Shoplinks.Asia

MENU MASAK-MASAK AIR TANGAN SUAMI

Kemahen lahai suamiku tu rajin, kalau dia dah rajin masuk dapur. Jangan ditegur, kang tak jadi pula nak masak. Menu masak-masak air tangan ...

Kemahen lahai suamiku tu rajin, kalau dia dah rajin masuk dapur. Jangan ditegur, kang tak jadi pula nak masak. Menu masak-masak air tangan suami kali ini ialah sambal telur. Lama mummy tak makan sambal telur, walaupun menunya simple... tapi sedap! Mana boleh tak sedap,kan ! Laki sendiri masak, mummy goyang kaki je. Tak perlu ketung ketang kat dapur. Bertambah sedap,lah !




Mummy pun terkejut daddy masak pada hari itu. Selalunya hari Sabtu, daddy balik lewat. .

Mummy pula, bawa anak-anak pi event. Habis event, seperti biasa bawa anak upah makan dan belanja mainan. Dorang pun ikut mummy kerja,kan ! So, upah tu wajib bagi anak-anak.

Balik dari jalan-jalan, tengok-tengok daddy dah ada kat rumah. Tengok busy semacam kat dapur.

Rupanya, tengah memasak...



You Might Also Like

3 comments

  1. Sedapnya sambal telur rebus ni..
    Makan dgn nasi lemak pun sedap..
    Rajin sungguh en suami masakan utk suri hatinya :)

    ReplyDelete
  2. wah!seronoknya....
    nieyl suka kalau suami rajin ke dapur nie...
    sambal telur tu mcm menarik je..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -