TRIVIA TENTANG AZLINDA ALIN

Entri kali ini tentang "trivia" . Trivia apa?  Trivia ni..task nya kena huraikan tentang diri mummy sendiri. Mummy telah di tag oleh blogger Suria Amanda. Dah di tag, takkan tak mahu sahut cabaran. Ye dak? Kene lah sahut. Lagi pun, mummy pasti ramai silent reader mummy yang belum kenali mummy secara dekat. Sahut TRIVIA yok !!






TENTANG AZLINDA ALIN

Seorang yang berbintang LEO. Orang kata... zodiak LEO ni seorang yang tegas, peramah, kawan sejati (tapi sekali kene, beringat sampai mati..eh..pernah mati ke?) dan boros juga. Yelah tu, ada juga lah betulnya tu..walaupun tak semuanya betul. Nak tahu betul atau tidak? Jom kenali secara rapat jom hehehe


Yang keduanya... Mesti korang tahu dah bab ni kan, mummy mempunyai 2 orang anak. Kami sekeluarga menetap di Kajang. 

Kehidupan selepas ada anak dan sebagai mummy berubah 360 darjah. Kalau dulu, sebelum kahwin. Tidur mesti nak lebih 8 jam. Hobi sebelum bergelar mummy ialah suka tidur. Dasyat buruk perangai,kan? Kalau dulu arwah mak mertua tau...Mahu kene reject. Huhuhu.

Dah ada anak, jam 2 pagi pun tak tidur lagi, walau hakikatnya esok kene bangun pagi untuk bekerja. Tak percaya? Cuba whatsapp mummy...hahaha

Hobi dulu dan sekarang dah tak sama. Dulu kuat tidur..sekarang kuat berjaga hihihi



BERKAHWIN LEWAT

Ramai kawan-kawan baru ingatkan mummy berumur awal 20-an. Sebab nampak anak-anak masih kecil kot.

Nak buat macamana,kan.. Dah jodoh...berkahwin pada umur 30 tahun. Haippp..jangan kutuk. Nombor cantik tu, tau ! Orang Cina kata "ong" nombor 3 tu. 

Sebenarnya...mummy tak kisah sangat jodoh awal ke lambat. Mummy yakin suratan, ketentuan dan perancangan dariNYA dah cukup TERBAIK. Alhamdulillah. Dikurniakan seorang suami yang baik hati. 


WARNA KEGEMARAN AZLINDA ALIN

Minat sangat warna merah dan pink. Tapi koleksi t-shirt dalam almari kebanyakannya warna hitam. Sebab senang pakai pakaian warna hitam ni..tak nampak kotor, kalau kotor.

Cerita bab pakaian...sekarang suka sangat sedondonkan warna sekeluarga bila keluar outing. 

KERJAYA AZLINDA ALIN
Eh..Azlinda Alin ni bekerja ke? Ye masih bekerja sepenuh masa. Kepingin gak nak suri rumah sepenuh masa. Insyaallah. 

Nak cerita tentang kerjaya ini, panjang pengalaman yang mummy ada. Pernah bekerja di petrol pam dan kilang (masa tunggu keputusan SPM). Pengalaman lai nseperti kerani, Purchasing Executive, Assistant Sales Manager, Banker, Manager dan HR. Eh...eh..blogger pun satu kerjaya gak.

Alhamdulillah..bab kerja ni mummy memang multi sedikit. Erm..bagi la kerja apa pun. Demi sesuap nasi. Tak boleh pun jadi boleh hehehe.

Padahal kan...masa sekolah dulu di tingkatan 4 dan 5. Mummy amek jurusan Kejuruteraan Awam di Sekolah Men Teknik Setapak.


IMPIAN
Terlalu banyak juga nak di ceritakan. Mungkin sama dengan semua orang juga. Ingin berjaya di dunia dan akhirat bersama keluarga. 

Ye..buat masa ini,,,,semua yang mummy buat. 

Kalau boleh, nak bersama-sama keluarga. Memang mummy jenis utamakan keluarga dulu. Mungkin sebab anak-anak masih kecil. Mereka perlukan kasih sayang yang secukupnya.

Ok lah..rasa macam panjang nau mummy menulis. Walau hakikatnya....banyak yang mummy tak sempat kongsikan.

Sekian sahaja perkongsian mummy tentang diri mummy. Nak tahu lebih lagi? Kene selalu baca blog mummy ye..

Boleh di katakan dalam ni tentang kehidupan mummy juga. Insyaallah jumpa di lain entri ya.

Di sini mummy ingin tag TRIVIA ini kepada blogger Nazlee dan Amy . Good luck sahabat ;)



10 comments on "TRIVIA TENTANG AZLINDA ALIN"
  1. Oh....kawen umur 30 rupanya...but dont worry..x nampak pun umur 30 0k..

    ReplyDelete
  2. Ala . kak Linda nampak muda lah. tak nampak mcm umur 30 lebih pun

    ReplyDelete
  3. nampak muda je...:)
    apakah rahsianya :)

    ReplyDelete
  4. Apa yg x diceritakan tp pcl nampak Azlinda ni seorang yg workaholic dan bila di masa2 event blogger tak pernah berenggang dgn anak2 comel dia.. kilek je anak ke mana pergi. Good mummy. All the best ya. Tggu trivia pcl lak..

    ReplyDelete
  5. tahu jugak sedikit sebanyak info kak linda ni hihihi..

    ReplyDelete
  6. hehehe. comelnya Dhia dengan Dzal! betul. terasa sikit part jodoh dan ketentuan tu. hehe. dulu beria mencari jodoh. sekarang macam biarlah. ada ada, xde nak buat macam mana. hahaha..

    in shaa ALLAh moga dapat jadi surirumah sepenuh masa tu :)

    ReplyDelete
  7. perghhhhhh kerja-kerja yang pernah kak linda kerja dulu hebak hebakkk semuanya! mesti communication skill kak linda A+++ ni! kagum kc hehehe.

    ReplyDelete
  8. banyak pengalaman kerja linda ..tu yg best...banyak pengalaman luas pengetahuan....

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com