Melayan Drama Bersiri Abang Bomba I Love You Di Astro

Sempat mummy ini melayan drama bersiri Abang Bomba I Love You di Astro, ye ! Sempat tak sempat ga...

Sempat mummy ini melayan drama bersiri Abang Bomba I Love You di Astro, ye ! Sempat tak sempat gak lah. Kalau sempat dan kebetulan FREE.. mummy akan tonton Drama Bersiri Abang Bomba I Love You Di Astro. Kalau tak sempat, bebila pun boleh tengok. Sebab mummy dah rakam (guna dekoder ASTRO PVR) siap-siap Drama Bersiri Abang Bomba I Love You Di Astro.


Drama Bersiri Abang Bomba I Love You Di Astro


Drama Bersiri Abang Bomba I Love You Di Astro

Drama Abang Bomba I Love You adalah sebuah adaptasi novel yang akan disiarkan selama 16 episod bermula pada 12 September 2016. Menggandingkan Hisyam Hamid dan Amira Othman, drama ini disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

Drama Bersiri Abang Bomba I Love You Di Astro

Drama Abang Bomba I Love You telah di adaptasi dari karya Mia Kiff Azlisha dan telah diarahkan oleh MP Roslin. Drama ini telah diterbitkan oleh Global Station Sd Bhd. Turut berlakon dalam drama ini adalah Nadya Syahera, Kazar Saisi, Jaslin Puasa, Roy Azman, Fikhree Bakar dan Najua Pramlee.

Lagu bertajuk Jaga-Jaga nyanyian Amira Othman telah dipilih sebagai lagu tema atau OST Drama Abang Bomba I Love You.

Sinopsis Drama Abang Bomba I Love You


Drama Abang Bomba I Love You mengisahkan tentang Lily (Amira Othman) yang berkenalan dengan Rayqal (Hisyam Hamid) yang bertugas sebagai seorang anggota bomba. Hubungan mereka mulai rapat setelah Rayqal berkali-kali menyelamatkan nyawa Lily. Lily menganggap Rayqal sebagai penyelamat atau ‘superhero’nya.

Lily berasa kagum dengan kerjaya Rayqal dan mula melakukan pelbagai kejutan untuk menarik perhatian superheronya itu. Tetapi Rayqal sekadar menganggap Lily sebagai adik dan tidak lebih dari itu. Pada pandangan Rayqal, Lily hanyalah seorang gadis yang kurang kasih sayang dan perhatian dari keluarga.

Hendak dijadikan cerita, Mawar (Nadya Syahera) yang merupakan kakak kandung kepada Lily mula menjalin perhubungan cinta dengan Rayqal. Mawar sebenarnya berdendam dengan Lily dan merancang untuk merampas semua kebahagiannya. Hubungan rapat antara Rayqal dan Lily terlerai akibat fitnah dari Mawar.

Lily membawa diri bila perkahwinan antara Mawar dan Rayqal bakal berlangsung. Lily berazam untuk melupakan perasaan cintanya terhadap Rayqal.

Best tak? Bagi mummy best juga cerita ini. Korang yang berminat nak tonton, jangan lupa ikuti drama ini di Astro Ria dan Astro Ria HD.

You Might Also Like

6 comments

  1. tak melekat mana tengok drama ni

    ReplyDelete
  2. X tengok pun.. huhuhu..
    Tapi kat tv2 pun ada drama pasal bomba.. Tajuk Hero..

    ReplyDelete
  3. bila la nk ada cerita i love u abg penganggur ni. nk volunteer. hehehe

    ReplyDelete
  4. Baru baca blog kakmas..abam bomba suami dia hahaaa

    ReplyDelete
  5. sepertinya sedih cerita dramanya ni ....

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda