Lazada Online Revolution Blogger Contest

Lazada Online Revolution Blogger Contest - Kalau LAZADA Malaysia buat blogger contest. Pastinya, mummy tak akan lepaskan peluang ! Rugi sangat rasanya kalau lepaskan begitu sahaja peluang untuk Lazada Online Revolution Blogger Contest. Kalah menang tu, adat pertandinganlah, kan! Yang pastinya, kita jangan mengalah sebelum bertanding ! Ewaahhh...

Lazada Online Revolution Blogger Contest



Korang yang sedang baca ni, dah join ke Lazada Online Revolution Blogger Contest? Cepat join, masih ada masa ni ! Lazada Blogger Contest ini bermula dari 1 November 2017 sehingga 14 December 2017 . 

Manakala LAZADA Online Revolution bermula 11 November 2017 sehingga 14 December 2017 . Di mana kali ini, LAZADA MALAYSIA berikan pelbagai diskaun hebat dan tawaran yang menarik.

Mummy paling suka LAZADA Flash Sales yang diadakan setiap 2 jam. Yang ni, kena cepat-cepat tengok sebab barangannya cepat habis !

HARI INI GENAP 2 TAHUN SETIA BERSHOPPING DENGAN LAZADA


Cerita bab LAZADA Malaysia ini, pertama kali mummy shopping di LAZADA Malaysia pada 14 Disember 2015. Genap 2 tahun harini rupanya mummy bersama LAZADA MALAYSIA.




Nah ! Mummy siap buka balik history order ! Oleh kerana LAZADA MALYSIA pilihan di hati, mummy terus borong 7 Photobook Malaysia 6' x 6' Mini Square Softcover Photobook 40 pages. Hasil Photobook pertama boleh tengok di SINI

PRODUK APA YANG MUMMY SUKA BELI ONLINE?


Sebenarnya mummy suka beli barangan anak-anak, semasa dalam pantang tempoh hari. Mummy beli storage breastfeeding bottle, plastic breastfeeding storage, diapers,  baby rompers, baby swaddle dan banyak lagi. Majoriti barang anak-anak yang mummy beli online. Sebab, kalau ke shopping mal dengan dorang. Asyik terlupa je beli barangan anak-anak.

Tahu-tahu je lah, kids department selalunya ada permainan dan juga taman permainan. Bawa dorang semua tu, main. Terus tak boleh nak shopping dah ! Kadang-kadang, sampai lupa apa yang nak di belikannya ! Hahaha. Balik rumah kita kasi klik..klik beli online je lah jawabnya !

KENAPA MEMILIH BELIAN ONLINE LAZADA?


Mummy suka beli Online di LAZADA Malaysia? Okay sejujurnya mummy suka beli online di LAZADA MAlaysia sebab :-

  • Banyak harga barangannya lebih murah dari pasaran
  • Tak perlu keluar rumah. Jimat masa
  • Tak perlu bawa kereta untuk bersesak ke Shopping Mall. Jimat petrol ! Petrol pun mahal dah sekarang ni
  • Boleh bayar online menggunakan kad debit atau kredit 
  • Penghantaran juga amat cepat !
  • Jika tak puas hati dengan barang yang di beli, LAZADA boleh pulangkan balik wang kita ! Ha...best,kan?

Nak Beli Apa Sempena Lazada Online Revolution ?


Kalau cerita bab apa nak beli di LAZADA semasa LAZADA ONLINE REVOLUTION. Banyak wishlist mummy sebenarnya.  Antaranya :-

1. Mirrorless Camera

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Sony Alpha a5100 Mirrorless Harga asal RM2,500. Tapi masa LAZADA ONLINE REVOLUTION ni boleh dapat pada harga RM1,599 je !

2. Drypers Drypantz Pororo


Drypers Drypantz Pororo limited edition ni pun menarik sangat ! Kalu budak-budak kat rumah tu tau. Melonjaklah suka dapat pempes Limited Edition ni !Harga untuk 3 beg hanya RM82 je ! satu beg jatuh pada harga RM27.33.

3. Sofa


Lazada Online Revolution Blogger Contest


Oleh kerana sofa kat rumah tu dah agak nazak. Mummy terasa nak beli sofa baru yang macam ni. Murah pun murah, baru RM300 lebih je.

Ha..korang dah pi cuci mata kat LAZADA ke? Shopping apa lak, tu? Share sket !


HADIAH MENARIK UNTUK LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST !


Korang yang ada blog tu pula, jemputlah tau join Lazada Online Revolution Blogger Contest ! Hari ini hari terakhir tau untuk Lazada Online Revolution Blogger Contest ! Mummy saje je join hari ini untuk Lazada Online Revolution Blogger Contest sebab nak sama dengan tarikh first time beli di LAZADA katanya hehehe. 14 Disember 2015 - 14 Disember 2017 ! 2 tahun bersama LAZADA dah aummms ! 

Korang nak tahu apa hadiah yang menarik untuk Lazada Online Revolution Blogger Contest. Hadiahnya adalah seperti berikut :- 

Kurang dari 200 Peserta (RM3,150 untuk 25 pemenang):

Tempat pertama : 1 x RM300
Tempat kedua : 9 x RM150
Tempat ketiga : 15 x RM100

Lebih dari 200 Peserta (RM6,150 untuk 50 pemenang):

Tempat pertama : 1 x RM500
Tempat kedua : 15 x RM150

Tempat ketiga : 34 x RM100


Lebih dari 350 Peserta (RM10,400 untuk 80 pemenang):

Tempat pertama : 1x RM750
Tempat kedua : 35 x RM150

Tempat ketiga : 44 x RM100


Lebih dari 500 Peserta (RM14,500 untuk 111 pemenang)

Tempat pertama : 1 x RM1,000
Tempat kedua : 50 x RM150

Tempat ketiga : 60 x RM100


Untuk keterangan lanjut tentang Lazada Online Revolution Blogger Contest klik di : https://www.lazada.com.my/blogger-contest/
11 comments on "Lazada Online Revolution Blogger Contest"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com