Kisah Penulis Blog Izzati Suhaide dari Perspektif Azlinda Alin

20:10

Lama mummy tak bercerita tentang hal penulis blog a.k.a blogger dalam blog mummy. Sekali sekala..nak juga bercerita tentang orang lain pulak dalam blog mummy. Penulis blog yang mummy nak ceritakan ini ialah Izzati Suhaide.

IZZATIE SUHAIDE


Mungkin ada yang sudah kenali beliau, seorang anak dara yang masih single, berumur 25 tahun dan menetap di Tanah Merah, Kelantan. Graduasi UiTM dalam bidang Statistik. Terer Matematik ini, orangnya. Nak main soal jawab Matematik, boleh lawan dengan Izzati Suhaide ye.



Kisah Penulis Blog Izzati Suhaide dari Perspektif Azlinda Alin


PENULIS BLOG IZZATI SUHAIDE

Beliau merupakan penulis blog www.izzatiesuhaide.com . Bukan sahaja pandai menulis blog. Tapi, pandai buat design tau ! Iklan mummy kat bawah tu (untuk di sewa - RM10) beliau yang designkan. Korang nak design header blog ke iklan ke..boleh cari beliau ye !

IZZATI SUHAIDE SEORANG USAHAWAN
Selain menulis blog, anak dara ini sebenarnya seorang usahawan. Usahawan? Ya usahawan yang sedang bergiat dalam perniagaan secara online.

Bagus anak-anak muda sekarang. Pandai mencari peluang dalam berbisnes.

Nak tahu apakah bisnes online yang sedang beliau jalankan? Nak tahu, kene terjah Instagram bisnes beliau : www.instagram.com/iz_hijabist . Tak suprise lah kan..semua mummy nak cerita dalam blog mummy.


BAGAIMANA MUMMY KENALI IZZATI SUHAIDE?

Cerita panjang lebar, lupa nak beritahu dari mana kami kenal. Ye lah kan..nak ikutkan umur jauh beza. 9 tahun juga lah beza umur mummy dengan Izzati Suhaide ini.

Mummy kenali Izzati Suhaide ini dari group blogger iaitu KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (KBBA) dan juga EXCHANGE FEED GROUP (EFG). 

Kami biasanya berjumpa di alam maya sahaja, blog, instagram, facebook dan juga Whatsapp.

Alhamdulillah, mummy suka Izzati Suhaide ini....seorang yang tidak sombong dan hormat kawan-kawan yang lebih tua darinya.

Mummy doakan Izzati Suhaide di permudahkan urusan dunia akhirat dan juga dapat berjumpa dengan jodoh yang baik-baik. Amin.


You Might Also Like

6 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab