Gulai Tempoyak Ikan Kembung

15:57

Mummy memang peminat durian dan juga peminat tempoyak. Tempoyak tu kadang-kadang buat ratah gitu pun jadi hahaha. Nampak sangat hantu durian,kan ! Dok memikir nak masak apa dengan tempoyak. Teringat dalam peti ais ada ikan kembung. Terfikir nak gandingkan dengan tempoyak. Kita pun cuba je la main masak-masak resepi Ikan Kembung Tempoyak ye.

Kisah durian saya boleh baca di SINISINI dan SINI


Gulai Tempoyak Ikan Kembung


Gulai Tempoyak Ikan Kembung 


Gulai Tempoyak Ikan Kembung
sumber google (gambar)



Bahan-bahan Gulai Tempoyak Ikan Kembung: 

1 kg ikan kembung (dipotong dua) 
1 ikat taugeh kasar 
1 cawan tempoyak 
3 biji bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
1 batang serai 
10 biji cili padi (tumbuk)
Serbuk kunyit 
Garam 
Asam keping - 1



Cara memasak Gulai Tempoyak Ikan Kembung :

1. Tumis bahan di tumbuk.
2. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama asam keping,  yang telah di tumbuk atau dikisar dan serai yang telah dititik.
3. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. 
4. Masukkan serbuk kunyit dan garam 
5. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang. 

You Might Also Like

10 comments

  1. seddapnya, pos la mai sikit..eh..i singgah ambik la semangkuk..hahaha

    ReplyDelete
  2. Tetiba teringat pula tempoyak nenek.. nmpk mcm sdp tapi sy kurg sikit gulai tempoyak ni..

    ReplyDelete
  3. first time ni kak nmpk ada org letak taugeh..huhuhu

    ReplyDelete
  4. First time nampak ni...especially yang letak taugeh tu...

    ReplyDelete
  5. Isteri saya selalu masak tempoyak ikan patin. Nanti nak minta dia try guna ikan kembung pulak.

    ReplyDelete
  6. lamaaa tak buat,kalau orang pahang,musim2 ni semua benda nak gulai tempoyak hehehe,ikan,ayam kampung,biji durian,kulit buah rambai haaaa sedap tau hehehhehe

    ReplyDelete
  7. sedapnya. bolehlah tukar drpd patin kepada ikan kembung pula

    ReplyDelete
  8. alin, aida amik ekk resepi ni.
    ada tempoyak but dok keras kejung dlm freezer :) hi hi hi...

    ReplyDelete
  9. Wah.. sedapnya.. xpernah cuba lagi gulai tempoyak menggunakan ikan kembong..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab