Passport Malaysia Limit 130 Sehari di Imigresen Kajang

Susah juga nak buat passport sekarang ni, kan. Sebelum ni...ngat propa je dalam berita. Semua yang nak buat passport beratur panjang dan beratur lama. Erm...Sabtu lepas dah kene. Tunggu 4 pagi...alih-alih tak dapat nombor giliran. Sebab, nombor giliran terhad kepada 100 orang sahaja.

Dua hari lepas, abang kandung mummy buat passport...dia tunggu 4 pagi. Alhamdulillah dapat nombor giliran. Rezeki dia.

Hari ini pula, mummy lewat sedikit. Keluar jam 6 pagi dari rumah ke Imigresen Jalan Reko Kajang. Fuh !!! Ramai kot dah beratur...dalan hati," habis lah kali ini...."

Passport Malaysia Limit 130 Sehari di Imegresen Kajang


Passport Malaysia Limit 130 Sehari di Imigresen Kajang

Notis pun ada di tampalkan. Limit kepada 130 orang sahaja untuk buat passport. 

Mummy pandang tok mak...tok mak pandang mummy. Erm..nak kata apa lagi? Beratur sahajalah kan...

Dalam lif, ada seorang pemuda beritahu kami. Dia beratur seawal jam 3 pagi untuk buat passport. Dia orang pertama beratur bersama rakan yang lain.

Gulp....3 pagi?

Kami sampai pun dah 6.20pagi.

Mummy tinggalkan tok mak bersendirian beratur buat passport. Sebab anak-anak mummy tinggalkan di rumah. Daddy tengokkan anak-anak sekejap. 

Jam 7 pagi daddy nak ke kerja pula. Jadi..memang mummy tak dapat nak teman tok mak buat passport.

Nak bawa anak-anak beratur seawal itu...huih...tak sanggup !

Passport Malaysia Limit 130 Sehari di Imigresen Kajang

Dalam kerisauan..mummy follow up dengan tok mak. Alhamdullillah..tok mak dapat no ke 13 khas untuk warga emas. Jam 10.30 pagi selesai tok mak buat passport.

Terus ke urusan lain pula tok mak. Mummy pun ada beberapa urusa lain untuk di selesaikan hari ini.

Syukur..di permudahkan segalanya. 
8 comments on "Passport Malaysia Limit 130 Sehari di Imigresen Kajang"
  1. Jabatan kerajaan memang mendahulukan warga emas-oku dan wanita mengandung..

    sebab itu mereka ada sistem nombor giliran yang berasingan.. beli tiket keretapi or LRT or KTM or bas pun macam tu juga.

    ReplyDelete
  2. Mak aiiii.....awalnyaa 3 pagi..x tido ke apa...

    ReplyDelete
  3. wow!3 pagi?
    ish²,ini yg tertengok dekat berita tu...
    ada yg dtg,x dapat no..kecian...

    ReplyDelete
  4. perghhh..beratur seawal 3 pagi...gigih betul orang tu..hehe

    ReplyDelete
  5. huhu..jenuh la..alhamdulillah dh selesai

    ReplyDelete
  6. Ahad lepas saya pergi jam 4.50am. dapat nombor 1127. Ingatkan terhad 100 nasib baik Jabatan imigresen extend sampai no 154

    ReplyDelete
  7. sib baik settle :)
    alhamdulillah ...

    ReplyDelete
  8. Pergh!! Jenuh beratur kalau cenggitu..
    mujur diberi keistimewaan pada warga emas..
    Alhamdulillah settle ye..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com