RESIPI MUDAH 30 HARI RAMADHAN - BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

16:22

Bubur Kacang Hijau Durian - Salam Ramadhan semua. Seperti biasa, mummy akan kongsikan Resepi Mudah 30 Hari Ramadhan. Bulan puasa ni, kan..macam-macam keinginan nak makan. Oleh kerana aritu dapat durian murah. Terus 1 biji tu buat bubur kacang hijau durian. Buat sendiri ni best, sebab boleh simpan bubur kacang hijau durian dalam peti sejuk bila tak habis. Pastu ulang-ulang makan bubur kacang hijau durian yang sejuk tu pula. Memang perrggghhhh. Sedap !

RESIPI MUDAH 30 HARI RAMADHAN - BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

Bubur kacang hijau ni lah paling mudah nak buat, nak tahu gak ke resipinya? Ok lah ni resipi bubur kacang hijau durian versi mummy ye.

RESIPI MUDAH 30 HARI RAMADHAN - BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

  • 200 gm kacang hijau
  • Setengah senduk gula perang
  • Sedikit gula pasir (ikut manis kita nak)
  • Santan (setengah biji kelapa)
  • Air Masak - 1 liter
  • Daun Pandan - 2 helai
  • 1 biji durian kampung bersaiz kecil


Cara masak Bubur Kacang Hijau Durian


  • Rebus kacang hijau bersama-sama daun pandan dalam 20-30 minit hingga masak. Nak kuah banyak boleh letkkan air banyak. Kalau tak suka kuah banyak, Tak perlu tambah air.
  • Siap rebus tu, terus letakkan gula perang dan gula pasir. Boleh ubah sukatan ikut kemanisan yang di kehendaki.
  • Letakkan durian dan santan hingga sebati dalam 2-3 minit.
  • Siap !


Senang je,kan !


You Might Also Like

2 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab