CARA SEMBAHYANG RAYA

CARA SEMBAHYANG RAYA - Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Korang ada kat mana tu? Dah kat kampung? Dah sampai kampung? Mummy baru nak bergera...

CARA SEMBAHYANG RAYA - Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Korang ada kat mana tu? Dah kat kampung? Dah sampai kampung? Mummy baru nak bergerak ke kampung halaman suami ni. Sambil-sambil on da way ke kampung. Mummy nak sharekan pada semua cara menunaikan solat hari raya. Benda setahun sekali ini, kadang-kadang mummy sendiri pun tak berapa nak hadam.


Sebelum mummy cerita CARA SEMBAHYANG RAYA, jom kita baca tentang sunat raya.

NIAT MANDI SUNAT HARI RAYA

Lafaz Niatnya:
نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى
NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI SUNNATALLILAHI TAA’LA

“Sahaja aku mandi sunat hari raya aidilfitri kerana Allah S.W.T. Taa’la”.

*jika raya aidiladha,tukar aidilfitri kepada adha.


Antara sunat Hari Raya Aidilfitri adalah seperti berikut:

- Mandi Sunat Hari Raya
- Pakai pakaian yang terbaik
- Makan sedikit sebelum keluar ke masjid
- Menunaikan solat sunat Aidilfitri
- Mendengar khutbah raya
- Pergi balik masjid melalui jalan berbeza
- Mengucapkan ucapan hari raya
-
Sunat hari raya adiladha seperti berikut kecuali: 
Tidak disunatkan makan sebelum pergi solat hari raya Aidil Adha (berbeza dengan solat sunat Aidil Fitri - sunat makan terlebih dahulu)


HUKUM MENGERJAKAN / MENUNAIKAN SOLAT HARI RAYA

Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.


WAKTU SOLAT HARI RAYA

Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.

CARA SEMBAHYANG RAYA

NIAT SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI


أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usalli sunnatan i'dil Fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.


Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.



Cara solat sunat hari raya/ panduan sembahyang raya:

Doa iftitah akan dibaca dulu, kemudian dikuti takbir 7 kali (rakaat pertama, rakaat kedua 5) dan kemudian al-fatihah. Diikuti surah pilihan. Kemudian lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat pertama: Doa ifititah dulu. Selepas itu - Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ) dan kemudian al-Fatihah dan surah al-Kafirun (atau surah pilihan imam). Kemudian lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa. Sehingga selesai salam kedua.

Rakaat kedua: Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas (atau surah pilihan imam). Kemudian lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.


Doa Iftitah dalam bacaan rumi: 




ALLAHU AKBARU KABIRAW-WALHAMDU LILLAHI KATHIRAW-WASUBHANALLAHI BUKRATAW-WA-ASILA. WAJJAHTU WAJHIA LILLAZI FATARAS SAMA-WATI WAL-ARDHA HANIFAM-MUSLIMAW-WAMA ANA MINAL-MUSYRIKIN. INNA SALATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHI RABBIL-'ALAMIN. LA SYARIKALAHU WABIZA-LIKA UMIRTU WA ANA MINAL MUSLIMIN.


Ertinya :
ALLAH maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya. Dan maha suci ALLAH siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan ALLAH. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada ALLAH seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-NYA. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam



LAFAZ-LAFAZ TAKBIR

Takbir raya dalam rumi 
Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd , Allahu Akbaru Kabeera wal-Hamdulilahi katheera wa Subhan allahi bukratan wa aseila . La illaha il Allah sadaqa wa’dah ,wa nasara abda, wa a’azza jundahu wa hazamal-ahzaaba wahdah ,La illaha il Allah ,wa laa na’budu illa iyyah,mukhlessena lahud-deena ,walaw karehal-Kafeeroon.Allahumma salli ala sayyedna Muhammad ,wa ala aalie sayyedna Muhammad, wa ala as-haabie sayyedna Muhammad ,wa ala ansari sayyedna Muhammad , wa ala azwajie sayyedna Muhammad, wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad, wa sallim tasleeman katheera. 


TERJEMAHAN PENUH :

اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar 
Allah is Great, Allah is Great
اللّهُ أكبر
Allahu Akbar
Allah is Great
لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah 
there is no God, but Allah
اللّهُ أكبر اللّهُ اكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar 
Allah is Great, Allah is Great
و لِلّه الحمدَ
walilahil Hamd 
to Him belongs all Praise
اللّهُ أكبرُ كَبيِرَا
Allahu Akbaru Kabeera 
Allah is the Greatest
وَالحَمدُ لِلّهِ كَثِيرا
wal-Hamdulilahi katheera 
And all Praise is due to Him
وَ سُبحَان اللّهِ
wa Subhan allahi 
And Glory to Allah
بُكرَةً وَأصْيِلا
bukratan wa aseila 
eventide and in the morning
لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah 
there is no God, but Allah the Unique
صَدَقَ وَعدَه
sadaqa wa’dah 
He has fulfilled His Promise
وَنَصَرَ عبده
wa nasara abda
and made Victorious His servant
وأعزَ جُنَده
wa a’azza jundahu 
and made Mighty His soldiers
وَهزم الأحْزَابَ وحْدَه
wa hazamal-ahzaaba wahdah 
and defeated the confederates
لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah 
there is no God, But Allah
وَلا نَعبُد الا أياه
wa laa na’budu illa iyyah 
He alone we worship
مُخلِصِّينَ لَهُ الدّيِنَ
mukhlessena lahud-deena 
with sincere and exclusive devotion
وَلوْ كَرِهَ الكَافِروُن
walaw karehal-Kafeeroon
even though the idolaters hate it
اللّهمَ صَلِّ على سيْدنَا مُحَمد
Allahumma salli ala sayyedna Muhammad 
O Allah, have Mercy on our Prophet Muhammad
وَعَلى آلِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala aalie sayyedna Muhammad
and on the family of our Prophet Muhammad
وَعَلى اصْحَابِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala as-haabie sayyedna Muhammad 
and on the companions of our Prophet Muhammad
وَعَلى أنصَارِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala ansari sayyedna Muhammad 
and on the helpers of our Prophet Muhammad
وَعَلى أزوَاجِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala azwajie sayyedna Muhammad
and on the wives of our Prophet Muhammad
وَعَلى ذُرِّيَةِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad
and on the progeny of our Prophet Muhammad
وَ سَلّم تَسْلِيماَ كَثّيرا
wa sallim tasleeman katheera
and Bestow upon them much peace.


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .

Moga perkongsian ini, membawa seribu makna buat kita. Selamat menunaikan SEMBAHYANG RAYA !

You Might Also Like

1 comments

  1. lama sudah aida x ke masjid solat raya.
    last dulu time bujang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -