Shoplinks.Asia

KidZania SportZ 2017 - Pengalaman Anak di KidZania Sebagai Atlet Sempena Sukan SEA ke 29

KidZania SportZ 2017, Pengalaman Anak di KidZania Sebagai Atlet Sempena Sukan SEA ke 29 . Baru-baru ini, mummy berkesempatan bersama-sama...

KidZania SportZ 2017, Pengalaman Anak di KidZania Sebagai Atlet Sempena Sukan SEA ke 29 . Baru-baru ini, mummy berkesempatan bersama-sama dalam pelancaran KidZania SportZ 2017 yang bertempat di KidZania Kuala Lumpur. Bersempena dengan Sukan SEA ke-29, KidZania Kuala Lumpur akan menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan selama sebulan bermula daripada 15 Ogos hingga 15 September 2017





KidZania SportZ 2017 - Pengalaman Anak di KidZania Sebagai Atlet Sempena Sukan SEA ke 29


Menerusi KidZania SportZ 2017 (KidZania SportZ program), pelbagai acara akan diadakan pada setiap hari untuk memberi peluang kepada kanak-kanak merasai sendiri pengalaman sebagai atlet dan mendidik mereka tentang pentingnya nilai-nilai disiplin, kerjasama, dan cara gaya hidup aktif. 



Mummy tetiba pulak yang tak sabar nak bawa Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry ke KidZania. Dulu dorang pergi masa kecil lagi. Tak banyak tempat yang boleh mereka terokai. Kali ini, banyak tempat dalam KidZania yang Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry boleh terokai.  Tambahan pula, ada KidZania SportZ 2017. Jom Bersukan Bersama KidZania Kuala Lumpur! 

DISKAUN 20% DI KIDZANIA KUALA LUMPUR



Bagi yang nak diskaun untuk masuk ke KidZania Kuala Lumpur. Mummy cadangkan bawalah anak-anak kecil pada waktu ini. Sebab, sepanjang promosi ini KidZania menawarkan diskaun 20% (beli secara online) . 20% ini banyak juga tau ! Kalau umur macam Dhia Batrisya tu harga walk in ialah RM85. Kalau beli online dan diskaun 20%, harga tiket Dhia jatuh pada harga RM76.50. Jimat banyak,kan?

Alami semangat kesukanan dan gaya hidup aktif dan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik selama sebulan di KidZania SportZ 2017 


Bukan itu saja, sepanjang sebulan program ini berlangsung, kanak-kanak berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik di KidZania Kuala Lumpur dan secara atas talian. Antaranya, mereka boleh mengambil bahagian dalam KidZania SportZ Challenge dan berpeluang memenangi sesi penuh tajaan AirAsia di Akademi Badminton AirAsia. Pemenang bertuah akan berlatih bersama pemain badminton kebangsaan, Liew Daren. 

KidZania SportZ 2017 - Pengalaman Anak di KidZania Sebagai Atlet Sempena Sukan SEA ke 29

Dirasmikan oleh En Mohd Azhari bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, KidZania SportZ diadakan dengan harapan agar lebih ramai kanak-kanak dan golongan remaja bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan menggalakkan aktiviti sihat pada waktu lapang. 


Aktiviti utama KidZania SportZ termasuklah Obstacles Challenge dan sesi CrossFit yang direka khas untuk menguji keseimbangan, kekuatan dan stamina kanak-kanak. Fitness Dance pula akan memperkenalkan rutin Zumba yang menyeronokkan kepada kanak-kanak untuk memperbaiki koordinasi dan meningkatkan keyakinan diri. Mereka pasti seronok apabila dapat melompat dan menari mengikut irama dan rentak yang rancak. Selain itu, kanak-kanak juga boleh menyertai aktivti-aktiviti yang dapat mengasah kemahiran mereka seperti memanah, golf mini, dan bola sepak. 

KidZania SportZ 2017 - Pengalaman Anak di KidZania Sebagai Atlet Sempena Sukan SEA ke 29

“Kami berharap KidZania SportZ dapat mengajar kanak-kanak erti persaingan sihat dan semangat kesukanan. Sukan memerlukan disiplin, kesungguhan dan kerjasama yang tinggi. Sudah tentu, pengalaman pembelajaran dan tabiat yang sihat ini akan kekal sehingga mereka dewasa kelak, seiring dengan moto kami iaitu Learn Life Today,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur. 

“Tambahan pula, dalam kehidupan masa kini yang mempunyai pelbagai kemudahan tersedia menjadikan kita sentiasa “melekat” dengan alat peranti dan menyebabkan kita menjadi malas untuk kekal sihat dan aktif, jadi aktiviti senaman perlulah diberi kelainan untuk menarik minat kanak-kanak, dan juga orang dewasa. Ini kerana, aktiviti sukan turut boleh merapatkan lagi hubungan seisi keluarga,” tambahnya lagi. 


Sejak 2012, Akademi Badminton AirAsia telah melatih lebih daripada 250 pemain, termasuklah Ari Latiff, pemenang pingat perak Sukan SEA untuk acara Perseorangan Badminton. “Kami teruja untuk mengambil bahagian dalam KidZania SportZ Challenge ini. Pemenang akan mendapat peluang sekali-dalam-seumur-hidup untuk berlatih di Akademi Badminton AirAsia, ia merupakan satu inisiatif berterusan buat kami untuk mempromosikan sukan ini yang sangat dicintai oleh seluruh rakyat Malaysia, dan juga bagi memberi inspirasi kepada generasi muda untuk melibatkan diri di dalam aktiviti sukan,” kata Spencer Lee, Ketua Bahagian Komersil AirAsia Berhad. 


KidZania SportZ turut menampilkan pakar-pakar industri dan peralatan sukan yang diperlukan untuk aktiviti yang diadakan. Golongan profesional akan turut turun padang dan berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada para kanak-kanak menerusi siri KidZania SportZ Talk yang akan diadakan pada hujung minggu. 

KidZania SportZ 2017 - Pengalaman Anak di KidZania Sebagai Atlet Sempena Sukan SEA ke 29

Antara penceramah yang akan mengambil bahagian adalah pengembara terkenal, Ravichandran Tharumalingam, atau lebih dikenali sebagai Ravi ‘Everest’; bekas pemain skuasy kebangsaan, Sharon Wee; pemegang pingat emas Sukan SEA acara renang, Jeffrey Ong; bekas atlet Kebangsaan dan juga bekas atlet Olimpik, Yang Berbahagia Tan Sri Dr Mani Jegathesan, yang dahulunya digelar lelaki terpantas di Asia; perenang kebangsaan dan atlet Olimpik, Khoo Cai Lin; dan jurulatih serta Kapten Skuad Bola Sepak Cacat Penglihatan Malaysia, Sunny Salesh dan Mohd Amirul Arif. 


Bukan itu saja, KidZania Kuala Lumpur akan turut memberikan tiket masuk percuma dan cenderamata menarik kepada lima pemenang KidZania SportZ Facebook Contest. Pemenang boleh menggunakan tiket masuk tersebut sepanjang program berlangsung untuk menyertai aktiviti dan ceramah yang diadakan. Untuk menang, mereka hanya perlu menghantar video yang menunjukkan skil sukan terbaik mereka! 


KidZania SportZ disokong oleh AirAsia, Decathlon, CrossFit Pahlawan, Gleneagles Kuala Lumpur, Spartan Race, F&N Beverages, Telekom Malaysia dan Spritzer. 


Untuk maklumat lanjut berkenaan KidZania SportZ dan pertandingan yang dianjurkan, layari www.kidzania.com.my/happenings/activities-and-events/kidzania-sportz-2017/.








You Might Also Like

5 comments

  1. Bestnya kak. Nanti nk bw syafi ke kidzania juga lah.

    ReplyDelete
  2. Bagus program ni...mengajar anak- anak cintakan sukan dari waktu kecil

    ReplyDelete
  3. Wahhhbestnya....mesti banyak aktiviti kan =)

    ReplyDelete
  4. Banyak aktiviti..seronok budak2 kalau bawak ke sini

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -