Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak

Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak - Lepas pekena makan tempat viral Laksa Saranghae Ipoh Perak. Seterusnya kami food hunting sa...

Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak - Lepas pekena makan tempat viral Laksa Saranghae Ipoh Perak. Seterusnya kami food hunting satu lagi tempat makan viral di Ipoh Perak. Oaotu Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja di Ipoh !

Kami Check out dari Hostel Master Badminton  Academy by Datuk Wira Lee Chong Wei dalam jam 12 tengah hari. Tanpa melengahkan masa yang agak limited di Ipoh.Kami meneruskan perjalanan untuk Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak.

Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak


Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak

Alhamdulillah, senang kami dapat parking di kawasan Nasi Ganja Ipoh Perak. Cumanya, as usual kena beratur untuk dapatkan Nasi Ganja Ipoh Perak. Beratur memang panjang. Ramai give up ! Lapar kot ! Dah waktu makan tengah hari ! Kami masih bertahan dan gigih beratur.

Masa kami di tempat parking, tukang jaga kereta ada beritahu, tak perlu beratur untuk dapatkan Nasi Ganja. Boleh duduk di kedai makan sebelah je. Mereka akan tolong bungkuskan Nasi Ganja. Dan boleh makan Nasi Ganja di kedai mereka.

Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak

Kami macam percaya dan tak percaya je. Beratur jugak lah kami anak beranak untuk mendapatkan  Nasi Ganja Ipoh Perak. Walau panjang dan penat. Tapi, feel dia lain macam. Seronok pulak dapat experience macam ni. Bukan tetiap hari pun nak kena beratur gini. Setahun sekali pun, belum tentu.

Sampai half way turn kami, baby Daim dah resah gelisah. almaklumlah, time menyusu dah tu dan time tidur Daim pun iye jugak tu !

So, daddy je lah yang beratur sengsorang sambil Dzal temankan. Mummy, Daim dan Dhia terus ke kedai sebelah untuk cop tempat.

Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak

Iye..memang betul kedai ni boleh tolong belikan Nasi Ganja Ipoh Perak. Masa mummy sampai tu, seat penuh. Tapi tak pe..mummy boleh snap gambar sekitar kedai ni. Tak dapat banyak gambar, dapat sket pun okaylah. 

Gigih sambil dukung Daim yang dah ngantuk tu ha..meragam sket !

Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak

Pada yang bertanyakan pada mummy di Facebook baru ni, "jauh ke kedai Nasi Ganja dengan kedai untuk makan ni?"

Nampak tu, tak jauh pun !

Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak

Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak

Kedai ni korang kena beli minuman depa je la. Oklah kan tak sesak, ada air-cond


Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak

Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak

Kita posing dulu sementara daddy bungkus Nasi Ganja Ipoh !

Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak

Daim dah tak larat tu, dedar pun ye jugak. Sabaq ya Daim, kita tunggu nasi. Makan nasi dan lepas tu makan ubat demam. Jauh perjalanan kita lagi untuk hari ini.

Tudung mummy pun sampai senget benget kena tarik dengan Daim hehehe.

Tak pe lah nak, masa ni je nak rasa kena tarik tudung dengan anak. Sok-sok korang besar tak ada dah moment gini !

Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak

Tadaaaa...my Nasi Ganja Ipoh ada kuah kari, ayam goreng, timun, telur masin dan sambal (macam sambal belacan, tapi tak ada rasa belacan..tapi sedap !)

Maybe sambal ni yang orang giler kan kot hehehe.

Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak

Perghhhh...nikmat tak terkata...
Mohon terliur ye, wak ! 
hehehe

Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak

Finished !

Settle makan....jom kita sambung hoyeh..hoyeh.

Bagi yang nak Jalan-jalan Cari Makan Nasi Ganja Ipoh Perak ni, mummy suggest korang waze je lah. Sebab mummy pun pakai Waze je hehehe.


Nasi Ganja , Kedai Kopi
2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

You Might Also Like

7 comments

  1. nama menu tu agak "ganas" sikit..

    jika rasa ok..memang berbaloi untuk berbaris panjang

    ReplyDelete
  2. wahhh sedapppppppppppnya..rabia tak pernah rasa lagi nasi ganja ni

    ReplyDelete
  3. Dekat KL pun ada jual nasi ganja yg sedap...
    kakak nieyl kata,mmg lepas makan mmg Zzz..hahaha

    ReplyDelete
  4. Kenapa dinamakan nasi ganja erk...macam pernah viral je pasal nasi ganja

    ReplyDelete
  5. Abang Man mesti suka Nasi Ganja nie Linda, boleh lah singgah kalau balik Taiping nanti. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. ms pi ipoh aritu tk sempat singgah nasi ganja ni

    ReplyDelete
  7. aida aim pun nak ke sini.
    abg ipar selalu gi. byk keje kat ipoh.
    itu yg dia selalu naw share. teringin!!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -