Main Game PokemonGo?

Korang dah main ke game PokemonGo? Best ke PokemonGo tu? Sejak aplikasi PokemonGo dah boleh muat turun. Ramai dah yang main game PokemonGo. Mummy pun muat turun juga. Nak tengok juga macamana PokemonGo ni. Tapi, seperti biasa...mummy memang tak pandai dalam main games. Sentiasa lembab dan sentiasa kalah (mengaku siap-siap !). 

MUAT TURUN GAME PokemonGo 


Mula-mula mummy muat turun game PokemonGo dari Ipad Dzal Aidi Fiqry. Daddy dapat tangkap 1 pokemon. Tak lama tu, mummy muat turun dari handphone mummy guna username yang sama je. Langsung tak faham nak main. Petunjuk arah suruh keluar dari rumah. dalam hati "arghhh..sudah. Bertambah tak faham jadi nya !"

MUAT TURUN GAME PokemonGo

Mummy pun abaikan je, gila nak ke tangki air tu. Dari tangkap pokemon... baik jaga anak-anak kat depan mata tu pada hari hujung minggu hehehe.

Dan..hujung minggu ahri tu, bertalu-talu whatsApp mummy terima berkaitan PokemonGo. Suka atau tak suka, mummy perlu tahu. Kene ambil tahu. 

Bila baca kenyataan tu , macam ada benarnya....


Kisah PokemonGO !


Info ini disalin dan tampal dari sebuah Telegram berkumpulan bertajuk "why u shouldn't play Pokémon Go". 


Diaorang cakap haram diaorang ada bagi reason. Bacalah dulu. Dulu orang pun paranoid jugak waktu first FB Messenger keluar sebab FB Messenger mintak permission macam-macam yang boleh jadi potential spying apps. 


Pokemon Go ni memang guna GPS dan submit data-data koordinat pada server. Jadi ada potensi data-data ni boleh diguna untuk "menjajah" negara tanpa kita sedar. Macam kereta Google Maps yang lalu depan rumah kamu tu, dia rekod gambar dan koordinat hampir seluruh Malaysia. Cuma beberapa lokasi seperti military base tak dibenarkan masuk. 


Tapi kalau ada orang main pokemon dalam military base? Kereta Google Maps pun tak masuk dalam rumah kamu, tapi kalau kamu main Pokemon Go dalam rumah? Dalam bilik? Data tu dah berpotensi untuk dibuat maps yang lebih detail, dengan koordinat GPS dan gambar sebab kamu dah bagi permission untuk app ni guna kamera kamu dan hantar pada server di luar negara. 


Kamu rasa pelik macamana Facebook boleh kenal rupa kamu dalam gambar walhal kamu tak tag pun kan? Sebab teknologi begitu dah ada! Facebook dah ada data wajah kamu. Kali ini kamu dengan rela hati tangkap gambar bilik tidur kamu berserta koordinat. 


Banyangkan 1 juta orang participate untuk main Pokemon Go. Lama kelamaan data Pokemon Go akan jadi lebih lengkap untuk memetakan seluruh negara Malaysia, luar dan dalam rumah. 


Bayangkan: Gambar dalam rumah kamu, geotagged, simpan di server luar negara. Rasa tak selamat? Kamu sendiri yang bagi kebenaran waktu nak Install.

Nota: 

Info di atas tidak diperbetulkan dari segi tatabahasa bagi mengekalkan keaslian maklumat.TIBA-TIBA ada orang tidak dikenali muncul di hadapan rumah saya, amat terkejut pada mulanya namun setelah diberitahu rupa-rupanya ada 'Pokemon' di atas bumbung!"

PokemonGO dari BERNAMA


Itulah luahan seorang pekerja swasta, Lum Choi Yan, 24, yang terkejut melihat seorang lelaki tidak dikenali berdiri di hadapan rumahnya sambil menghala telefon bimbitnya ke atas bumbung rumah itu, pagi tadi. 


Choi Yan berkata, dia hampir membuat laporan polis kerana gelagat lelaki itu sangat mencurigakan.


"Apabila saya bertanyakan kepada lelaki itu, katanya ada seekor 'Pokemon' terbang ke bumbung dari taman permainan berhampiran rumah saya dan dia mengejarnya," katanya kepada Bernama.


Choi Yan berkata, walaupun baru sahaja dilancarkan semalam, fenomena permainan Pokemon GO dilihat sudah membuatkan ramai 'terjebak' dan jika tidak berhati-hati dikhuatiri boleh membahayakan keselamatan seperti insiden membabitkan permainan itu yang dilaporkan di beberapa negara.


"Saya sendiri tidak berani untuk memuat turun aplikasi ini kerana rakan-rakan saya terlalu ketagih dengan permainan itu sehingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling termasuk ketika melintas jalan," katanya.


Mahasiswa universiti awam Lily Ferawati Rofil, 27, berkata gelagat pemain Pokemon GO boleh dilihat di mana-mana sahaja terutama di kawasan tumpuan ramai.


"Saya sendiri telah muat turun aplikasi itu dan mendapati kebanyakan tempat yang menjadi 'sasaran' pemain untuk memburu 'pokemon' adalah di rumah ibadah seperti masjid dan tokong, di hadapan bangunan-bangunan tinggi ataupun kawasan tersorok. 


"Contoh, kawasan tersorok seperti papan tanda yang rosak ataupun di belakang tandas awam tiba-tiba dikerumuni orang ramai disebabkan permainan ini," katanya.


Namun,Lily Ferawati berkata, aspek keselamatan awam dan diri perlu juga diambil kira apabila 'terjebak' dalam permainan sedemikian agar tempat-tempat dilarang tidak diceroboh.


Jurutera Awam, Tieu Chect Hou, 28, berkata dia hampir terlanggar seorang remaja perempuan yang terlalu 'taksub' memburu pokemon ketika makan tengah hari di sebuah restoran di Pudu.


"Saya tengok dia jalan ke hulu ke hilir sambil memegang telefon bimbit dan senyum seorang-seorang tanpa menghiraukan orang di sekeliling, sehingga melanggar orang pun tidak tahu untuk meminta maaf.


"Apabila melihat dari belakang, barulah tahu dia sedang bermain Pokemon GO," katanya.


Chect Hou berkata, sejak Pokemon GO bermula semalam, dia melihat ramai orang berperangai pelik seperti berkumpul di sesuatu tempat sambil bermain telefon bimbit sehinggakan mencetuskan kesesakan lalu lintas.


"Melihat keadaan ini, saya sudah tidak berani untuk memuat turun aplikasi itu kerana semua orang seolah-olah sudah 'gila' akibat terjebak dengan permainan itu," katanya.


Pokemon GO, satu permainan realiti berperantara berasaskan lokasi yang dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai lalu, kini memasuki pasaran Malaysia dan lebih 30 negara lain bermula semalam.


Aplikasi dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA itu merupakan permainan sembunyi-sembunyi konvensional di mana pemain perlu mencari dan berlawan dengan karektor maya berdasarkan lokasi dunia sebenar yang dikesan melalui telefon pintar. - Bernama

10 comments on "Main Game PokemonGo?"
  1. hahahahaha...
    sampai cmtu skali ya...
    klu nieyl mmg x la di layankan...

    ReplyDelete
  2. ada betul nyer kenyataan ni, linda.
    sgt betul.
    udah udah ler tu semua yg main.
    gi la buat keje, belajar ke, layan anak ke...

    ReplyDelete
  3. nasib la tak main pokmen go ni.. bkn dah keluar fatwa ke?
    main candy crush la lgi bgus dapat juga menjana minda ni selesaikan masalah tu..

    ReplyDelete
  4. malas nak main..takut nanti bila dah main jadi ketagih..nak main sokmo..hehe

    ReplyDelete
  5. takde pekdah sgt..layan blog ade gak income...BTW, dh masukkan blog awk dlm bloglist saye..cek it out..
    https://rojakonemalaysia.blogspot.my/2016/08/bloglist-untuk-blogwalking.html

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Eh btw kak azlinda, siqah mohon share entri ini di FB siqah ye. Tq kak =)

    ReplyDelete
  8. Biar la akak ketinggalan dari leka main game..hahahaha...

    ReplyDelete
  9. Taksub sangat bila langgar orang pun dah tak pandai nak minta maaf..
    Tak salah nak main tapi janganlah sampai tak sedar keadaan sekeliling..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com