Shoplinks.Asia

ALHAMDULILLAH BABY DAIM NAUFAL DISCHARGED PROLONGED JAUNDICE

ALHAMDULILLAH BABY DAIM NAUFAL DISCHARGED PROLONGED JAUNDICE . Isnin yang mendebarkan ! Kami laki bini nak kena jumpa Paed ( Pakar Kanak-ka...

ALHAMDULILLAH BABY DAIM NAUFAL DISCHARGED PROLONGED JAUNDICE . Isnin yang mendebarkan ! Kami laki bini nak kena jumpa Paed ( Pakar Kanak-kanak - Paediatric ) untuk result prolonged jaundice Baby Daim Naufal. 2 minggu yang lalu, paed dah ambil air kencing dan darah untuk ujian prolonged jaundice. Instinct mummy kuat mengatakan yang baby Daim Naufal kena jaundice yang biasa. Sama seperti abangnya Dzal Aidi Fiqry. Tapi..risau juga lah kan. Kot-kot Allah s.w.t nak jentik kami dengan ujianNYA. Apapun, kami harus redha. Siapalah kita nak melawan takdir ?

ALHAMDULILLAH BABY DAIM NAUFAL DISCHARGED PROLONGED JAUNDICE


ALHAMDULILLAH BABY DAIM NAUFAL DISCHARGED PROLONGED JAUNDICE 



Seawal pagi, mummy dah bersiap. Jam 5.30 pagi dah mula mengepam susu. Untuk bawa bekal. Senang kat hospital nanti, tak payah nak selak sini sana hehe. Baby Daim Naufal boleh tahan kuat nyusu. Sebotol memang tak cukup. So, sebotol tu untuk waktu dalam masa menunggu jumpa paed je. Dalam kete, kita sumbat je susu cap gantung :)


Jam 6 pagi, mummy mandi dan siap. Selesai mummy bersiap. Barulah turn baby Daim Naufal siap. Daddy, as usual mummy tak kacau kejut awal. Sebab dia nak kerja lepas kami balik hospital. Kasi daddy rehat dulu. Mummy dan baby nanti leh qada tidur lepas jumpa doktor hehehe.


Baby Daim Naufal dah siap mandi..mummy susukan seperti biasa. Baby Daim Naufal akan sambung ZzZz selepas mandi. Mummy pun, boleh sarapan dengan bahagia.

Jam 7 pagi macam tu, terus keluar rumah. Singgah opis daddy dulu untuk beberapa urusan.

Selesai urusan daddy, kami meneruskan perjalanan ke hospital. Isnin hari yang paling jem kat Shah Alam. Tak tahu lah apa yang jem. Sebab polis trafik jaga trafic light atau ramai yang bawa kereta.

Kami sampai hospital dekat jam 9 pagi. Appointment dengan paed 10 pagi. Kira ngam jugak kami sampai. Alhamdulillah. 


Sampai bahagian pakar. Daim Naufal di check dulu untuk tekanan darah, panjangnya dan berat. Alhamdulillah berat naik lagi 300gram dari bacaan timbang hari Jumaat.

Selesai semua..tunggu turn.

Turn Baby Daim Naufal di panggil dalam jam 11 lebih pagi. Doktor mengesahkan prolonged jaundice Baby Daim Naufal ialah jaundice biasa. Sebabnya ialah breast milk. Ada enzim susu ...yang hatinya lambat proses. Baby sekecil Daim Naufal hatinya belum 100% matang. So, jaundice baby Daim Naufal tak bahaya.

Walaupun tak bahaya. Mummy still kena jaga makan. Sebab hati baby belum 100% perfect. 

Doktor terus discharged check up jaundice. Kiranya, lepas ni...tak ada dah appointment untuk jaundice. Lega kami suami isteri !

Penat ooo..dalam pantang ulang alik klinik dan hospital. Sampai czer mummy pun tak terjaga.

Huhu..tak pe bab mummy tu. Yang penting anak sihat. Czer mummy pandai-pandai lah mummy nanti.

Erm...kes czer pun satu hal. Ada juga problem buat kali kedua. Nanti mummy story mory di entri yang lain ye.

You Might Also Like

6 comments

  1. Alhamdulillah. Sian kat mommy. miza pernah alamai time qilah dulu tiap2 minggu kena check up ke hospital serdang tak macam orang pantang dah. Take k mommy

    ReplyDelete
  2. bam bam eh baby daim naufal. Moga sihat dan jadi anak yang baik...in sha Allah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulliah, tak ada apa-apa ya.. tapi Linda pun kena jaga diri juga tau..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...semuanya dah selesai...=) geram betul tengok baby ni....hihi...comellll

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, bila baby jaundice mmg semua risau...harap baby Daim makin sihat...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -