BLOGGER ADDA MAMAPIPIE DAN AZLINDA ALIN

BLOGGER ADDA MAMAPIPIE DAN AZLINDA ALIN - Siapa blogger Adda Mampipie ?  Kalau korang nak tahu, beliau baru je balik bercuti dari Melaka. Best,kan cuti sekolah yang panjang dan juga cuti umum bagi Negeri Selangor pada hari ini. Sabtu, Ahad dan Isnin !  Selamat bercuti warga Selangor ! Daulat Tuanku Sultan Selangor ! Mummy sendiri pun naik seronok cuti lelama cenggini hehe. Tapi, tak pi mana pun cuti 3 hari ini.  Baru lepas balik dari Bali, Indonesia. Minggu ni, masa untuk merehatkan diri dan rehatkan beg duit sekali.  Hahaha. Korang yang tengah baca entri mummy ni, pi bercuti mana tuuu? Jangan lupa ole-ole untuk mummy, ye ! Hehehe


BLOGGER ADDA MAMAPIPIE DAN AZLINDA ALIN



Sebelum mummy cerita lebih lanjut tentang empunya blog yang di beri nama MAMAPIPIE ni. Mesti korang tertanya-tanya, kan. Macamana mummy rapat dengan beliau? Okay sejujurnya, mummy rapat di sebabkan blog walking. MAMAPIPIE ni rajin drop komen kat entri blog mummy. 




Kemudian, mummy join Giveaway MAMAPIPIE. MAMAPIPIE ada menegur mummy bahawa mummy tak ikut syarat GIVEAWAY beliau iaitu  tak masukkan blog beliau di blog list mummy. (Sekarang dh masukkan, tau ! Hehehe)

Haaa..sebenarnya, mummy ni update blog guna handphone. Bila pakai handphone ini, tau lah setting bloglist tu susah sket. Tak boleh nak drag ke tepi.

Macam-macam hal mummy ni, kan? Sebenarnya..mummy masuk Giveaway kawan-kawan bukan sebab nak menang sangat pun. Mummy lebih suka support kawan-kawan blogger.

Kalau kena timing mummy free, insyallah mummy join Giveaway kawan-kawan. Selain support Giveaway, kita promote sekali blog kawan-kawan. 

Mummy memanggil MAMAPIPIE ni, dengan panggilan Kak Adda. Kak Adda ni, beza umurnya beberapa tahun dari mummy. 

Berkahwin pada tahun 2007


Lama juga Kak Adda dalam dunia blogging. Dah dekat 10 tahun ! Super senior dah ni ! Kak Adda menulis blog MAMAPIPIE dari 2008. Lama,kan ! 

Tahun yang sama dengan mummy berjinak-jinak dalam blog. Blog cupcakes mummy : www.budget-cupcakes.blogspot.my . Ya Allah rindu pulak dengan blog ni ha. Tunggu ye..tunggu anak-anak beso sket. Mummy aktifkan kamu balik hehehe. 


Kak Adda mula menulis blog ber niche kan parenting dan lifestyle. Bermula dari kisah pregnant, kisah detik kelahiran putera tersayang pada tahun 2008 hinggalah kini yang macam-macam ada di blog beliau. Terjah lah blog MAMAPIPIE kalau nak tahu lagi ;) 

Sama gaklah dengan mummy ni ha..aktif menulis blog personal sejak anak pertama lahir. Cinta beralih arah ko ! Sian blog cupcakes tu...terus di ketepikan. 

Kak Adda ni rajin menulis...kat mana-mana pun boleh menulis blog. Dalam kereta pun, boleh siap 1 entri. SuperMAK ! 

Padahal Kak Adda ni, blogger separuh masa. Ada kerja tetap juga. Biasalah, kan..kalau dah minat berblog. Tak ada banyak alasan. Tak menulis dalam blog rasa macam tak lengkap hidup. Hehe

Mummy dan Kak Adda ni nak ikutkan boleh je jumpa bebila masa. Sebab kami berdua kerja di Shah Alam je.

Tapi..belum ada rezeki bertentang mata depan-depan. Masih berjumpa di dalam alam maya je !

Kalau jumpa Kak Adda depan-depan, mesti best...sebab kak Adda ni bukan sama passion berblog je dengan mummy. Tapi, kerja hakiki kak Adda dalam ISO tu pun, skop kerja mummy juga. Best tu..kalau dapat borak dan tukar pendapat pasal ISO syarikat. Hehehe.

Korang kalau nak kenal lebih mendalam siapa Kak Adda ni..korang jangan lupa follow blog dan SocMed super senior Kak Adda tau !


6 comments on "BLOGGER ADDA MAMAPIPIE DAN AZLINDA ALIN"
  1. Kak Adda rajin tglkan komen kt blog Mimi

    ReplyDelete
  2. Tq Linda.. satu hari nanti pasti Kita Akan berjumpa juga Kan. Pusing2 Shah alam pasti bertembung jua. Kalau baca blog akak masa awal2 berblog dulu mesti kelakar Kan. Akak baca pun macam katun aje Gaya penulisan akak. Nak terjah Jap lah blog cupcake linda. Baru tau ni. Semoga ukhuwah Kita berkekalan

    ReplyDelete
  3. Seronok kenal Adda nie kan, harap satu hari boleh jumpa dedepan. Lepak ramai-ramai sambil makan Laksa Batu Kurau.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. Ana kenal kak adda sejak BW ke blog dia. Kebetulan nama anak kitorang sama tu yg terus melekat bw sampai skrg.

    ReplyDelete
  5. adda memang blogger tegar yg sangat rajin.. tak mampu lagi nak tiru kerajinan dia setakat ni..

    ReplyDelete
  6. Blom pernah jumpa lagi blogger mamapipie...harap boleh jumpa nanti

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com