepopuleran dan Harga yang Mahal:
    Durian Musang King adalah salah satu jenis durian yang paling dicari dan mahal di pasaran, baik di Malaysia maupun di negara-negara luar. Permintaan yang tinggi disebabkan oleh citarasa dan kualitinya yang istimewa.


    HARGA DURIAN MUSANG KING DI MALAYSIA



    Harga Durian Musang King di pasaran Malaysia boleh berubah-ubah mengikut musim dan penawaran pasaran. Pada amnya, Durian Musang King adalah salah satu jenis durian yang paling mahal di pasaran disebabkan oleh popularitinya dan citarasa yang istimewa. 

    Berikut adalah faktor yang mempengaruhi harga Durian Musang King :

    Musim Durian: Harga Durian Musang King biasanya lebih tinggi semasa musim durian berada dalam puncaknya, iaitu pada bulan-bulan Mac hingga Ogos.


    Harga Per Kilogram: Harga Durian Musang King boleh mencecah RM50 hingga RM100 per kilogram atau lebih, terutamanya untuk kualiti dan saiz yang terbaik.


    Harga Mengikut Biji: Durian Musang King juga boleh dijual dalam bentuk biji, dengan harga satu biji boleh mencecah RM20 hingga RM50 atau lebih, bergantung kepada saiz dan kualiti buah.


    Tempat Beli: Harga Durian Musang King mungkin berbeza di antara kedai-kedai durian di kawasan perkampungan, pasar tani, pasar malam, dan kedai-kedai buah-buahan terkemuka di bandar-bandar besar.

    Perlu diingatkan bahawa harga yang disebutkan di atas hanya sebagai panduan umum dan mungkin berubah mengikut faktor-faktor pasaran dan lokasi. 

    Selain itu, ada pelbagai varieti dan kualiti Durian Musang King, yang juga boleh mempengaruhi harga yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga durian. 

    Bagi peminat durian sejati, harga mungkin bukanlah halangan untuk menikmati rasa lezat dan kualiti unik Durian Musang King yang terkenal itu.


    DURIAN MUSANG KING KAHANG, JOHOR


    Musim buah durian yang paling best adalah pada tahun ni, lah... sebab anak-anak dapat makan buah durian Musang King orang kampung di Kahang, Johor dengan sepuas-puasnya. Selalunya, kalau duduk KL tu memang beli je buah durian. Nak ke kebun orang lain pun , kos tol, minyak dah berapa pulak kan. Sama kos dengan beli je.

    Di Kahang Johor ini, ada 1 kedai sahaja yang jual durian. Tapi, memang cepat habis. 2 kali kami datang. 

    Pertama kali datang, kedai durian dah tutup dalam pukul 7 malam macam tu (lambat datang sebab suami balik kerja lambat). 

    Kali kedua datang ke kedai durian Kahang Johor ni.. dalam 6.30 petang...dah habis licin semua jenis durian.

    Yelah cuti sekolah kan..ramai orang datang masuk ke Mersing dan Tioman melalui jalan Kahang ni. 

    Kali kedua tu, ajak suami lajak sampai ke Kluang Johor cari durian kot ada yang murah. Alhamulillah, kami jumpa durian kampung dari Muar Johor. Sebakul buah durian dalam 10kg berharga RM80. Erm..borong teruslah...

    Anak-anak memang dok craving durian tu..beli ajelah.

    Sampai rumah, makan durian kampung 10 kg tu sekali hadap je. Huhuhu, lepas tu..anak-anak minta durian musang king

    Gitulah anak kami ..Memang dorang tak puas, selagi tak dapat makan buah durian musang king.

    Sebab apa semua suka musang king? Sebab, masa mengandung semua anak...mummy memang nak makan buah durian musang king sahaja.

    Padahal, kalau tak mengandung..memang layan buah durian kampung je ! Er..nasib ibu mengandung huhuhu...

    Okaylah..berbalik kepada buah Durian Musang King Kahang tu.
    Yess...! Kali ketiga datang.. dapat pun durian musang king Kahang Johor !


    DURIAN MUSANG KING KAHANG, JOHOR




    HARGA DURIAN MUSANG KING KAHANG, JOHOR

    DURIAN MUSANG KING KAHANG, JOHOR

    Ada 2 jenis buah durian musang king kat sini.
    1. Gred elok RM20/kg
    2. Gred B reject masuk Singapore RM10/kg

    Kami beli reject je, borong terus 12 kg.. Beli reject sebab nampak elok je, buahnya..kalau ada rosak pun, tak banyak rosaknya.

    DURIAN MUSANG KING KAHANG, JOHOR

    Memang puas makan durian musang king sebab isi banyak dan bijinya kecil. Sampai boleh bawa balik KL bagi mak abah dan anak-anak boleh repeat makan sampai 3 hari.

    Korang suka yang suka durian. Korang selalu borong kat mana? Ke ada kebun durian? hehehe




    FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama

    FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama. Durian E-Fiesta menampilkan lebih daripada 220 tawaran durian


    Berita baik untuk penggemar durian macam mummy hehehe. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini bekerjasama dengan Shopee, platform e-dagang no. 1 Malaysia untuk satu lagi inisiatif baharu, Durian E-Fiesta, sebagai bukti komitmen terhadap agenda digitalisasi dan e-dagangnya.

    FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama

    Dato’ Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA berkata, “Ketika wabak Covid-19 di Malaysia berada di puncaknya pada bulan Mac lalu, ia telah memberikan kejutan kepada seluruh negara dan pelbagai sektor termasuk sektor pertanian yang tidak terkecuali. Sebelum ini, tiada siapa yang menjangkakan bahawa mereka dapat menjual hasil segar dan sejuk beku secara atas talian, tetapi wabak ini telah mendorong banyak pihak termasuk para petani untuk meneroka penjualan atas talian buat julung kalinya. Langkah ini juga selari dengan harapan YAB Perdana Menteri agar sektor perniagaan dalam bidang e-dagang di pertingkatkan dan menjadikannya satu trend baharu urusniaga. Oleh demikian, kami bekerjasama dengan Shopee demi memberi lebih banyak insentif kepada sektor pertanian untuk terus berada di atas talian dan yang lebih penting lagi, lebih ramai petani akan mendapat manfaat walaupun selepas PKPP. Kami akan melaksanakan kerjasama ini melalui beberapa siri kempen bertema yang menarik bermula dengan Durian E-Fiesta di Shopee bersempena musim durian yang sudah tiba."

    Durian E-Fiesta di Shopee akan menjadi pameran jualan durian maya pertama di Malaysia. Program ini akan berlangsung dari 15 hingga 19 Julai dan menampilkan lebih daripada 220 tawaran, para peminat durian boleh memilih daripada pelbagai jenis durian seperti Musang King, Udang Merah, D24, Hor Lor, Kampung, dan sebagainya.

    Sebagai dorongan untuk transformasi perniagaan, FAMA dan Shopee akan memberi sokongan kepada peniaga durian melalui pembiayaan baucar menarik seperti potongan harga RM5 dengan perbelanjaan minimum RM1, potongan harga RM20 dengan perbelanjaan minimum RM100 dan banyak lagi. Selain itu, pengguna juga dapat menikmati Musang King di Jualan Kilat Shocking Sale pada harga RM10 sahaja ketika berlangsungnya Durian E-Fiesta.

    Mengulas mengenai kolaborasi bersama FAMA, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Biasanya tempoh inkubasi untuk penjual dan pengguna adalah yang paling sukar. Pertama sekali, kami perlu memastikan bahawa penjual kekal berada dalam sistem dan perkhidmatan mereka adalah pada tahap yang optima. Pada masa yang sama, kami harus melatih penerimaan pengguna dan membantu mereka dalam membiasakan diri untuk membeli hasil segar secara atas talian. Oleh itu, kami amat bersemangat kerana mempunyai rakan kerjasama seperti FAMA yang mempunyai pemahaman mendalam tentang ekosistem e-dagang dan bersedia bekerjasama dengan kami bagi mendorong digitalisasi sektor pertanian Malaysia. Selain itu, ini merupakan waktu yang terbaik untuk melaksanakan kerjasama ini memandangkan rakyat Malaysia merupakan penggemar tegar buah durian."

    Kedua-dua organisasi ini juga telah mengambil kira para pengguna yang mungkin kurang menggemari Raja Buah. Justeru, Durian E-Fiesta juga akan turut memasarkan buah-buahan pilihan tempatan yang lain seperti manggis, mangga, nenas dan banyak lagi pada kempen tersebut. Edisi pertama kempen ini adalah terhad di Lembah Klang dan bagi memastikan kesegaran buah-buahan, penghantaran akan dilakukan pada hari berikutnya setelah pesanan dibuat.

    Peniaga buah-buahan, terutamanya peniaga durian, akan menerima sokongan dan pendedahan pemasaran maksimum sepanjang kempen ini melalui paparan banner dalam aplikasi, laman mikro-khas, push notifications dan banyak lagi.

    Adalah difahamkan bahawa objektif FAMA dan Shopee bagi kerjasama jangka panjang ini adalah untuk memacu sektor pertanian dalam mencapai kemampanan dalam jangka masa panjang menerusi perniagaan secara dalam talian. 

    Shopee, dalam pada itu, mendedahkan bahawa lebih daripada 2 tan (2,000kg) durian telah dijual melalui platformnya dalam masa 24 jam setelah diberi pendedahan dalam kempen 6.6 Super Sale pada bulan Jun yang lalu. Kata kunci 'durian' juga merupakan salah satu perkataan yang paling banyak dicari pengguna di platform tersebut.

    Untuk memuaskan pengidaman durian anda, kunjungi https://shopee.com.my/m/durian-e-fiesta 

    Sebagai tambahan kepada Durian E-Fiesta, FAMA juga akan memberikan baucar kepada pelanggan yang membeli produk dari kedai rasmi mereka di Shopee. Layari https://shopee.com.my/agrobazaar_fama untuk menikmati potongan harga RM10 dengan perbelanjaan minimum RM50 bagi barangan seperti daging ayam, daging lembu, sayur-sayuran, buah-buahan dan banyak lagi.




    Durian Kampung Murah 8 Biji RM40

    Durian Kampung Murah 8 Biji RM40 - Baru ni, dok lalu Taman Subang Perdana (tak jauh dari rumah mak), nampak ada orang jual durian. Kebetulan, birthday Dhia. Budak-budak ni, ada juga beberapa kali mintakkan kami beli kan durian.

    Durian Kampung Murah 8 Biji RM40


    Dalam hati, masa jumpa durian tu. Berharap sangat ada rezeki Dhia Batrisya. Kot-kot, dapat yang murah-murah. Rupanya, kata-kata dalam hati tu dah jadi satu doa ! Syukur alhamdulillah dapat Durian Kampung Murah 8 Biji RM40

    Durian Kampung Murah 8 Biji RM40

    Durian Kampung Murah 8 Biji RM40 memang tak besar mana. Tapi, puas jugak la makan. Budak-budak ni pun, sampai surrender dah. Tak sampai sebiji dah surrender huhu. Selalunya, 6 ulas pun tak cukup.

    Kira puas lah makan Durian Kampung Murah 8 Biji RM40.

    Durian Kampung Murah 8 Biji RM40

    Isi durian kampung warna kuning. Menjadi rebutan dua beradik.

    Priority, memang nak bagi anak-anak dulu. Kalau bebudak ni tak abes, baru lah turn mummy makan pulak hehe

    Durian Kampung Murah 8 Biji RM40

    Muka happy dapat makan Durian Kampung Murah 8 Biji RM40.


    TERNGIDAM DURIAN CREPE

    Mak buyong ni kan, nampak makanan macam sedap je, mula lah terliuq bagai. Semua benda nak rasa, nak makan. Dan bebaru ni balik kerja, ternampak satu gerai ini ada menjual durian crepe. Apa lagi?? Terus beli 2 ketul durian crepe berharga RM4.50.

    Balik rumah berebut pulak dengan anak. Mummy sebenarnya lupa si Dzal Aidi Fiqry ini suka kan durian. Oleh kerana mummy dah rasa sedikit. Selebihnya tu, bagi Dzal Aidi Fiqry makan. 

    Dhia pulak, makan buat rasa je.

     TERNGIDAM DURIAN CREPE


    TERNGIDAM DURIAN CREPE 

    Memang nampak sedapkan? Dia panggil durian crepe ini, aiskrim durian . Hehe nampak macam aiskrim kot !

    TERNGIDAM DURIAN CREPE 

    Ni packaging durian crepe 2 ketul yang berharga RM4.50.

    Keesokkan harinya, mummy beli lagi yang 3 ketul durian crepe pula. 2 ketul durian crepe untuk Dzal Aidi Fiqry dan 1 ketul lagi untuk mummy.

    Harga 3 ketul durian crepe RM6.50. 

    Happy lah awak dalam perut ya..dapat makan macam-macam nampaknya hehehehe

    Homemade Tempoyak Sedap !

    Dah alang-alang musim durian, menyempat jugaklah kita buat tempoyak. Tempoyak homemade, tak perlu di ragui. Lagi pun, buat tempoyak ini...tak lah susah mana. Kenapa homemade tempoyak kami sedap?  Sebab tempoyak ini, kami buat sendiri kan. Mestilah sedap ! Siapa lagi nak puji, kalau tak diri sendiri yang puji. Kan? Hehehe Gituuuuuu.

    Homemade Tempoyak Sedap ! 


    Homemade Tempoyak Sedap !


    Mummy suka makan tempoyak ni dengan patah-patahkan cili api, tapi daddy lain pulak. Daddy suka tempoyak ini buat sambal, buat macam sambal belacan tu. 

    CARA BUAT TEMPOYAK

    1. Asingkan biji durian dan isinya dengan gunakan pisau
    2. Siap asing, taburkan sedikit garam dan asam keping. Ada orang suka tambah sedikit ragi. Tapi mummy tak letak.
    3. Nak patahkan cili api siap-siap pun boleh.
    4. Simpan dalam bekas dalam peti ais. Keluarkan bila nak makan.

    Mudah je kan. Tempoyak ini, kalau nak sedap. Boleh guna durian musang king atau durian yang baik untuk jadikan tempoyak. 

    Mummy pakai durian biasa je. Dalam dua-tiga hari buat. Baru makan. Sedap !

    Tempoyak juga boleh di campurkan dalam gulai. Resipi gulai ber tempoyak ada di SINI



    Durian Kampung 7 Biji Sekali Beli !

    Dah memang mummy ni, penggemar durian. Pantang nampak lah durian. Pulak tu, kat Kajang ni...bersepah-sepah orang jual durian. Adess....menguji keimanan mummy, tau ! Kalau dah kata nak sangat durian tu, kan..apa nak jadi pun jadi lah ! Asalkan dapat makan durian. Padahal bulan lepas, baru je makan durian. Kali ini, mummy beli durian kampung 7 biji sekali beli. Sebab apa? Sebab murah !!


    Tak caya ke murah? Yup murah je durian kampung ni. Beli di kawasan Prima Saujana Kajang. Mummy pilih yang 2 biji RM10 je. Duriannya elok..cuma tak berapa besar. Ada juga RM15 untuk 2 biji. 1kg RM12 dan juga RM18/kg. Ikut pilihan masing-masing. 

    Tapi kan..bila balik rumah ada yang 6 pangsa ! Selalu durian ni, 5 pangsa je. Tok mak bebudak ni pun dah pelik. Tak pe lah..rezeki kami lah tu kan. 

    Daddy terkejut mummy borong banyak. Bukan apa beli banyak, ni. Senang nak ajak orang makan nanti. Kot-kot ada yang singgah rumah kami ke kan. Rumah kami ni..kadang- kadang ada je orang main terjah hehehe. Durian ni..bau nya dah lah masyaallah. Jadi, beli je lebih..siapa langkah kanan. Rezeki namanya tu. 

    Pastu..tok mak pun duduk dengan kami. Dia kalau nampak makanan tu ciput-ciput..memang dia tak mau makan. Takut kami tak cukup. Padahal, kami ni bukan makan banyak mana. 

    Dan..ketiga nya..teringin nak makan bubur kacang hijau durian..ehem.. keinginan di bulan puasa je ni, tau ! Tak da berita baik selain itu.

    Jeng !

    Mesti ada yang pelik,kan? Mummy beli durian yang berharga RM10 untuk 2 biji. Tapi..kenapa dapat harga RM30 untuk 7 biji? 

    Sebab..penjual tu bagi free sebiji lagi. Syukur alhamdulillah. Moga perniagaan mereka maju jaya ! Dan di murahkan rezeki selalu. Ameen.