Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina  - Sempena perayaan Tahun Baharu Cina aka...

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina - Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. 




“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita. 

Kategori Carian Tertinggi Di Shopee Menggunakan Kata Kunci 




1 Pakaian Wanita 
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam

2 Mobil & Gajet 
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi

3 Permainan, Kanak-kanak & Bayi 
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee 

4 Kasut Wanita 
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal 

5 Beg Wanita 
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas

Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini di Shopee:-


Kategori Produk Paling Popular Terjual di Shopee 




1 Kasut Wanita 
Kasut Terbuka


2 Permainan, Kanak-kanak & Bayi 
Set Pakaian Bayi


3 Perhiasan Rumah 
Set Hadiah Tupperware 


4 Kesihatan & Kecantikan 
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina


5 Runcit & Haiwan Peliharaan 
KitKat Edisi Khas 


Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my



You Might Also Like

13 comments

  1. Wahhh bestnya.. Lama tak shopping Online. . Ada sale CNY ke?

    ReplyDelete
  2. Ramai org bershopping naknraya ni

    ReplyDelete
  3. blink-blink mata nak beli dgn shopee ni..rasanya nak beli belaka

    ReplyDelete
  4. nieyl masih tak lepas lagi shopping shopee ni sbb asyik sold out je barang yg nieyl nak beli..

    ReplyDelete
  5. Kalau boleh hari- hari nak shopping online...tapi apakan daya

    ReplyDelete
  6. Shopping dwkat shopee kopak duit kak oi

    ReplyDelete
  7. Ada sales lagi kat Shopee.. Kak Sue belum pernah lagi shopping kat sini, macam menarik je..

    ReplyDelete
  8. Selalu gak shopping kat shopee ni..tpi ritu ada kes sikit..stop sat shopping kat situ..agak2 dh lupa kes tu, smbung semula..haha

    ReplyDelete
  9. Selalu gak shopping kat shopee ni..tpi ritu ada kes sikit..stop sat shopping kat situ..agak2 dh lupa kes tu, smbung semula..haha

    ReplyDelete
  10. selalu gak singgah shopee ni...menarik sebab banyak sale

    ReplyDelete
  11. CNY bayak sales kat shoppe ya?. Bestnya.

    ReplyDelete
  12. selamatkan poket masing-masing..hihihi

    ReplyDelete
  13. mak-mak ni kan. .selain dia membawang dia seru gak shopping sesama.. hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -