SPA DI RUMAH DENGAN TROPIKA MOMMY SPA

SPA DI RUMAH DENGAN TROPIKA MOMMY SPA . Abes pantang ni, mummy merajinkan diri untuk ber SPA di rumah dengan TROPIKA MOMMY SPA .  TROPIKA...

SPA DI RUMAH DENGAN TROPIKA MOMMY SPA . Abes pantang ni, mummy merajinkan diri untuk ber SPA di rumah dengan TROPIKA MOMMY SPATROPIKA MOMMY SPA ini antara produk baru keluaran TROPIKA. Sebelum ini, TROPIKA ada mengeluarkan produk barangan bayi.

Apa yang mummy suka dengan TROPIKA MOMMY SPA ni, sebab ianya di adun dengan minyak kelapa dara (virgin coconut oils). Terdapat 3 jenis TROPIKA MOMMY SPA yang mummy gunakan untuk bermanjakan diri. Antara 3 produk TROPIKA itu ialah Aromatherapy Massage Cream, Belly Cream, dan Post Natal Massage Oil.


SPA DI RUMAH DENGAN TROPIKA MOMMY SPA


TROPIKA MOMMY SPA AROMATHERAPY MASSAGE CREAM


SPA DI RUMAH DENGAN TROPIKA MOMMY SPA

TROPIKA MOMMY SPA AROMATHERAPY MASSAGE CREAM ini di perbuat daripada minyak kelapa dara dan herba. Mummy gunakan selepas mandi selepas bersalin tempoh hari. Mummy buat sapu je krim ini, pada dua telapak kaki sebelum pakai sarung kaki dan dijadikan sebagai pilis juga.


TROPIKA MOMMY SPA AROMATHERAPY MASSAGE CREAM sesuai juga digunakan sebagai urutan semasa hamil dan selepas bersalin.

Kalau ibu hamil ada simptom morning sickness pun boleh guna TROPIKA MOMMY SPA AROMATHERAPY MASSAGE CREAM. Sebab ianya dapat membantu mengatasi loya, pening, kejang kaki, lenguh otot dan sakit pinggang.


Dalam beberapa minit pakai TROPIKA MOMMY SPA AROMATHERAPY MASSAGE CREAM, mummy ada rasa dingin dan sedikit panas. Memang bagus untuk hangatkan badan ketika dalam pantang ni !


TROPIKA MOMMY SPA BELLY CREAM

SPA DI RUMAH DENGAN TROPIKA MOMMY SPA

Dah anak 3 ni, kan. Perut mummy memang bersepah dengan stretch marks. Huhu. Malu oi kat husband ! Jadi untuk mengurangkan dan menghilangkan  stretch marks. Mummy gunakan TROPIKA MOMMY SPA BELLY CREAM.

Memang nampak berkurang stretch marks mummy. Nak tengok gambar  mummy sebelum dan selepas pakai TROPIKA MOMMY SPA BELLY CREAM. Eh..bahaya tu, husband je la boleh tengok ! 


SPA DI RUMAH DENGAN TROPIKA MOMMY SPA



Kenapa mummy memilih TROPIKA MOMMY SPA BELLY CREAM? Sebab TROPIKA MOMMY SPA BELLY CREAM diperbuat daripada minyak kelapa dara dan tea tree oil. Bahan utama ini, dapat membantu menghilangkan stretch mark semasa hamil dan selepas bersalin.

Semasa hamil, TROPIKA MOMMY SPA BELLY CREAM boleh mengatasi masalah gatal kulit. Sesuai dipakai pada trimester kedua (untuk ibu mengandung).

Cara pakai TROPIKA MOMMY SPA BELLY CREAM, mudah je. Mummy sapu 2x sehari selepas mandi

TROPIKA MOMMY SPA POST NATAL MASSAGE OIL


SPA DI RUMAH DENGAN TROPIKA MOMMY SPA


TROPIKA Mommy Spa Post Natal Massage Oil ini merupakan minyak urut yang paling mummy suka. Sebab ianya diadun daripada minyak kelapa dara bersama Habbatus Sauda, halia, minyak Tea Tree dan minyak kayu putih khusus untuk membantu memulihkan tenaga dan kesegaran ibu dalam pantang.

Bila pakai TROPIKA Mommy Spa Post Natal Massage Oil ini badan rasa ringan dan angin mudah keluar dari badan. Almaklumlah kan, orang dalam pantang ini badannya banyak angin.

Selain, berkesan untuk mengatasi masalah angin dalam badan. TROPIKA Mommy Spa Post Natal Massage Oil ini, boleh melancarkan peredaran darah serta membantu melawaskan pengeluaran darah nifas selepas bersalin.


Angin yang tak keluar habis dan darah nifas yang tak habis keluar dari badan ibu berpantang boleh mengakibatkan meroyan tau !



Nak cerita pasal meroyan ini panjang, apa yang mummy tahu meroyan ini bahaya. Silap hari bulan, boleh bunuh anak sendiri. Allahuakbar. Minta di jauhkan !


Jenis meroyan ada banyak, antaranya :-

Gila Meroyan darah bantal tidak keluar dengan sempurna, bahagian sulit akan berbau busuk. 

Darah busuk itu akan menjadi punca sakit kepala, kemurungan dan seterusnya membawa kepada sakit angin meroyan, angin kotor dari rahim atau disebut juga sebagai mother's blues. 

Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenal pasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu. 

Meroyan Api ibu akan menjadi bengis, garang, cepat marah sehingga boleh sampai ke tahap menjerit-jerit dan lupa. 

Meroyan Kentung (Kertung) Ibu akan menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh sehingga apabila berlarutan tidak dapat membezakan antara anak dengan bantal. 

Meroyan UratIbu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot atau disebut oleh masyarakat di utara Semenanjung sebagai "kediang badan". 

Meroyan Lendir  - Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar dan keguguran rambut serta badan menjadi susut. 

Meroyan Tinggal Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang untuk lari dari rumah. Ibu yang mengalami masalah ini mungkin tidak mahukan bayinya sendiri. D

ia sering tertawa, mengilai seperti dirasuk atau dalam kes yang teruk tidak mengenali suaminya sendiri. 

Meroyan BuluIbu sentiasa berasa seram sejuk, bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeletar kesejukan sehingga menyebabkan kancing gigi. 

Adakalanya mereka akan kelihatan seperti terkena sampuk. 

Meroyan Kulit Ibu berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kelakuan kera. Akibat sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami penyakit kulit. 

(sumber meroyan dari SINI )

Bahan-bahan terpilih dari TROPIKA Mommy Spa iniinsyaAllah dapat membantu pengurangan stress dan masalah meroyan.


Kandungan Mommy Spa Post Natal Massage Oil

TROPIKA Mommy Spa Post Natal Massage Oil ini mengandungi :-

  • Aqua (water)
  • Cocos nucifera (Coconut) Fruit Oil
  • Zingiber officinale (Ginger) Rhizome Oil
  • Eucalyptus Globulus Leaf Oil
  • Nigella sativa (Blackseed) oil
  • Citronella Oil
  • Menthol.

Cara Penggunaan Mommy Spa Post Natal Massage Oil :-

1. Sapukan pada bahagian tubuh yang dikehendaki.

2. Urut bahagian tersebut secara perlahan-lahan.
.
Fuh ! Memang tak perlu keluar ber SPA dah ! Mummy boleh SPA DI RUMAH DENGAN TROPIKA MOMMY SPA je !

Untuk info lanjut tentang  TROPIKA MOMMY SPA. Boleh layari :




TROPICA BEAUTY SDN BHD
No 52, 53 & 54, Jalan Indah 10E,
Taman Perindustrian Selayang Indah,
68100 Batu Caves,
Selangor.
FB: Tropika HQ
Hotline: 1-800-88-1112 / 017-3571591

You Might Also Like

12 comments

  1. Wah bestnya boleh berapa Di rumah saja kalau mcm ni

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya Linda, senang boleh berspa kat rumah kan..

    ReplyDelete
  3. Cantik packaging nya...
    Fuhhh byk betul jenis meroyan nya ya

    ReplyDelete
  4. Yang post natal tu sesuai untuk ibu bersalin kan...huu thanks sharing. Nak carik

    ReplyDelete
  5. Best boleh berspa di rumah saja.
    Bahaya juga meroyan ni. Lepas bersalin biasanya akan cuba jaga diri sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  6. Senang dah sekarang ni ye kak. Dari nak cure morning sikckness sampai hlgkan stretch mark semua boleh dgn produk ni 😍

    ReplyDelete
  7. sekarang ni makin mudah dah macam2 produk mudah didapati lagi2 nak berspa.. buat kat rumah je.. hehe

    ReplyDelete
  8. Dah mudah nak berspa dirumah sekarang kan. Bagusnya krim dia boleh hilangkan stretch mark kat perut. Mesti suami lebih sayang kan.

    ReplyDelete
  9. Bestnya spa kat rumah.boleh buat sendiri kan.😍

    ReplyDelete
  10. Rasanya macam pernah pakai produk jenama tropika sebelum nie...

    ReplyDelete
  11. Bagus produk Tropika ni sebab bukan sahaja untuk wanita tapi ada juga produk untuk kanak-kanak. Baru tahu meroyan ada banyak jenis.

    ReplyDelete
  12. Produk ni macam best. Nanti nak cuba kat kedai jamu. Hehehe. Ruby rindu bau masa berpantang tu. Bau bertungku. Hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -