Beli Apa di SgShop Sempena Sales 11.11?

Beli Apa di SgShop Sempena Sales 11.11? - Assalamualaikum, Selamat Berhujung Minggu dan bercuti semua ! Mummy baru berkesempatan nak share barang yang mummy shopping tempoh hari di SGShop kat blog. Tapi di media sosial mummy dah buat unboxing secara live. Tapi ramai pulak PM dok minta mummyy tepek gambo hasil shopping 11.11 SGShop. Sabaq naaa.  Kasik siap entri blog dulu ye. Okay .. kalau korang dah baca tentang entri mummy sebelum ini di << SINI >> . 11.11 merupakan tarikh keramat sales di kebanyakan e-shop yang terkenal di Malaysia. Mummy turut mengambil kesempatan untuk ber'shopping'. Rugi tak shopping bila masa sales kaw kaw ni. Ye lah dah hujung tahunkan. Banyak duit nak pakai. Barang sekolah anak-anak lah kebanyakannya. Dan barang-barang anak jadi keutamaan shopping kali ni. 

Beli Apa di SgShop Sempena Sales 11.11?


Shopping di SgShop, beli apa di SGShop sempena 11.11, alat tulis murah di SGShop, borong barang dari China, barangan China


Beli Apa di SgShop Sempena Sales 11.11 - Sebelum mummy ceritakan tentang apa yang mummy beli di SGShop. Jom layan gegambo parcel besar yang mummy terima tempoh hari. Alhamdulillah parcel besar dah sampai dari DHL. SGShop ni merupakan orang tengah kepada sellers di negara China. So, memang tak perlu susah payah ke negara China untuk dapatkan barangan dari negara tersebut. Senang dah borong barangan dari China. Kebanyakan barang dari sana yang mummy beli.. Sebab barangan tu susah dapat di Malaysia. Kalau ada pun, harga mahal ya rabbi huhu. Beli Apa di SgShop Sempena Sales 11.11?

Shopping di SgShop, beli apa di SGShop sempena 11.11, alat tulis murah di SGShop, borong barang dari China, barangan China
Jenuh orang DHL mengangkat barangan mummy. Thanks so much!

BELI PERSIAPAN SEKOLAH 2019 ANAK-ANAK DI SGSHOP


11 jenis persiapan sekolah tahun 2019 yang terdiri dari peralatan dan barangan alat tulis, buku, beg, aksesori gajet, barangan rumah mummy beli di SGShop. 

Shopping di SgShop, beli apa di SGShop sempena 11.11, alat tulis murah di SGShop, borong barang dari China, barangan China

Tada... Banyakkan mummy shopping! Dah alang-alang katanya. So borong sekali gus la gamaknya di SGShop ni hihi

.

Set alat tulis dari karakter kartun Doraemon ni menarik minat mummy sebab ianya di datangi dengan paper bag Doraemon sekali. Mummy ubeli 3 set terus standby untuk anak-anak atau sebagai hadiah  kelak. 

.

Design Hello Kitty pulak, ni pun grab 3 set terus sebab harga murah namateyy hiks  

Mummy beli 2 jenis, satu set yang ada 6 item berharga RM6.07 dan satu jenis lagi yang full set macam gambar di atas ni berharga RM15.72, berat untuk setiap satu set ialah 634gm 

Kalau korang nak beli untuk anak, anak sedara, doorgift hat macam mummy ni, boleh klik di : https://item.taobao.com/item.htm?id=575033242274


Alat tulis untuk anak kedua mummy-Dzal. Beliau nak tema Spiderman atau tema CAR, alat tulis ni, yang tema spiderman habis pulak!  Alat tulis ni di lengkapi dengan magic color, krayon, pensil warna, pensil, pemadam, pencil box, sharpener. Eh lengkap sangatlah untuk bawa p sekolah. 

Oleh kerana Dzal 1st time nak sekolah tahun depan kita ikutkan je permintaan dia hehe. 


Dhia tahun depan 6 tahun, sibuk nak barang baru juga dan nak tema Unicorn untuk sekolah 2019, tapi mummy jumpa my little Pony je. Okaylah kan.. Kan.. 

Dari tak adoooo. Hehe


Tema Doraemon

Kesemua set ni, mummy beli di seller yang sama. Harga untuk satu set alat tulis ini ialah RM6.07, beratnya sebanyak 95gm. 

Link seller untuk barangan ni : https://item.taobao.com/item.htm?id=575778145571 


Tada... Spiderman datang hehe. Beg sekolah Dzal tema Spiderman. As requested untuk sesi tahun 2019. Semua spiderman aje. 

Apa yang best tentang spiderman, ek! 



Ada 3 compartment, beg ni bersaiz large. Harap boleh pakai lama sebab bag ni sesuai untuk umur 5-12tahun.

Beg ni berharga RM20 beratnya dalam 500gm. Terdapat bersaiz kecil juga. Korang boleh tengok di https://item.taobao.com/item.htm?id=545063564093


Pencil case of Dzal. Nak sedondon tema spiderman juga. Apa-apa jelah, nak ye. Asalkan jangan ragam masa sekolah kelak. 

Harganya pencil case ni ialah RM13.45, mumny beli di seller : https://item.taobao.com/item.htm?id=547652033472 


Pensil warna 48 batang non toxic untuk Dhia dan Dzal. Dah ada beli set color tadi, tapi kenapa beli lagi pensil warna? Ye kami banyak belajar dari Dhia tahun ni, di sekolah dan rumah mereka kerap mewarna... Cepat pendek pensil warna tu dan tu belum lagi banyak hilang huhu. So, kena standby banyak! Hat ni, 48 pcs. Simpan kat rumah je. Untuk bawa pi sekolah, pakai yang tema kartun memasing ye! 

Dah sesiap warning.. Hilang atau apa-apa terjadi pada pensil warna memasing. Tiada belian lagi di tahun 2019. Next budget ialah untuk tahun 2010 je. 

Harga set ni RM19. Link seller dah tak ada sebab. Barang ni sold out dah. Seller lain, korang search sendiri je di SGShop ye. 



Casing tab Dhia dan Dzal. Tab Samsung P6800 Dhia memang susah nak dapatkan di Malaysia. Segala kedai handphone dari Kajang sampai lah Kota Damansara. Memang tak ada. 

Nasib ada di SGshop. Borong terus 3 set dan juga screen protector 3 set. 


Boleh fixed dengan iPad Mini2

Samsung GALAXY Tab P6800 Cover 7.7-inch Leather Case 7.9-inch Millet Tablet 3 Leather Case berharga RM13.66 dan beratnya 175gm





Sepit rambut Sofia the First, Cinderella untuk Dhia berharga RM1.10 setiap satu. Tapi ada cas postage dari seller ni ke SGShop China sebanyak RM6 lebih kurang. So, jatuh total RM8++ juga. 

Ntah apa sebab suka dengan Unicorn ntah huhu




Ini pula beg sekolah Dhia as requested nak unicorn, pencil case pun unicorn. 

Buku conteng-conteng unicorn tu, mummy just order untuk Dhia. Sebab Dhia sejenis suka menulis. 





Seterusnya, barangan mummy iaitu Clothes dust cover suit cover household bamboo charcoal coat bag hanging bag storage finishing household dustproof appliances 

Berharga RM3.38, seller : https://item.taobao.com/item.htm?id=41487015375


VIDEO UNBOXING SGShop PARCEL




BERAPA postage barang banyak-banyak ni?? Postage dalam RM80 (sea freight) lebih kurang 2 minggu penghantaran. Lambat sangat ke? Nak cepat, boleh gunakan air freight jika nak cepat harga kos penghantaran ialah sebanyak RM200-300 untuk barangan macam Mummy ni. 

Kesimpulannya, mummy sangat berpuas hati shopping di SGShop kerana servis bagus, boleh chat untuk apa-apa pertanyaan. Reply juga cepat! 

Barangan yang sampai juga sangat sempurna. Tiada masalah pecah, kemek dan sebagainya. 

Korang yang belum pernah shopping di SgShop, jangan pening dengan website mereka jika tulisan Cina banyak keluar. Tekan butang translate di bahagian atas. Tapi, kebanyakan pc, aplikasi di telefon semuanya boleh di baca dalam English version. 

Selamat bershopping! 

Oh ya.. SGShop juga sedang jalankan pelbagai offer menarik. Layari  : www.sgshop.com.my

6 comments on "Beli Apa di SgShop Sempena Sales 11.11?"
  1. Wahh besarnya parchel..wow cantik2nya alat2 tulis tu semua...

    ReplyDelete
  2. Nampak berkualiti brg2 di website ni ye...syok anak2 linda barang2 semua menepati selera tu.

    ReplyDelete
  3. Bagus shopping untuk keperluan anak kan kak. Nak nak nak masuk sekolah tahun depan

    ReplyDelete
  4. Meriah brg2 dhia & dzal.. K.fiezz pun baru shopping kat sgshop..beli brg kegunaan sendiri & mr hubby..

    ReplyDelete
  5. Tu dia best2 barang Linda Beli. Pandai Linda pilih

    ReplyDelete
  6. Wow.. meriah alat tulis utk tahun depan.. suka yang bertema tu.. Lengkap satu set dan harganya pun berbaloi..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com