Rendang Daging Resipi Mudah Azlinda Alin

RENDANG DAGING ?? Baru 22 Ramadhan kot..takkan dah makan menu Raya ! Tak pe lah, orang nak cakap a...

RENDANG DAGING ?? Baru 22 Ramadhan kot..takkan dah makan menu Raya ! Tak pe lah, orang nak cakap apa pun. Janji perut daddy kenyang. Daddy yang request nak makan rendang daging. Dok borak-borak laki bini cerita planning untuk raya nanti nak masak apa? Nak masak bila? Nak beli barang masak bila? Sudahnya..semua kecur nak makan rendang daging. Terus beli bahan-bahan dan masak rendang daging ! Resipi Mudah 30 Hari Ramadhan

Resipi Mudah 30 Hari Ramadhan - Rendang Daging Azlinda Alin

Kami laki bini memang kuat merancang hehehe. Kebanyakkan benda suka plan awal-awal. Supaya tak kelam kabut, boleh rehat dengan tenang dan berjimba ! Balik kampung nanti pun mudah. Tak adalah terkial-kial, kan ! Dan.. lagi mudah..bila kita tahu laki kita nak makan apa. Tu paling penting kene jaga !

Rendang Daging Resipi Mudah Azlinda Alin

Rendang daging resipi sendiri, tak tahu la umpph ke idak. Sebenarnya ada satu bahan wajib yang tertinggal. Lupa beli daun limau perut. Ada setengah orang tak suka letak. Mummy suka ketak. Tapi, lupa beli pulak ! Nak mudah kan resepi rendang daging ni. Kita proceed je lah !

Rendang Daging Resipi Mudah Azlinda Alin


BAHAN-BAHAN RESEPI MUDAH MASAK RENDANG DAGING

Bahan Kisar :-

  • Segengam cili kering (Gunting dan rebus)
  • 1 biji bawang besar dan 3 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari Halia
  • Sedikit Lengkuas dalam 3 cm
  • 3 batang serai

  • Daging 1/2 kg
  • Air Asam Jawa - 1 sudu besar asam jawa
  • Daun Kunyit (hiris halus)
  • Kerisik (2 paket)
  • Setengah biji kelapa - ambil santan
  • Daun Limau Perut
  • Garam 1 sudu kecil


CARA MUDAH MASAK RENDANG DAGING


Semua resepi mudah-mudah je mummy buat. Cara nak masak pun mudah je. Yang penting sodap ! hehehe 

1. Tumis semua bahan kisar hingga garing

2. Masukkan air asam jawa


3. Dah didih, masukkan daging sehingga agak-agak empuk. Kemudian masukkan, santan kelapa.

4. Daging dah empuk, masukkan kerisik dan garam. Sebatikan hingga kering.

5. Taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau perut. Gaulkan sebati.

Siap !

You Might Also Like

4 comments

  1. Mudah jer nak buat..apa tunggu lagi jom la buat sekali..

    ReplyDelete
  2. Menarik Ni..akak Hari2 mkn makanan adik bawak Dr seremban...Smlm je akak Sempat masak kari kambing

    ReplyDelete
  3. semudah abc...
    sedapnya...

    ReplyDelete
  4. Yummmy sangat ni! huhuhu... time raya mmg aina serbu lemang n rendang dlu. Boleh cuba resepi akk ni.=D

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda