Daftar Kemasukan Darjah Satu Bagi Tahun 2020, Anak Lahir Pada Tahun 2013

Daftar Kemasukan Darjah Satu Bagi Tahun 2020, Anak Lahir Pada Tahun 2013 - Pejam celik, pejam celik... rupanya mummy dah nak kena daftar D...

Daftar Kemasukan Darjah Satu Bagi Tahun 2020, Anak Lahir Pada Tahun 2013 - Pejam celik, pejam celik... rupanya mummy dah nak kena daftar Dhia Batrisya untuk kemasukan darjah 1 untuk tahun 2020 secara online. Korang kalau ada anak atau kenalan yang lahir pada tahun 2013 di Semananjung Malaysia. Mohon sebarakan berita ini, ye ! Bagi Sabah dan Sarawak, mereka masih boleh daftar darjah 1 secara manual di sekolah berdekatan. 

Daftar Kemasukan Darjah Satu Bagi Tahun 2020, Anak Lahir Pada Tahun 2013. Secara rasminya, boleh tengok di  SINI pada 1 Mac 2018. Bagi anak yang lahir pada 2012 . Kalau terlepas pandang hal ini, mungkin boleh cuba daftar sekali pada tahun ni 2018. 

Daftar Kemasukan Darjah Satu Bagi Tahun 2020, Anak Lahir Pada Tahun 2013


Daftar Kemasukan Darjah Satu Bagi Tahun 2020, Anak Lahir Pada Tahun 2013.


Bagaimana nak buat permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020? Macamana caranya? Okay..di sini mummy sertakan sedikit informasi dan maklumat  permohonan kemasukan Tahun 1 ambilan 2019/ 2020 :-

1. Permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 adalah melalui online Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, seperti yang mummy terangkan di atas tadi. Permohonan adalah secara manual melalui sekolah.

2. Permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 adalah melalui online Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018

3. Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 melalui online Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM

3. Permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 adalah melalui online Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM boleh di akses melalui sesawang : https://public.moe.gov.my/ 

4. Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna untuk pendaftaran.

5. Jangan  silap daftar ye ! Kemasukan Tahun 2019 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.

6. Kemasukan Tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.


4 CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN SATU SECARA ONLINE


Jika permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 melalui online Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM boleh di akses . Next step, apa yang perlu di lakukan? Untuk langkah seterusnya..:-

1. Log in. 
Masukkan kata nama dan laluan.

2. Isi Borang Online. 
Borang ini, borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Cetak Borang
Selesai isi borang online dengan lengkap. Terus buat percetakan borang tersebut. Borang itu, wajib di cetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.

4. Pergi ke Sekolah Yang di Pohon
Borang yang telah di cetak tadi, ibu bapa WAJIB hadir ke sekolah yang dipohon. Bukan boleh datang bebila masa tau ! Ibu bapa kena datang ke sekolah tersebut pada waktu yang di tetapkan untuk membuat pengesahan.

6 DOKUMEN WAJIB BAWA UNTUK PENDAFTARAN TAHUN 1 2020 :-


Sebelum ke sekolah. Ibu bapa WAJIB bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan:

1) Cetakan borang permohonan online
2) Sijil lahir ANAK / anak angkat
3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti)
4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
5) Surat nikah / surat cerai
6) Kad OKU / Imunisasi - rekod buku inject / cucuk anak dari lahir sampai 2 tahun (jika berkaitan)

Selepas semua langkah di atas selesai. Ibu bapa boleh buat semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu sekitar bulan Julai/Ogos 2018 (tertakluk pada Kementerian Pelajaran . Sila semak website mereka dari semasa ke semasa)

Jika pendaftaran Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 melalui online Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM berjaya , sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.

Jika tidak berjaya, ibubapa boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Oleh kerana lagi 2 bulan je tarikh permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 melalui online Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM.  Entri ini, mummy buat awal-awal. Untuk peringatan mummy dan kawan-kawan yang memebaca.

Jom mark calendar sekarang ! 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pendaftaran ini, ibu bapa boleh berhubung dengan pihak Kementerian atau sekolah.

Semoga berjaya semua !


You Might Also Like

8 comments

  1. good info for parent yg ada anak lahir 2013

    ReplyDelete
  2. Senang sekarang kan boleh daftar secara online.. good sharing Linda

    ReplyDelete
  3. Mudah bila online ni. Cuma kena alert dengan tarikh tarikh tu aje :)

    ReplyDelete
  4. wah dah ada online..mudah lagi lah urusan :)

    ReplyDelete
  5. Sekarang nih nak daftar anak drjah 1 memang senang dh. Online je

    ReplyDelete
  6. wah tahun 2020. sekejap ja masa berlalu. sekarang banyak benda kena buat online. kita tak boleh leka sbb takut terlepas tarikh.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -