Shoplinks.Asia

DHIA BATRISYA GUNTING RAMBUT !

Ni, kali kedua kami bawa Dhia  Batrisya gunting rambut di Saloon . Kebetulan, daddy nak gunting rambut. Alang-alang, trim terus rambut Dhi...

Ni, kali kedua kami bawa Dhia  Batrisya gunting rambut di Saloon. Kebetulan, daddy nak gunting rambut. Alang-alang, trim terus rambut Dhia. Dhia Batrisya memang seorang yang penakut nak gunting rambut. Mummy rasa , Dhia takut bila nampak gunting depan mata. Dan, dengar bunyi gunting tu. 

DHIA BATRISYA GUNTING RAMBUT !

DHIA BATRISYA GUNTING RAMBUT !


Kali pertama Dhia gunting rambut di Saloon lain. Bila nak bawa ke Saloon tersebut, Dhia macam tak suka Saloon tu. Mungkin, tukang gunting rambut tu tak bisa menambat hati Dhia. Huhuhu. Biasalah budak ni, kan ! Nak kena amek hati sedikit.


DHIA BATRISYA GUNTING RAMBUT !

"Mari adik, potong rambut di sini, kalau tak. Tak boleh balik. Lepas gunting nanti, aunty kasi u gula-gula" ujar amoi kedai gunting sambil dukong Dhia dan letakkan Dhia atas kerusi.

Uittt...berderau mummy, bila amoi tu dukong.  Takut kalau Dhia menangis.

Rupanya, Dhia okayy sangat. Duduk diam ketika rambut kena potong. Bukan lah potong banyak pun. Trim bahagian depan dan belakang je.

Total damages daddy kena bayar guntung rambut daddy dan Dhia RM50. Gulpppppp..


You Might Also Like

2 comments

  1. mahal jugak kena bayar RM50.

    ReplyDelete
  2. Syafi setiap kali sebut nk potong rambut dia punya tak nak mcm hape je. Setahun 2x je dpt potong. Masa potong pun xreti duk diam sebab takut.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -