JANGAN BAYAR ZAKAT FITRAH PADA AMIL YANG TAK BERTAULIAH

JANGAN BAYAR ZAKAT PADA AMIL YANG TAK BERTAULIAHDah masuk pun, bulan Ramadhan. Bila sampai je bulan Ramadhan ni, mengingatkan kita tentang berpuasa wajib dan juga zakat fitrah. Haaa..ni nak bagi tahu..bulan Ramadan bukan je zakat fitrah kita kena ingat, zakat harta kita pun nak kena tengok jugak tau.. Cerita bab zakat ni, kan. Macam-macam isu timbul. Terutama sekali pasal Amil (pengutip bayaran zakat). Rasanya, tetiap tahun ada je kes Amil Tak Bertauliah ni. Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP - PPZ) sekarang ini dah mengingatkan sekali lagi JANGAN BAYAR ZAKAT PADA AMIL YANG TAK BERTAULIAH






JANGAN BAYAR ZAKAT PADA AMIL YANG TAK BERTAULIAH


Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menasihatkan agar umat Islam berhati-hati dan JANGAN BAYAR ZAKAT PADA AMIL YANG TAK BERTAULIAH . Jangan mempercayai individu tertentu yang mungkin menyamar sebagai pengutip zakat bagi pihak institusi zakat atau organisasi.



JANGAN BAYAR ZAKAT FITRAH PADA AMIL YANG TAK BERTAULIAH


Sebagai makluman, pengurusan zakat adalah dibawah bidangkuasa Majlis Agama Islam negeri-negeri. Contohnya di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis Agama Islam Negeri berkuasa penuh untuk melantik amil-amil zakat fitrah dan amil zakat harta di negeri-negeri mereka. Di Wilayah Persekutuan, MAIWP telah melantik PPZ-MAIWP untuk membuat kutipan zakat harta manakala Baitulmal-MAIWP pula telah dilantik bagi membuat agihan di Wilayah Persekutuan.




APA ITU Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)  ?


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 (1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) yang diberi kuasa untuk mengutip dan mengumpulkan zakat dari orang-orang Islam atau kumulan orang-orang Islam atau syarikat-syarikat Islam YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT KEPADA 8 ASNAF YANG WAJIB DI Wilayah Persekutuan.

MAIWP dengan persetujuan Yang Di Pertuan Agong, memberi kuasa dan melantik Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) sebagai amil untuk mengutip zakat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 10 Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam (Fitrah dan Zakat) 1952 sebagaimana diubahsuai oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974. Manakala bagi agihan zakat diuruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Baitulmal.


AMIL TAK BERTAULIAH BOLEH DI SABITKAN ATAS AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH -WILAYAH PERSEKUTUAN)1997 (AKTA 559).



Sesiapa yang TIDAK dilantik oleh pihak MAIWP tidak boleh mengutip zakat di Wilayah Persekutuan dan jika melakukannya adalah SALAH di bawah SEKSYEN 33 AKTA 559 yang mana, ‘Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau diberikankuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.’


Manakala pembayar yang membayar zakat mereka kepada individu yang tidak dilantik MAIWP boleh didakwa dibawah SEKSYEN 34 AKTA 559 yang menyebut , ‘Mana-mana orang yang membayar zakat atau fitrah kepada mana-mana orang yang tidak diberikan kuasa secara sah untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.’


Mummy berharap kita semua dapat membayar zakat pada amil yang bertauliah. Tunaikan zakat di institusi yang dilantik agar duit zakat tersebut dapat memberi manfaat yang maksimum kepada asnaf. InshaAllah


Untuk maklumat lanjut tentang zakat dan amil yang tak bertauliah. Boleh hubungi PPZ- MAIWP di :-


Website : www.zakat.com.my


Talian zakat : 1 300 88 5757


































4 comments on "JANGAN BAYAR ZAKAT FITRAH PADA AMIL YANG TAK BERTAULIAH"
  1. Kena check betul2 ni kak. Ramai skrg yg menipu utk dptkan duit.siap boleh palsukan resit lagi.

    ReplyDelete
  2. Good sharing Linda, kena hati-hati kan nak bayar zakat pun..

    ReplyDelete
  3. ooo.. ada siap akta ye.. baru tau.. bagus jugak utk kuatkuasaan.. kalau tak mesti ada yg ambik kesempatan..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com